Home » » Cara Masak Sup Ayam Dengan Rempah Sup Bunjut Adabi

Cara Masak Sup Ayam Dengan Rempah Sup Bunjut Adabi

Cara masak sup ayam yang amat mudah sekali disediakan dengan menggunakan resipi  utama rempah sup bunjut Adabi.

Bagi anda yang ingin merasa kelainan sup ayam, anda disyorkan untuk menggunakan rempah sup bunjut Adabi yang boleh diperolehi di mana-mana pasaraya atau kedai runcit dengan harga yang amat murah sekali.

Rempah sup bunjut ini telah dibungkus dengan paket kecil  terdiri dari bahan-bahan seperti ketumbar, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, jintan manis, bunga cengkih dan yang terakhir sekali adalah lada hitam.

Bahan-bahan untuk memasak sup ayam dengan rempah sup bunjut Adabi
Sebenarnya panduan ini adalah yang disarankan oleh pihak Adabi sendiri bagi cara-cara penyediaan sup yang boleh juga anda rujuk melalui panduan yang tertera di belakang  paket rempah sup Adabi. Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan.
Rempah Sup Adabi

1. Sepeket rempah sup bunjut Adabi
2. Daging ayam dalam anggaran 300 gram
3. Bawang putih yang perlu ditumbuk sebanyak dua ulas
4. Bawang merah yang perlu ditumbuk sebanyak enam ulas
5. Halia dalam anggaran ½ inci yang perlu anda ketuk
6. Kentang dalam anggaran empat biji dan setiap biji dibelah empat
7. Air bersih dalam anggaran enam cawan
8. Garam
9. Minyak masak digunakan untuk menumis
10. Daun sup ataupun bawang goreng untuk menambahkan kelazatan serta sebagai hiasan

Panduan memasak sup ayam rempah bunjut
Apa yang perlu anda lakukan, panaskan terlebih dahulu minyak di dalam kuali atau periuk belanga dan masukkan bahan-bahan yang telah disediakan tadi seperti bawang putih, bawang merah dan juga halia. Pastikan bahan-bahan tersebut telah naik baunya dan kelihatan berwarna kekuning-kuningan.

Seterusnya masukkan air bersih sebanyak enam cawan itu tadi dan disusuli dengan bahan-bahan seperti daging ayam, kentang, dan rempah sup bunjut Adabi.

Dengan menggunakan api yang sederhana, anda perlu menunggu di dalam anggaran ½ jam ataupun biarkan sehingga ianya mendidih. Apa yang paling penting, pastikan ayam telah pun masak sepenuhnya serta kentang telah menjadi empuk.

Akhir sekali, masukkan garam ke dalam sup tersebut dan pastikan ianya secukup rasa. Matikan api dan masukkan daun sup atau bawang goreng ke dalam sup. Selesai, sup anda boleh dihidangkan dengan segera.

Sekiranya anda mahukan sup ini agak terasa pedas sedikit, anda boleh menambahkan cili merah keatas sup tersebut untuk menjadikan sup anda benar-benar menyelerakan.

Sebenarnya, rempah sup bunjut ini bukan sahaja untuk sup ayam tetapi amat sesuai untuk memasak sup daging atau sup tulang. Baca juga cara masak Resepi Ayam Masak Kicap Sabah yang super simple.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.