Home » » Cara Kira Loan Kereta

Cara Kira Loan Kereta

Artikel kali ini adalah mengenai cara kira loan kereta yang perlu anda tahu agar anda mengetahui jumlah sebenar faedah yang anda bayar kepada pihak bank. Sesetengah mereka tidak mengetahui bagaimana membuat pengiraan loan kereta menyebabkan merek tidak mengetahui berapakah lagi jumlah sebenar yang mereka perlu bayar.

Pengetahuan ini amat penting sebagai asas kepada anda semasa membeli kereta baru, membeli kereta terpakai atau sekadar mengetahui jumlah baki sewa beli kenderaan anda.

Cara mudah kira loan kereta anda
Apapun kadar intrest atau kadar faedah kereta anda, kita mesti mengetahui kadar faedah  yang rendah adalah pilihan bagi semua orang semasa membeli kereta terpakai atau baru.

Walau begitu kadar faedah bagi kereta terpakai adalah berbeza-beza mengikut tahun kereta tersebut dan kadar faedah ini mengikut kadar yang ditentukan oleh pihak bank itu sendiri. Sebelum mempelajari bagaimana belajar kira loan kereta, ada baiknya anda memahami apa itu On The Road (OTR) dan Off The Road agar anda memahami dengan jelas kiraan kereta anda.
Kira loan kereta
Apa itu maksud On The Road?
Perkataan OTR  bermaksud harga atas jalan atau harga keseluruhan harga kereta tersebut termasuklah kos pengurusan, insuran, dan road tax.

Selalunya digunakan oleh penjual kereta semasa mempamerkan harga kereta yang dijual  kepada tontonan awam contohnya  harga OTR bagi kereta Toyota VIOS 1.5 TRD SPORTIVO adalah berjumlah RM 97,980.00.

Ini bermakna harga yang anda perlu beli bagi keseluruhan kenderaan tersebut adalah berjumlah RM 97,980.00 tidak termasuk kadar faedahnya lagi.

Apa itu Of The Road?
Of The Road bermaksud harga harga kereta itu sahaja tidak termasuk kos pengurusan, insuran dan road tax. Ini bermakna anda harus mengeluarkan beberapa wang lagi bagi kos pengurusan, road tax, dan juga kos insuran.

Sesetengah penjual kereta hanya mempamerkan harga Of The Road hingga kebanyaka pengguna keliru mengenai harga kereta yang perlu mereka bayar. Anda perlu mengetahui kedua-dua perkataan ini agar anda tidak keliru terutamanya anda berkeinginan untuk membeli kereta baru atau terpakai.

Contoh kira loan kereta
Baiklah ini adalah perkara yang penting perlu anda pelajari untuk mengira loan kereta anda agar anda memahami dengan sepenuhnya jumlah baki yang perlu anda bayar kepad pihak bank.

Anda telah membeli kereta Axia 1.0 Standard E – Manual dengan harga OTR adalah berjumlah RM 24,837.16 selama 7 tahun. Dengan kadar bayaran deposit  sebanyak 10%, anda telah membayar kepada pihak Perodua sebanyak RM 2483.7.

Sekiranya kadar faedah kenderaan tersebut sebanyak 3.5%, bayaran bulanan kereta anda adalah sebanyak RM331.

Pengiraan jumlah keseluruhan bayaran loan kereta selama 7 tahun
  • Model kereta= Perodua Axia 1.0 Standard E – Manual
  • Harga OTR= RM 24,837.16
  • Bayaran Deposit= RM2483.7
  • Contoh Intrest/faedah tahunan= 3.5%
  • Bayaran bulanan selama 7 tahun= RM331
  • Jumlah hutang selepas ditolak bayaran deposit 10%= RM24,837.16 – RM2483.7= RM 22,353.46
  • Jumlah sewa beli kereta= RM 22,353.46
  • Jumlah yang perlu anda bayar selama 7 tahun (84 bulan)= RM331 x 84=RM 27,804
  • Keuntungan pihak bank= RM 27,804 – RM 22,353.46= RM 5,450.54
Bagaimana? Amat mudah bukan? Apa yang paling penting yang anda ketahui adalah berapakah kadar intrest atau kadar faedah tahunan kereta yang  anda beli.

Semakin rendah kadar faedah tersebut, semakin rendah lah bayaran bulanan yang perlu anda bayar dan tidaklah terlalu banyak anda perlu membayar kepada pihak bank. Semoga tips ini membantu anda. Baca juga, Cara Renew Road Tax Motor Dan Kereta Anda.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.