Home » » Cara Jual Kereta Anda Agar Masih Perolehi Keuntungan

Cara Jual Kereta Anda Agar Masih Perolehi Keuntungan

Bagi anda yang ingin merasakan ingin menjual kereta milik anda disebabkan mungkin anda mahu membeli kereta baru, terdapat beberapa panduan yang perlu anda ambil perhatian sebelum menjualnya kepada pihak ketiga agar anda tidak mengalami kerugian.

Pada dasarnya, menjual kereta milik sendiri tidak akan memberi keuntungan kepada anda kerana setiap tahun, setiap bulan nilai kereta akan berkurangan mengikut pasaran semasa.

Walau begitu, anda masih mampu mengurangkan kerugian anda sekiranya anda mengamalkan tip-tips ini di awal anda membeli kereta anda.

Ikuti tips-tips ini agar anda masih memperolehi sedikit keuntungan semasa anda menjual kereta lama anda kepada pihak ketiga.

Amalkan penjagaan kereta secermat yang boleh
Bagi menjaga nilai harga kereta anda agar tidak jatuh teruk, semasa mula-mula anda membeli kereta anda dahulu, anda sebenarnya  telah bermula menjaga kereta anda dengan sebaik mungkin dengan mengikuti  servis  minyak enjin  mengikut jadual, membawa kereta agar tidak mengalami kemalangan, memastikan cat-cat kereta tidak rosak atau tercalar.

Paling penting sekali, semasa anda menjual kereta anda kepada pihak ketiga, kereta anda masih dalam keadaan yang elok tanpa mengalami apa-apa kerosakan atau kebocoran kerana sekiranya kereta anda dalam keadaan yang bermasalah seperti menjual dalam keadaan terdapat minyak bocor pada bahagian enjin, ia sudah tentunya akan menurunkan nilai kereta anda berbanding dengan nilai pasaran.
Jual kereta anda kepada kepada kawan-kawan atau ahli keluarga
Sekiranya boleh, jual kereta anda kepada ahli keluarga atau kawan-kawan anda kerana mereka tahu bagaimana anda menjaga kereta anda dan mereka juga tahu kondisi kereta anda yang masih di dalam keadaan yang terbaik.

Walau begitu, pastikan mereka membeli kereta yang anda ingin jual dibeli dengan harga tunai. Sekiranya kereta anda  masih terdapat komitmen dengan  bank, ianya agak sukar dilaksanakan kerana ia memerlukan ejen berdaftar dengan pihak bank untuk urusan pertukaran ini.

Tetapi pihak ketiga berminat membeli kereta anda yang masih mempunyai komitmen dengan pihak bank harus bertanya terlebih dahulu dengan pihak bank berkenaan kerana tidak semua prosuder bank adalah sama.

Sekiranya keluarga atau kawan-kawan tidak berminat dengan kereta yang ingin anda jual, barulah anda perlu menjual kepada orang ramai yang benar-benar berminat dengan kereta anda.

Ini kerana, terdapat ramai orang di luar sana masih tercari-cari kereta terpakai untuk kegunaan sendiri dan harga yang masih mampu milik.

Bagimana untuk menjual kereta anda kepada orang ramai? Anda dicadangkan mengiklankan kereta anda melalui media sosial atau melalui web yang paling berpengaruh sekali seperti mudah.com.my atau carlist.com.my.

Sekiranya kereta yang anda jual dicari oleh orang ramai seperti kereta keluaran Toyota, Proton, Perodua, Honda, di dalam sehari sahaja anda mampu memperolehi pembeli yang benar-benar serius membeli kereta anda.

Cuba elakkan jual kereta anda kepada syarikat kereta terpakai
Sebenarnya terdapat kebaikan dan keburukannya sendiri sekiranya anda menjual kereta anda kepada pihak ini.

Keburukannya adalah, mereka akan membeli kereta anda kurang dari harga pasaran semasa atau membeli dengan harga yang paling murah sekali.

Ramai yang silap menjual kereta mereka kepada pihak kereta terpakai kerana dengan alasan ingin menjual kereta dengan cepat tetapi tahukah anda, anda sebenarnya mengalami kerugian yang amat banyak.

Kebaikannya pula, anda akan dapat menjual kereta anda dengan segera tanpa mencari pembeli kereta anda kerana pihak mereka akan membeli kereta anda dengan segera dan menguruskan segala urusan-urusan pertukaran hak milik.

Prosuder menjual kereta  kepada pihak ketiga
Menjual kereta kepada pihak ketiga tidaklah sesukar seperti yang anda fikirkan  kecuali kereta anda masih mempunyai komitmen dengan pihak bank yang mana memerlukan pembeli melakukan urusan sewa beli semula kepada pihak bank.

Harga kereta anda mengikut perjanjian anda dengan pihak pembeli, misalnya anda menjual kereta anda yang masih memiliki komitmen dengan pihak bank kepada pihak ketiga dengan anggaran Rm 5000.

Pihak pembeli kemudian akan melakukan permohonan reloan semula  atau permohonan pinjaman semula sewa beli kereta anda mengikut baki kereta semasa dan mengikut harga pasaran semasa kereta tersebut.

Sesetengah bank mengkehendaki ejen yang dilantik oleh mereka untuk menguruskan pertukaran nama di JPJ, insuran dan urusan pemeriksaan Puspakom sekiranya permohonan pembeli baru diluluskan.

Bagi bank yang tidak mensyaratkan ejen sebagai orang tengah dalam urusan pertukaran nama ini, anda boleh melakukan sendiri urusan pertukaran nama di JPJ dan pemeriksaan Puspakom sekiranya permohonan dari pembeli diluluskan oleh pihak bank.

Sekiranya kereta yang anda ingin jual tidak mempunyai lagi komitmen lagi dengan pihak bank, urusan ini amat mudah sekali.

Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukan pemeriksaan kereta anda dengan pihak Puspakom dan kemudian mendapatkan insuran kereta yang baru atas nama pemilik yang baru dan seterusnya, anda dan pembeli baru harus datang ke JPJ untuk urusan pertukaran nama dengan membawa geran kereta asal, salinan Mykad anda dan  Mykad pembeli baru.

Urusan di JPJ mengkehendaki anda dan pemilik baru mengisi borang pertukaran nama secara sukarela yang mana borang tersebut boleh diperolehi di kaunter pertanyaan dan seterusnya urusan cop tangan bio metrik.

Apapun jenis kereta anda, pastikan kereta anda yang  tidak memiliki komitmen lagi dengan pihak bank dalam kondisi terbaik semasa menjualnya kerana ia adalah point utama anda bagi mempertahankan harga kereta yang anda jual kepada pihak ketiga kerana pembeli baru akan cuba meminta anda mengurangkan harga kereta tersebut dengan melihat alasan-alasan kerosakan yang perlu dibaiki keatas kereta anda sekiranya ada.

Sungguhpun demikian, pastikan kereta anda yang ingin dijual tidak kurang dari harga pasaran semasa kerana tentunya ianya akan merugikan anda. Baca juga, 10 Tips Cara Jimat Minyak Kereta Perlu Diketahui SetiapPemandu.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.