Home » » Rahsia Kilatkan Rim Tayar Kereta

Rahsia Kilatkan Rim Tayar Kereta

Tips ini mungkin amat sesuai bagi mereka yang amat mementingkan kebersihan kereta atau mereka yang sering mengikuti pertandingan ‘auto show’.

Mengikut pandangan anda bagaimana cara yang paling berkesan untuk mengilatkan rim tayar kereta anda? Atau cara untuk mengilatkan rim tayar kereta yang telah berkarat?

Di pasaran terutama sekali kedai-kedai asesori kereta memiliki banyak sekali produk bagi formula mengilatkan rim tayar kereta walau begitu ia masih belum mampu mengilatkan sepenuhnya rim kereta yang telah berkarat.

Persedian bahan-bahan untuk mengilatkan rim tayar kereta
Ini adalah rahsia yang masih kurang diketahui oleh ramai orang cara yang ampuh bagi mengilatkan rim tayar kereta dan sebenarnya, cara ini telah digunakan oleh orang-orang lama bagi mengilatkan  tembaga yang telah berkarat, walau begitu ianya juga amat sesuai bagi mengilatkan rim tayar kereta.

Baik, berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan sebelum mengilatkan rim kereta anda.
  • 1 Paket asam jawa
  • Produk autosol
  • 2  Kain tuala berukuran kecil
  • Sebuah besen atau baldi
Panduan mengilatkan rim tayar kereta agar berkilat dan bersinar
Baiklah, sebagai persediaan untuk mengilatkan rim tayar kereta anda, dapatkan satu paket asam jawa yang boleh diperolehi di mana-mana pasar raya dan 1 produk autosol yang boleh diperolehi di kedai asesori kereta atau kedai hadware.

Apa yang perlu anda lakukan, isi air pada besen atau baldi dengan anggaran air separuh dari besen atau baldi.

Masukkan 10 hingga 15 biji asam jawa ke dalam baldi yang berisi air dan kacau sehingga asam jawa tersebut menjadi cair dan pastikan air pada baldi telah kelihatan keruh dengan campuran air asam jawa tersebut.

Dengan menggunakan kain tuala, sental dan bilas keempat-empat rim tayar kereta anda dengan air asam jawa itu tadi dan pastikan air asam jawa  tersebut telah membasahi keseluruhan permukaan rim tayar dan biarkan dalam anggaran 15 hingga 20 minit.

Apakah rasional menggunakan cara ini? Sebagai pengetahuan anda, air asam jawa akan bertindak balas terhadap permukaan logam dan akan merungkai elemen-elemen penyebab karat.

Apabila masa telah sampai dalam anggaran 15 hingga 20 minit, dengan menggunakan produk autosol yang diletakkan sedikit pada tuala yang kering, sental dan gosok  dengan cara pusingan jam di setiap penjuru rim tayar kereta anda.

Anda akan dapati permukaan rim yang tidak berkilat dan elemen karat akan tertanggal dan kelihatan sangat berkilat.

Gunakan autosol secara berulang-ulang kali sehingga anda benar-benar berpuas hati terhadap kebersihan rim kereta anda.
Untuk pengetahuan anda, autosol adalah satu produk paling ampuh yang direka oleh barat untuk menggilap atau mengilatkan semua jenis logam tetapi ianya amat berkesan sekali bagi keluli tahan karat, krom, tembaga, dan gangsa.

Diharap tips ini bermanfaat kepada anda dan sekiranya anda mempunyai tips-tips yang lain, kongsikan dengan kami disini. Baca juga,






3 comments

Nak basuh dlu ke rim lepas dah letak asam jawa bang

Nak basuh dlu ke rim lepas dah letak asam jawa bang

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.