Home » » Tips Jimat Kuota Data Internet Telefon Pintar Anda

Tips Jimat Kuota Data Internet Telefon Pintar Anda

Ramai daripada anda sering mengadu sering kehabisan kuota internet meskipun baru  membeli untuk melanggan kuota internet mengikut plan-plan yang ditentukan oleh pihak syarikat telco misalnya daripada Celcom, Digi, Umobile, Maxis, Tunetalk, dan sebagainya.

Sebenarnya, rata-rata kebanyakan kuota yang ditentukan oleh pihak telco tidak jauh berbeza diantara satu sama lain.

Mengapa kuota data internet melalui telefon pintar anda sering kehabisan data? Ia sebenarnya ditentukan oleh anda sendiri bagaimana anda mengendalikan penggunaan telefon pintar anda. Beberapa tips ini perlu anda amalkan bagi membantu anda agar tidak cepat kehabisan kuota internet di telefon pintar.

Matikan data internet pada waktu malam
Cara ini sering kali diamalkan bagi mereka yang mengetahui tips bagaimana untuk menjimatkan kuota internet.

Pada waktu malam hingga ke pagi, kenapa anda masih menghidupkan data internet di telefon pintar anda?

Tahukah anda cara ini akan menyebabkan data internet anda cepat habis, maksudnya disini, anda perlu mematikan data internet semasa anda ingin tidur pada waktu malam kerana sekiranya anda tidak mematikan data tersebut, data internet sentiasa akan berjalan apabila rakan-rakan mengirimkan apa-apa pesanan melalui group wechat, whatsapp, facebook, dan aplikasi-aplikasi sosial yang lain.

Matikan data internet semasa anda tidur kerana ia berupaya mengurangkan penggunaan data yang tidak diperlukan.
Update software telefon pintar dengan perkhidmatan wifi
Pada waktu-waktu tertentu, software telefon pintar memerlukan update bagi memperbahrui versi software-sofware yang ada di telefon pintar.

Anda disarankan agar hanya melakukan update apabila terdapatnya perkhidmatan wifi atau mungkin dengan menggunakan wifi milik anda di rumah. Tahukah anda, update software memerlukan kelajuan internet yang baik dan penggunaan data internet yang banyak kerana ianya hanya boleh diupdate dengan hanya melalui online sepenuhnya.

Bagi anda yang membeli data pakej internet harian ataupun mingguan, kuota data internet habis hanya kerana semata-mata update  software di telefon pintar. Ramai yang menyalahkan pihak telco kerana cepat kehabisan kuota internet tetapi data tersebut habis kerana software yang terdapat di telefon pintar anda itu sendiri penyebabnya.

Kurangkan melakukan download video
Sama anda melakukan download video atau melihat video melalui aplikasi YouTube serta aplikasi-aplikasi viedo yang lain yang hanya dapat dilihat melalui internet, ia sebenarnya adalah cara yang sama cuma anda melakukan download dan ‘ save’  atau hanya menonton video  tetapi tidak melakukan ‘save’, kedua-dua cara ini memerlukan data internet yang banyak dan sudah tentunya ini lah yang menyebabkan data internet anda sering habis kuota.

Anda disarankan untuk menghadkan menonton video secara online kerana ia akan mempercepatkan penggunaan data internet anda kecuali anda melanggan pakej menonton YouTube secara percuma pada waktu malam yang banyak  ditawarkan oleh syarikat telco.

Kawasan tiada liputan, matikan data internet
Kadang-kadang, mungkin anda akan berada di kawasan yang mempunyai talian internet ynag kurang baik misalnya berada di kawasan yang tidak menerima pancaran-pancaran talian internet yang baik seperti di kawasan yang rendah, pergunungan, hutan, dan kawasan pedalaman.

Sekiranya anda berada di tempat-tempat ini, matikan data internet anda kerana ia amat merugikan anda kerana data internet tetap akan berjalan tetapi anda gagal membuka alpikasi-aplikasi yang memerlukan internet yang baik untuk membolehkannya beroperasi sepenuhnya.

Sentiasa ‘log out’ akaun media sosial
Hal ini sering dilupakan oleh kebanyakan pengguna telefon pintar atau ada diantara dari anda tidak mengetahuinya langsung.

Sebagai pengetahuan anda, aplikasi media sosial seperti Facebook amat banyak menggunakan data internet misalnya, update dari rakan-rakan, pemberitahuan, request rakan-rakan kepada anda, dan mesej, ia akan secara automatik akan dimuat turun dengan secara online, apabila anda tidak sentiasa ‘log out’ dari aplikasi ini, data internet anda akan sentiasa berjalan kecuali anda akan ‘log in’ apabila menggunakan aplikasi ini dan akan ‘log out’ apabila selesai menggunakannya.

Aplikasi-aplikasi  media sosial termasuklah, Wechat, Instagram, Whatsapp, dan banyak lagi.

Matikan fungsi ‘auto download’ dan ‘auto backup’
Pastikan setiap fungsi ‘auto download’dan ‘auto backup’ di telefon pintar dan aplikasi-aplikasi yang lain yang memerlukan ‘auto donload’ dan ‘auto backup’ apabila membuka video atau video dan gambar-gambar yang dikirim dari rakan-rakan melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, dan aplikasi-aplikasi yang lain dimatikan fungsi-fungsi tersebut  kerana ia juga amat menggunakan data internet anda.

Hidupkan fungsi-fungsi ini apabila anda benar-benar ingin menggunakannya sahaja. Ramai yang tidak mengetahui fungsi-fungsi tersebut dan kesudahannya kuota data internet mereka akan cepat habis digunakan.

Kurangkan bermain game online
Semenjak wujudnya telefon pintar, sesiapa sahaja boleh melakukan muat turun game dengan secara online, misalnya mereka yang menggunakan telefon pintar android.

Menerusi Play Store, anda boleh melakukan download banyak sekali game dengan secara percuma mahupun yang berbayar. Hal ini telah menjadi kegilaan ramai orang di serata dunia untuk bermain game secara online.

Tahukah anda, kerap bermain game secara online akan menyebabkan kuota data  internet akan cepat habis kerana game online memerlukan talian internet sepenuhnya untuk membolehkan ianya boleh dicapai untuk bermain.

Anda disyorkan menghadkan permainan-permainan ini kerana bukan sahaja menjadikan bateri telefon pintar anda secpat habis tetapi data internet juga cepat mencapai kuota yang ditetapkan oleh pihak telco.

Sekiranya anda mempunyai tips-tips yang boleh dikongsi bersama bagi menjimatkan data internet, kongsikan dengan kami disini. Baca juga, Cara Mengetahui Siapa Melihat MesejAnda Dalam Group Whatsapp.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.