Home » » Idea Memulakan Penternakan Ayam Kampung

Idea Memulakan Penternakan Ayam Kampung

Ternak ayam kampung- Bagaimana cara untuk memulakannya? Ini adalah beberapa idea asas yang berguna bagaimana memulakan penternakan ayam kampung berdasarkan kaedah yang diamalkan bagi mereka yang telah berjaya dalam penternakan ini.

Mungkin bagi anda yang membaca artikel ini adalah usahawan-usahawan yang ingin mengembangkan  penternakan ayam kampung yang dipelihara oleh mereka dengan secara kecil-kecilan dan ingin  mengetahui bagaimana cara menternak ayam kampung dengan betul agar berjaya memperolehi pendapatan yang  lumayan dan akhirnya berjaya dengan usaha gigih.

Perlunya mempunyai minat untuk menternak ayam
Ayam kampung memiliki harga yag amat tinggi sekali di pasaran pada masa ini dan tidak dinafikan ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan beribu sebulan hasil usaha yang betul oleh usahawan-usahawan penternakan ayam persendirian.

Sebelum memulakan penternakan ayam kampung, fikirkan sedalam-dalamnya mengenai usaha ini misalnya adakah anda benar-benar berminat dalam bidang usahawan penternakan ayam? Ini kerana tanpa minat yang mendalam, segala usaha selalunya tidak menjadi sekiranya sesuatu perkara yang anda usahakan tidak diiringi dengan minat yang ada didalam diri sendiri.
Credit: foodengineeringmag
Ternak ayam kampung bermula secara kecil-kecilan dahulu
Sebagai permulaan untuk menternak ayam kampung ataupun ayam keacukan, anda dicadangkan untuk bermula menternak ayam secara kecil-kecilan terlebih dahulu.

Menternak ayam secara kecil-kecilan bermula dengan pemilihan kawasan penternakan  ayam misalnya anda menternak ayam di kawasan tanah milik anda sendiri, pembinaan reban yang bersaiz kecil dan anda telah pun mempunyai beberapa ekor ayam untuk diternak.

Bermula menternak ayam secara kecil-kecilan membolehkan anda mengetahui bagaimana menternak ayam berdasarkan cara yang biasa dilakukan oleh orang penternak.

Kelebihan mereka yang telapun mempunyai ternakan ayam secara kecil-kecilan membolehkan mereka memahami situasi dengan jelas tentang keperluan yang diperlukan di dalam kawasan ternakan itu sendiri.

Pemilihan kawasan penternakan ayam kampung
Pemilihan kawasan menempatkan penternakan ayam kampung haruslah di kawasan tanah yang lapang dan jika boleh, tanah tersebut adalah tanah milik anda sendiri.

Ini kerana sekiranya anda melakukan sewaan  penternakan ayam di kawasan tanah orang lain, anda terpaksa melakukan bayaran sewa setiap bulan kepada pemilik tanah. Selain itu, kawasan tapak penternakan haruslah mempunyai sumber bekalan air bagi memenuhi keperluan ternakan anda untuk minum.

Sekiranya anda memiliki wang modal untuk mengembangkan penternakan anda, mungkin anda harus memikirkan untuk membina reban ayam yang lebih besar, pagar, pembelian makanan, dan pengeluaran modal bagi mengikuti kursus yang lebih mendalam mengenai penternakan secara sistematik.

Mengikuti kursus penternakan ayam kampung
Nasihat yang sebaik-baiknya bagi anda yang ingin mengembangkan ternakan ayam kampung ke peringkat yang lebih luas dan memerlukan pengeluaran modal secara besar-besaran, anda harus mengikuti kursus-kursus pengendalian ternakan ayam kampung dengan cara yang betul.

Kursus-kursus ini selalunya dilakukan oleh syarikat swasta  dan juga kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Veterinar.

Kenapa perlu mengikuti kursus-kursus ini? Krusus ini sebenarnya melengkapkan pengetahuan anda bagaimana cara menternak ayam dengan betul dari pihak yang lebih mengetahui dan berpengalaman mengendalikan penternakan ayam.

Selalunya kursus bagi penternakan ayam melibatkan pembelajaran mengenai, bagaimana membina reban ayam dan pagar yang sistematik, pembelajaran yang lebih lanjut mengenai pemakanan dan minuman ayam, kawalan bagi pemangsa dan perosak, pembelajaran tentang induk dan baka ayam, telur serta incubator, cara mengesan penyakit dan merawat ayam, ubat-ubatan yang diperlukan serta vaksin, cara menyediakan dan memproses makanan ayam, mempelajari penggunaan EM, melakukan penyembelihan dan memproses ayam, cara packing dan juga melebel produk, cara pemasaran, pinjaman,  dan banyak lagi yang perlu anda pelajari dan berguna dari kursus yang ditawarkan.

Untuk mencapai pendapatan sehingga RM10.000 sebulan dengan hasil ternakan ayam kampung anda, dianggarkan harus memiliki ayam berjumlah 200 hingga 300 ekor di dalam ladang ternakan yang anda miliki.

Hal ini tidak mustahil sekiranya anda melakukannya dengan cara yang betul, bersistematik, dan memiliki pengetahuan bagi mengendalikan ladang ternakan ayam kampung ataupun ayam keacukan. Kebanyakan penternak-penternak ayam kampung atau penternak  ayam keacukan di Malaysia yang telah berjaya telah memiliki ladang penternakan yang bersaiz besar serta mampu memberikan bekalan ayam di kebanyakan negeri-negeri di di negara ini.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.