Home » » Syarat Pengambilan Polis Konstabel Lelaki Dan Wanita Dalam PDRM

Syarat Pengambilan Polis Konstabel Lelaki Dan Wanita Dalam PDRM

Pengambilan anggota Polis di Malaysia bagi jawatan Konstabel lelaki dan juga wanita akan diadakan dalam beberapa kali setiap tahun yang mana kekosongan jawatan bagi kerjaya polis ini dikendalikan sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sudah tentunya anda yang baru memperolehi sijil SPM atau kelulusan lebih tinggi dari itu bercita-cita untuk memperolehi jawatan ini lebih-lebih lagi pada masa ini amat sukar untuk memperolehi pekerjaan disebabkan persaingan.

Baik berikut adalah syarat dan kelayakan gaji sekiranya anda berjaya memperolehi jawatan ini.
Syarat-syarat permohonan polis bagi jawatan konstabel lelaki dan wanita
Sebelum anda bercita-cita untuk mengisi kekosongan jawatan bagi jawatan ini, perlu diingatkan anda perlu memenuhi keadaan fizikal  anda seperti mana yang disyartkan oleh PDRM kerana sekiranya anda hanya memiliki kelulusan tetapi tidak memenuhi syarat fizikal, anda akan gagal bagi permohonan ini.

Kelayakan Fizikal lelaki dan wanita
  • Tinggi tanpa bersepatu= Lelaki 163 sm / wanita 157sm
  • Anggaran berat badan= Lelaki 50 kg / wanita 48 kg
  • Ukuran BMI= Dalam anggaran julat 19 hingga 26
  • Ukuran lilit dada= Normal 81 sm / Tarik nafas 86 sm (Syarat untuk lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan melalui mata kiri dan kanan=Ketetapan  V/6/9 atau tidak memakai kanta lekap atau cermin mata
  • Lulus pengecaman warna serta keadaan pendengaran yang baik (tidak cacat)
  • Keadaan fizikal yang sihat serta diperakui oleh pegawai perubatan kerajaan
Kelulusan / kelayakan akademik
  • Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dan diiktihraf oleh kerajaan
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (kredit) dan juga Ujian Lisan di peringkat SPM
Syarat-syarat lain
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun semasa mengisi permohonan ini di dalam SPA online.
Butir-butir jawatan
  • Konstabel lelaki/ wanita
  • Kategori kumpulan perkhidmatan= Sokongan
  • Tangga Gaji= Y1
  • Permulaan gaji minimum= RM 1,014.00 / Maksima= RM 3,517.00
  • Kenaikan gaji tahunan=   RM 100.00
Sekiranya anda berminat untuk mengisi jawatan ini, anda hanya perlu mengisi  secara online melalui web rasmi JPA di http://www.spa.gov.my dengan memasukkan butir-butir peribadi dan kelulusan akademik. Sekiranya anda layak melalui kelulusan akademik, anda akan dipanggil untuk tujuan ujian fizikal di balai yang telah ditentukan.

Pada tahap ini sekiranya anda berjaya dalam ujian fizikal, anda seterusnya akan melalui proses temuduga dan akan dipanggil untuk menjalani latihan sekiranya berjaya. Sebagai makluman anda, artikel ini merujuk sepenuhnya maklumat jawatan di  web SPA8 melalui link ini Jawatan Konstabel Lelaki dan Wanita.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.