Home » » Cara Return Atau Pulangkan Barang Di Lazada.com.my

Cara Return Atau Pulangkan Barang Di Lazada.com.my

Panduan ini mengajar anda bagaimana cara untuk return atau pulangkan barang yang di beli dengan secara online di Lazada.com.my atas beberapa sebab yang memerlukan anda harus memulangkan semula barangan yang anda beli di web e-dagang  paling popular sekali di Malaysia.

Jika anda meneliti cara yang ditetapkan oleh pihak mereka, panduan pemulangan barangan amat mudah sekali dan tidaklah serumit yang anda sangkakan. Baik, berikut adalah panduan langkah demi langkah yang mudah untuk memulangkan barangan di website berkenaan.

Perlunya memahami Policy pemulangan barangan di Lazada.com terlebih dahulu
Sebelum memulangkan barangan atau parcel kepada pihak mereka, adalah penting anda memahami policy mereka terlebih dahulu yang mana policy Lazada telah menetapkan syarat pemulangan barangan haruslah dihantar semula kepada mereka 7 hari dari tarikh barang diterima kepada anda bagi barangan dibawah Perlindungan Pembeli  dan 14 hari bagi barangan dibawah Kepuasan Lazada Terjamin.

Bagi mereka yang hanya semata-mata menukar fikiran untuk mengambalikan barangan kepada pihak Lazada, anda tidak dilindungi dibawah Perlindungan Pembeli  tetapi anda dibawah policy Kepuasan Lazada Terjamin.

Mengikut policy dari Lazada, jaminan wang tunai akan dikembalikan sepenuhnya kepada pembeli bagi item Perlindungan Pembeli  dan dan juga  bagi barangan dibawah Kepuasan Lazada Terjamin serta layak memperolehi perkhidmatan dari penjual Lazada.
Terdapat beberapa syarat yang ditentukan oleh pihak Lazada sebelum anda memulangkan barangan kepada mereka. Syarat-syarat tersebut merangkumi, bukti-bukti pembelian , misalnya seperti invois, nombor tempahan, atau lain-lain bukti pembelian yang  ada.

Butir-butir bank juga diperlukan dan harus diisi dalam borang ‘Online Return Form’ sekiranya pembelian parcel tersebut dibeli melalui iPay88 ataupun melalui Cash-on-Delivery.

Anda juga harus mengembalikan borang ‘Online Return Form’ di setiap kotak yang menempatkan barangan yang hendak dipulangkan dan,  anda harus mengatakan sebab-sebab pemulangan barangan dengan jelas  dan juga invois pembelian dari Lazada.

Bagi barangan yang rosak disebabkan perkhidmatan penghantaran Lazada, anda harus menghubungi pihak Lazada di dalam tempoh 24 jam.

Sebab-sebab pemulangan barangan kepada pihak Lazada
Berikut adalah beberapa sebab anda perlu memulangkan barangan kepada pihak Lazada dan sebab ini akan diterima oleh pihak mereka tetapi mempunyai syarat yang anda perlu patuhi.

Barangan dipesan tidak sama
Bagi barangan yang dipesan tidak sama seperti yang anda tempah, barangan tersebut haruslah dalam keadaan yang asal atau baru, kotak atau seal tidak boleh dibuka melainkan produk yang anda pesan adalah sama seperti yang tertera di kotak tersebut dan apabila dibuka ia adalah produk lain.

Kotak juga harus lengkap dengan pembukus asal, asesori, dan juga hadiah sekiranya ada. Barangan juga haruslah dalam keadaan yang baik serta tag dan label perlu dilampirkan.

Produk atau barangan yang rosak
Untuk barangan yang rosak semasa sampai kepada anda, barangan tersebut haruslah lengkap dengan pembukus asal, asesori, dan juga hadiah sekiranya ada serta tag dan label perlu dilampirkan.

Barangan tidak berfungsi/rosak
Barangan tersebut haruslah lengkap dengan pembukus asal, asesori, dan juga hadiah sekiranya ada, barangan tidak pecah serta tag dan label perlu dilampirkan.

Kualiti produk
Bagi barangan yang mana keadaan kualiti tidak seperti anda harapkan, barangan tersebut haruslah dalam keadaan yang asal atau baru, kotak atau seal tidak boleh dibuka melainkan produk yang anda pesan adalah sama seperti yang tertera di kotak tersebut dan semasa dibuka ia adalah produk lain.

Kotak juga harus lengkap dengan pembukus asal, asesori, dan juga hadiah sekiranya ada. Barangan juga haruslah dalam keadaan yang baik serta tag dan label perlu dilampirkan.

Terdapat beberapa bahagian barangan hilang semasa barangan diterima
Barangan yang ditempah semasa mula-mula diterima dan anda mendapati beberapa bahagian pada produk tersebut telah hilang, pastikan pemulangan barangan harus dalam keadaan baru, tidak pecah atau rosak serta tag dan label perlu dilampirkan.

Kesilapan dari website mengenai maklumat barangan
Untuk barangan yang sampai adalah disebabkan kerana kesalahan di website tentang maklumat barangan tersebut, barangan haruslah dalam keadaan yang asal atau baru, kotak atau seal tidak boleh dibuka melainkan produk yang anda pesan adalah sama seperti yang tertera di kotak tersebut dan semasa dibuka ia adalah produk lain.

Kotak juga harus lengkap dengan pembukus asal, asesori, dan juga hadiah sekiranya ada. Barangan juga haruslah dalam keadaan yang baik serta tag dan label perlu dilampirkan.

Produk tidak sesuai (tidak terpakai bagi barangan dari luar negara)
Bagi produk yang tidak sesuai seperti yang anda harapkan,  barangan haruslah dalam keadaan yang asal atau baru, kotak atau seal tidak boleh dibuka melainkan produk yang anda pesan adalah sama seperti yang tertera di kotak tersebut dan semasa kotak dibuka ia adalah produk lain.

Kotak juga harus lengkap dengan pembukus asal, asesori, dan juga hadiah sekiranya ada. Barangan juga haruslah dalam keadaan yang baik serta tag dan label perlu dilampirkan.

Ingin menukar fikiran
Anda masih boleh mengembalikan barangan yang anda pesan dengan alasan menukar fikiran (Change of Mind) tetapi ia tidak terpakai bagi barangan daripada luar negara, barangan atau parcel haruslah dalam keadaan yang asal atau baru, kotak atau seal tidak boleh dibuka melainkan produk yang anda pesan adalah sama seperti yang tertera di kotak tersebut dan semasa dibuka ia adalah produk lain.

Kotak juga harus lengkap dengan pembukus asal, asesori, dan juga hadiah sekiranya ada. Barangan juga haruslah dalam keadaan yang baik serta tag dan label perlu dilampirkan.

Barangan tidak sama seperti yang diinginkan (Not As Expected)
Barangan yang anda pesan telah sampai tetapi apabila dibuka, ia tidak seperti yang anda jangkakan, anda masih boleh mengembalikan barangan ini dengan syarat barangan atau parcel haruslah dalam keadaan yang asal atau baru, kotak atau seal tidak boleh dibuka melainkan produk yang anda pesan adalah sama seperti yang tertera di kotak tersebut dan apabila dibuka ia adalah produk lain.

Kotak juga harus lengkap dengan pembukus asal, asesori, dan juga hadiah sekiranya ada. Barangan juga haruslah dalam keadaan yang baik serta tag dan label perlu dilampirkan.

Menurut pihak Lazada menerusi policy mereka, sekiranya barangan yang dikirimkan tidak memenuhi kreteria barangan seperti yang dinyatakan diatas atau sebab alasan pemulangan barangan yang tidak dinyatakan dengan jelas, pihak Lazada akan menghubungi anda semula dan memulangkan semula barangan yang dikirim melalui pos kepada anda.

Policy mereka juga mengatakan, bayaran pengeposan tidak akan dikembalikan kepada anda.

Cara-cara pulangkan barang di Lazada.com.my
Berikut adalah langkah demi langkah yang mudah prosuder untuk memulangkan barangan anda kepada pihak Lazada.
  1. Masuk ke akaun anda di Lazada.com.my
  2. Pergi ke bahagian ‘My Oder’ dan kemudian klik ‘Return’
  3. Isi borang pemulangan barangan dalam talian (Online Form)
  4. Print borang pemulangan barangan (Online Form)
  5.  Bungkus barangan berserta dengan dokumen sekali
  6. Poskan barangan tersebut kepada pihak Lazada
Alamat barangan perlu dikirimkan,

Ecart Services Malaysia Sdn. Bhd.
Returns department
Lot 2611 & 2612, Jalan Subang 7
Kawasan Perindustrian Sg Penaga
Subang Industrial Park, 47500 Subang Jaya, Selangor
Malaysia.

Menurut policy mereka juga, selepas barangan tersebut sampai kepada mereka, pihak pengurusan mereka akan menilai semula barangan yang dipulangkan di dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja sebelum mereka melakukan proses penggantian semula.

Untuk mengetahui status barangan yang dipulangkan, anda boleh merujuk ‘Tracking Number’ melalui nombor yang diberikan kepada anda melalui rakan kongsi Lazada ataupun dengan melalui web Lazada di bahagian ‘Order Tracking tool’.

Artikel ini ditulis berdasarkan pemahaman penulis sendiri bagaimana untuk memulangkan barangan ke pihak Lazada berdasarkan prosuder yang ditetapkan oleh pihak mereka yang boleh dirujuk melalui website berkenaan.

Walau begitu, semua prosuder rasmi, anda perlu merujuk sepenuhnya panduan yang diberikan oleh pihak Lazada sendiri melalui link ini Help Center - Returns& Refunds kerana artikel ini hanya berdasarkan pengalaman, pemahaman, serta merujuk sepenuhnya prosuder pemulangan parcel yang telah ditetapkan oleh pihak Lazada sebagai perkongsian bersama.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.