Home » » Jual Belon Gas Helium Di Pasar Malam Amat Menguntungkan

Jual Belon Gas Helium Di Pasar Malam Amat Menguntungkan

Ini adalah tips rahsia bagi mereka yang tercari-cari apakah yang perlu dijual di pasar malam, pasar minggu atau expo dengan cara yang  paling mudah.

Mungkin bagi sesetengah dari anda merasa malu dengan menjual belon gas helium kerana anda merasakan pendapatan mereka yang menjual belon ini hanya memperolehi keuntungan yang amat kecil.

Benarkah begitu? Tanggapan anda sebenarnya salah, mereka sebenarnya mencipta keuntungan berlipat kali ganda berbanding dengan kos modal berniaga. Baik, mari kita rungkai berapakah keuntungan mereka dan bagaimana cara mereka memulakan perniagaan ini.

Mencari tong gas helium
Pada dasarnya, idea untuk menjual belon gas helium telah dilakukan oleh para peniaga yang telah lama bertapak di pasar malam dan mereka telah mengetahui apakah barangan yang amat mudah untuk dijual serta mampu memberikan keuntungan berlipat kali ganda dengan kos yang  hanya sedikit.

Melalui kajian penulis, para peniaga ini memang telah memiliki permit  perniagaan sendiri yang diperolehi dari PBT atau pihak berkuasa tempatan.

Melalui barangan-barangan yang lain mereka menambahkan koleksi jualan mereka dengan membeli tong gas helium yang diperolehi terus dari ejen dengan harga yang berbeza-beza mengikut saiz tong gas.
Contoh Tong Gas Helium
Credit: Dhgate.com
Tong gas helium yang berukuran kecil mampu mengisi gas 50 hingga 100 biji belon dalam satu-satu masa manakala tong gas helium yang berukuran besar mampu mengisi gas keatas belon  sebanyak 200 hingga 400 biji belon tetapi ianya bergantung kepada saiz belon yang perlu diisi dengan gas.

Tong gas helium boleh dimiliki harga serendah RM 900 hingga RM 3000 mengikut saiz tong gas tersebut daripada ejen tong gas.

Walaupun harga yang agak mahal, pihak peniaga sanggup mengeluarkan modal mereka sendiri untuk membeli tong gas ini kerana mereka tahu dengan tong gas helium inilah mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka.

Dapatkan belon daripada pemborong
Selepas mendapatkan tong gas yang berisi gas helium daripada pembekal, pihak peniaga akan mendapatkan belon-belon daripada pemborong dengan harga yang amat murah.

Melalui maklumat penulis dari peniaga yang berpengalaman dalam perniagaan ini, belon diperolehi daripada pemborong barangan mainan boleh diperolehi dengan harga RM 0.50 hingga RM 0.60 setiap satu.

Bagi peniaga yang berada di semananjung Malaysia, mereka akan mendapatkan bekalan belon dari pemborong yang berada di sekitar Kuala Lumpur.

Sebagai pengetahuan anda, belon-belon ini kebanyakannya adalah buatan dari negara China dan buatan Malaysia sendiri dan memiliki pelbagai bentuk  yang menarik.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan bekalan belon, anda masih boleh mendapatkan bekalan belon daripada pemborong barangan mainan dimana negeri anda tinggal kerana anda masih boleh mendapatkan belon dengan harga  borong.

Selalunya pihak peniaga akan mendapatkan bekalan belon dengan jumlah yang banyak kerana mereka akan tahu belon-belon ini amat laris dijual di pasaran.

Strategi menjual belon gas helium
Bayangkan, setiap satu belon hanya boleh diperolehi dengan harga yang murah daripada pemborong tetapi apabila dijual di pasaran, belon-belon gas helium ini boleh dijual sehingga boleh mencapai RM 15 ringgit bagi setiap biji belon.

Belon yang amat menarik perhatian oleh orang ramai terutamanya kanak-kanan adalah  belon Hello Kitty, Upin Ipin, Boboiboy,Batman, Superboy, Elsa Frozen dan bermacam-macam lagi.
Belon Elsa Frozen
Credit:eBay.com
Pasar malam atau pasar minggu adalah tumpuan ratusan orang ramai untuk membeli barang-barang keperluan mereka dan juga makanan.

Ada diantara pengunjung yang datang membawa sekali anak-anak mereka dan sudah tentunya, mereka akan membelikan hadiah terutamanya belon kepada anak-anak mereka semasa berkunjung di pasar malam.

Jika anda mampu menjual belon dalam anggaran 100 biji belon dalam sepanjang pasar malam itu beroperasi, anda mampu memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM 1500 dalam hanya beberapa jam sahaja.

Bukankah anda akan memperoleh keuntungan yang amat lumayan?

Jika anda mampu mempertahankan keuntungan kasar ini dalam sebulan, anda mampu memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM 46,500.

Walau begitu, ia hanyalah teori kerana berniaga ini mempunyai pasang surutnya sendiri. Sekiranya anda mampu menjual belon gas helium dalam anggaran 30 biji sahaja pun anda mampu memperoleh pendapatan kasar dalam anggaran RM 450 dalam beberapa jam sahaja.

Menjual belon gas helium di pasar malam, pasar minggu atau expo adalah rahsia para peniaga untuk mendapatkan keuntungan mudah dan kebanyakan orang ramai tidak mengetahui rahsia ini.

Srtategi menjual belon harus lah dikaji secara mendalam bagaimana pengunjung tertarik dengan belon yag anda jual misalnya menempatkan tapak jualan anda pada hadapan kawasan masuk pasar malam dan juga  menempatkan jualan belon di hujung pasar tersebut.

Selalunya peniaga akan menentukan harga bagi sebiji belon misalnya harga sebiji belon umpamanya RM 17 ringgit sebiji tetapi akan mengurangkan harga dalam RM 15 hingga RM 14 ringgit sekiranya pelanggan meminta untuk berbuat demikian.

Walaupun belon gas helium amat disukai oleh kanak-kanak dan anda dengan mudahnya mendapatkan pelanggan, kemesraan dan layanan yang baik terhadap pelanggan juga harus diutamakan bagi menjamin komunikasi yang baik antara anda dengan pelanggan anda.

Semoga tips ini dapat membantu anda, baca juga,




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.