Home » » Panduan Membeli Motosikal Baru Agar tidak Menyesal

Panduan Membeli Motosikal Baru Agar tidak Menyesal

Artikel ini memberi panduan bagaimana cara untuk beli motosikal baru agar menepati ciri-ciri idaman anda serta tips bijak untuk mengetahui motosikal yang lasak dan amat popular di pasaran.

Sesetengah dari anda mungkin baru pertama kali memiliki motosikal sendiri dan tidak mengetahui apakah motosikal yang terbaik di pasaran.

Kesilapan membeli motosikal akan menyebabkan anda akan menyesal dan mengalami kerugian dari segi kewangan serta mungkin anda akan menghadapi masalah dengan motosikal tersebut terutamanya berkaitan dengan kos servis dan membaiki beberapa kerosakan sekiranya berlaku.

Pemilihan motosikal idaman berdasarkan kemampuan kewangan
Sebelum anda merancang untuk membeli sebuah motosikal, perkara  yang perlu anda beri perhatian adalah mengenai kedudukan kewangan anda.

Teliti semula keadaan kewangan anda agar tidak mempengaruhi bebanan kehidupan anda selepas membeli motosikal yang baru berdasarkan motosikal pilihan anda dengan melihat harga motosikal tersebut kerana harga motosikal pada masa ini mempunyai harga yang agak mahal.

Setelah anda dapat menilai semula keadaan kewangan anda dan ianya tidak mempengaruhi bebanan kehidupan diri anda sendiri, anda kini boleh memilih motosikal yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan anda.
Credit:Rideapart
Anda minat motosikal jenis yang bagaimana? Sebagai pengetahuan anda, motosikal ini memiliki pelbagai jenis dan bentuk mengikut rekaan pihak pengeluar motosikal itu sendiri.

Terdapat motor yang memiliki pedal klas tangan, gear kaki dan terdapat juga motor yang tidak memiliki pedal klas tangan tetapi memiliki pedal gear kaki.

Bagi kaum wanita, mereka menyukai motosikal jenis scooter kerana motosikal ini tidak memiliki pedal klas tangan dan juga pedal gear kaki. Motosikal ini amat mudah dikendalikan kerana anda hanya perlu memulas throttle minyak, dan motosikal akan bergerak terus ke hadapan.

Baik, tanya juga diri sendiri, anda membeli motosikal untuk kegunaan apa? Ke tempat kerja? Kolej? Pertanyan ini harus ditanya kepada diri sendiri, kerana satu pembaziran sekiranya anda hanya membeli motorsikal tetapi ianya amat jarang digunakan.

Walau begitu sekiranya anda memiliki wang yang berlebihan, tidak menjadi masalah sekiranya anda membeli motosikal sebagai keperluan peribadi dan mungkin ianya amat penting dgunakan di masa-masa tertentu dan pada masa yang akan datang.

Pilih motosikal dari jenama popular
Secara peribadi motosikal yang paling popular sekali di Malaysia adalah daripada jenama Honda dan Yamaha, bagi keluaran tempatan mungkin dari jenama Modenas. Bagi pesaing-pesaing lain adalah seperti Kawasaki, Suzuki, SYM, dan banyak lagi.

Apa yang anda lihat banyak sekali motosikal yang digunakan oleh orang ramai di jalan raya dan ia dari jenis keluaran mana?

Motor yang banyak sekali digunakan oleh orang ramai,jenama motor itulah yang anda perlu beli kerana motor dari jenama popular amat lasak dan  mempunyai banyak sekali alat ganti yang mudah diperolehi di pasaran serta sekiranya  anda menjualnya semula, sekurang-kurangnya anda masih dapat menjual dengan harga yang tinggi.

Oh ya, sebagai pengetahuan anda, semakin besar CC@ kuasa kuda motorsikal, semakin besar bayaran insuran yang perlu anda bayar.

Bila anda membeli motosikal dari jenama yang masih baru dan mungkin ianya jenama yang baru memasuki pasaran di Malaysia, anda akan menghadapi masalah dari segi alat ganti dan ianya tidak mempunyai harga dan sukar untuk memperolehi pembeli sekiranya anda menjual motor tersebut suatu hari nanti.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenama motosikal memasuki pasaran Malaysia tetapi kurang mendapat sambutan oleh masyarakat disebabkan masalah alat ganti yang sukar diperolehi.

Kunjungi kedai-kedai yang menjual motosikal
Bagi melihat motosikal yang diidamkan dengan lebih jelas lagi, anda boleh datang mengunjungi mana-mana kedai yang menjual motosikal bagi bertanyakan pihak penjual sendiri mengenai motor yang anda idamkan.

Pihak kedai tentunya akan melayan anda dengan baik sekali dan anda harus bertanyakan tentang apa sahaja mengenai persoalan berkaitan dengan motor tersebut seperti harga, proses-proses pembelian, warna, insuran,’ free gift’ sekiranya ada  dan dokumen yang diperlukan oleh kedai.

Ingat, sekiranya anda tidak memahami dengan jelas penerangan mereka, jangan malu bertanya sehingga anda benar-benar memahami sepenuhnya prosuder yang mereka tetapkan.

Anda dinasihatkan agar tidak mengunjungi hanya satu kedai sahaja, tetapi berkunjunglah banyak kedai motorsikal untuk melihat harga dan tawaran yang terbaik.

Proses pembelian motosikal
Untuk pengetahuan asas anda, proses pembelian motor baru memiliki tiga pilihan yang berbeza iaitu pembelian secara tunai, bayaran motosikal melalui potongan bank (Aeon Credit), dan bayaran deposit dengan pihak kedai.

Sebagai pemahaman yang lebih jelas lagi pembelian secara tunai bererti anda melakukan bayaran keseluruhan harga motosikal tersebut tanpa hutang, bagi pembelian motosikal melalui pihak bank pula, anda harus melakukan permohonan terlebih dahulu dengan menghantar sekurang-kurangnya tiga bulan slip gaji dan lesen.

Sekiranya permohonan anda diluluskan (proses dalam anggaran sebulan), anda perlu melakukan bayaran deposit motosikal dan setiap bulan bayaran ansuran motosikal dipotong melalui akaun anda. Proses ini  selalunya diuruskan oleh Aeon Credit.

Bayaran deposit dengan pihak kedai pula, anda hanya perlu berurusan terus dengan pihak kedai itu sendiri seperti melakukan bayaran deposit, bukit pendapatan atau slip gaji dan setiap bulan anda perlu melakukan bayaran tunai terus kepada pihak kedai untuk bayaran ansuran bulanan motosikal tersebut.

Cara ini amat disukai oleh kebanyakan orang kerana proses pengeluaran motor yang amat mudah tetapi bayaran deposit awal agak mahal sedikit berbanding dengan bayaran deposit awal untuk permohonan potongan melalui akaun bank. Baca juga panduan ini, Bolehkah Beli Motorsikal Baru Tanpa Slip Gaji?
  






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.