Home » » Cara Kira Kelayakan Gaji Untuk Buat Pinjaman Peribadi Di Bank

Cara Kira Kelayakan Gaji Untuk Buat Pinjaman Peribadi Di Bank

Ramai diantara anda ingin membuat pinjaman peribadi di bank kerana memerlukan wang dalam dalam jumlah yang banyak untuk tujuan bisnes, membeli rumah, untuk bayaran deposit kereta, modal memulakan perniagaan, atau, bermcam-macam tujuan hinggakan sesetengah dari anda telah beberapa kali melakukan ‘overlap’ pinjaman mereka di bank-bank tempatan di Malaysia.

Kadang-kadang bagi mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi melalui slip gaji dan bayaran-bayaran hutang lain, permohonan pinjaman mereka tidak akan diluluskan oleh pihak bank.

Cara mengira kelayakan gaji untuk buat pinjaman di bank
Bagi anda yang tidak mengetahui cara pengiraan gaji yang sebenar, anda merasakan kelayakan gaji anda masih layak untuk melakukan pinjaman peribadi tetapi sebenarnya anda telah melepasi had yang ditetapkan oleh Bank Negara iaitu melepasi 60% komitmen.

Bukan sahaja potongan melalui slip gaji tetapi hutang-hutang yang tidak termasuk di dalam potongan slip gaji misalnya kad kredit, pinjaman sewa beli kereta, motosikal, dan bayaran hutang yang lain.

Sekiranya anda mengetahui cara pengiraan kelayakan gaji anda, sudah tentunya anda tidak perlu bersusah-susah datang ke bank untuk melakukan permohonan pinjaman sekiranya gaji anda telah pun melepasi 60%. Baik berikut adalah contoh pengiraan kelayakan gaji anda.
Kira Kelayakan Gaji Untuk Buat Pinjaman Peribadi  Di Bank
Contoh pengiraan gaji, layak atau tidak buat pinjaman peribadi di bank
Sebenarnya formula ini amat mudah sekali dan cara kiraan ini lah yang diguna pakai oleh pihak bank untuk mengira kelayakan gaji anda.

Formulanya adalah seperti ini, semua komitmen anda (hutang), bahagikan(÷) dengan gaji kasar dan darabkan  (x) dengan seratus (100).

Berikut adalah contoh gaji individu yang bernama encik John yang ingin melakukan pinjaman peribadi di bank.
  1.  Contoh gaji Encik John
  • Basic terkini= RM5,000
  • Elaun-elaun = RM 800
  • Jumlah pendapatan kasar= RM5,800
  1. Potongan komitmen dalam slip gaji
  • Potongan angkasa= RM1,200
  • Potongan perumahan= RM 1,500
  • Jumlah komitmen dalam slip gaji= RM2,700
  1. Komitmen luar dari slip gaji (bayaran tetap dan tidak berubah) seperti bayaran  kereta dan kad kredit= RM 800
  2. Jumlah keseluruhan komitmen dalam slip gaji dan luar slip gaji= RM 3,500
Formula kiraan kelayakan pinjaman peribadi berdasarkan kiraan gaji encik John
  • 3,500 ÷ 5,800 x 100= 60.3%
Jika mengikut contoh diatas, encik John tidak layak untuk melakukan pinjaman peribadi kerana gajinya telah melepasi  60% komitmen melainkan, kiraan ini kurang dari 60% misalnya, kiraan adalah sebanyak 55%, ini menunjukkan encik John masih layak memperolehi  pinjaman peribadi sebanyak 5%. Baca juga artikel,
Ramai daripada anda tidak menyatakan bayaran komitmen luar dari slip gaji kerana risau permohonan pinjaman peribadi mereka tidak diluluskan, tetapi sekiranya anda mempunyai bayaran seperti kereta atau kad kredit, pihak bank masih boleh mengesan bayaran komitmen anda ini melalui ccris dan ctos.

Bagi pendapat peribadi penulis, anda harus menyatakan secara jujur kepada pihak bank semasa melakukan kiraan gaji anda dan komitmen luar dari slip gaji kerana anda sebenarnya akan menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk lagi selepas melakukan pinjaman kerana komitmen potongan pinjaman tersebut.

Kiraan ini adalah berdasarkan formula yang diajar sendiri oleh pihak Bank Negara semasa penulis mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh pihak mereka. Kiraan ini amat mudah difahami dan anda boleh mencuba untuk mengira kiraan peratus kelayakan anda sekarang.

Sekiranya anda mempunyai formula yang lain, anda boleh berkongsi dengan kami disini, serta sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya di ruang komen. Penulis cuba untuk menjawab secepat yang boleh. Sekian perkongsian ini, semoga maju jaya.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.