Home » » Bolehkah Beli Motorsikal Baru Tanpa Slip Gaji?

Bolehkah Beli Motorsikal Baru Tanpa Slip Gaji?

Anda tentunya berkeinginan untuk membeli motosikal baru tetapi masih ragu-ragu disebabkan mungkin anda kini masih belum memiliki pekerjaan ataupun anda seorang pelajar.

Penulis memahami masalah anda dan cuba memberikan beberapa tips dan idea berdasarkan prosuder-prosedur yang selalunya  ditetapkan oleh pihak kedai yang menjual motosikal.

Mungkin artikel ini boleh dijadikan sebagai pengetahuan dan panduan anda semasa merancang untuk membeli motosikal. untuk keperluaan diri sendiri.

Beli motosikal baru tanpa memiliki slip gaji
Jika anda merancang untuk membeli sebuah motosikal baru tetapi anda hanya mampu untuk membayar depositnya sahaja, pertama sekali yang perlu anda ambil perhatian adalah mengenai slip gaji atau apa-apa bukti  yang anda mempunyai pendapatan setiap bulan.

Maklumat sumber pendapatan diperlukan oleh pihak kedai untuk membolehkan mereka menjual motosikal kepada anda.

Bagi pihak kedai tidak menjadi kewajipan bagi pelanggan untuk memiliki slip gaji semasa membeli motosikal secara deposit tetapi anda haruslah memberikan apa-apa bukti tentang pendapatan anda setiap bulan.
Tahukah anda, mereka yang bekerja sebagai penoreh getah layak diterima oleh pihak kedai yang menjual motosikal dengan hanya mereka perlu membayar deposit motosikal dan menunjukkan resit jualan hasil memotong getah setiap minggu kepada pihak kedai.

Itu adalah sebagai contoh yang benar-benar berlaku tetapi di pihak anda, adakah anda mempunyai wang deposit untuk melakukan bayaran motosikal dan mempunyai pendapatan setiap bulan?

Jika ya, anda layak untuk membeli motosikal tanpa memiliki slip gaji di mana-mana kedai untuk menjual motosikal.

Walau begitu sesetengah kedai pula mewajibkan anda memiliki slip gaji untuk melakukan bayaran ansuran bulanan motosikal mesikpun anda telah melakukan bayaran deposit motor.

Sebagai pemahaman yang lebih jelas mengenai prosuder yang ditetapkan oleh pihak kedai semasa membeli motor secara ansuran, berkunjunglah di mana-mana kedai yang menjual motor yang berhampiran dengan tempat tingggal anda.

Bagi mereka yang ingin membeli motor melalui potongan gaji di bank, anda diwajibkan memiliki slip gaji dan lesen motor.

Selain itu sumber pendapatan anda akan dikira sepenuhnya oleh pihak bank, sekiranya anda disenarai hitam ‘black list’ oleh pihak bank, kemungkinan permohonan anda untuk membeli motorsikal tidak diluluskan.

Kelebihan membeli motosikal melalui potongan gaji di bank adalah anda hanya membayar deposit motosikal yang rendah tetapi  keburukannya pula kadar faedah yang agak tinggi.

Beli motosikal secara ‘cash’ tidak memerlukan slip gaji
Sekiranya anda memiliki wang untuk membeli motor secara bayaran ‘cash’, anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan slip gaji anda.

Apa yang anda perlukan, bawa duit bayaran motosikal terus ke kedai motor untuk melakukan bayaran terus.

Proses untuk membolehkan pihak kedai motor ini menyerahkan sepenuhnya motosikal yang anda beli kepada anda memerlukan anggaran 3 hari kerana mereka perlu menguruskan pendaftaran motosikal di JPJ.

Apa-apa pun, apabila anda merancang untuk membeli motosikal, fikir terlebih dahulu keadaan kewangan anda kerana membeli motosikal dengan secara ansuran agak membebankan sekiranya pendapatan anda memiliki banyak komitmen yang lain. Baca juga, Cara Tukar Nama Hak Milik Motorsikal di JPJ.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.