Home » » Apa Harus Dilakukan Apabila Gagal SPM?

Apa Harus Dilakukan Apabila Gagal SPM?

Gagal SPM bukan bererti ada akan gagal selama-lamanya. Perkataan ini harus dijadikan sebagai pedoman kepada anda bagi meneruskan kehidupan atau untuk menguatkan semangat anda bagi menjalani kehidupan yang akan datang.

Bagi anda yang telah gagal di dalam peperiksaan SPM, jangan bersedih hati kerana SPM bukan penentu dimana hala tuju kehidupan anda yang akan datang. Apa-apa pun sekiranya anda gagal di dalam peperiksaan ini, berusaha semula untuk mengulangi peperiksaan tersebut kerana ruang pilihan sentiasa terbuka kepada anda, apa yang penting niat dan usaha anda.

Tindakan perlu dilakukan apabila gagal di dalam SPM
Alam persekolahan adalah saat-saat yang paling menyeronokan di dalam kehidupan seseorang pelajar dimana anda bebas bertemu dengan kawan-kawan anda tanpa halangan dan tanpa memikirkan masalah-masalah kewangan kerana kedua orang tua anda akan memberikan anda bantuan dari segi kewangan.

Kerana keseronokan di alam persekolahan, sesetengah pelajar akan menjadi leka terutama sekali tanggungjawab utama mereka iaitu belajar dan seterusnya memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan.
Pelajar yang leka untuk menumpuhkan perhatian semasa di alam persekolahan selalunya berakhir memperolehi keputusan yang kurang baik di akhir peperiksaan dan saat yang menyedihkan bagi pelajar apabila memperolehi keputusan yang teruk atau erti kata lain gagal di dalam peperiksaan SPM sedangkan rakan-rakan yang lain memperolehi keputusan yang cemerlang.

Sebaik-baiknya apabila keputusan SPM telahpun keluar dan anda dapati telah gagal di dalam peperiksaan tersebut, daftarkan diri anda dengan segera bagi mengulang semula subjek mata pelajaran yang telah gagal.

Ini kerana keputusan hanya dikira apabila anda mengambil peperiksaan SPM di dalam tiga tahun berturut-turut dan selepas daripada itu, anda harus mengambil kesemua mata pelajaran semula kerana mengambil mata pelajaran selang melebihi tiga tahun, ia tidak akan diikhtiraf.

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat pendidikan yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda dan selalunya permohonan ini dibuka pada setiap awal bulan mac atau selepas keputusan peperiksaan SPM keluar.

Anda boleh memohon sebagai calon persendirian atau mungkin sekolah lama anda masih boleh menerima semula calon SPM yang telah gagal sebagai pelajar mereka. Mungkin anda berminat untuk membaca artikel ini, Teknik Belajar Yang Berkesan Untuk Panduan Pelajar.

Cuba ikuti krusus-krusus yang memerlukan kemahiran
Bagaimana jika anda tidak berminat untuk mengulang semula peperiksaan SPM? Pilihan berada di tangan anda, sekiranya boleh, anda disaran untuk mengulang semula peperiksaan tersebut kerana pada masa kini, kebanyakan syarikat-syarikat swasta atau kerajaan memerlukan sijil SPM yang telah lulus bagi membolehkan anda memohon untuk mendapatkan kerja.

Sekiranya anda benar-benar bertekad untuk tidak lagi ingin mengambil semula peperiksaan SPM, anda masih mempunyai pelbagai pilihan yang lain tetapi memerlukan pilihan yang tepat.

Apabila anda tidak lagi berminat untuk belajar, perkara penting yang perlu anda focus adalah mengenai hala tuju kerjaya anda.

Pada masa kini, kebanyakan syarikat-syarikat swasta memerlukan pekerja yang berkemahiran untuk bekerja di dalam syarikat mereka sendiri, oleh itu anda disaran untuk mengikuti krusus-krusus yang menawarkan kemahiran seperti krusus automobile, pendawaian, automotif, mekanikal, penyelengaraan, dan bermacam-macam lagi.

Selalunya krusus-krusus  kemahiran ini ditawarkan oleh Giat Mara dan kolej-kolej swsta. Krusus ini amat berguna sekali bagi persediaan anda untuk mudah diterima di alam pekerjaan nanti.

Cari jawatan kosong di syarikat yang kukuh
Bagaimana jika tidak berminat untuk mengikuti krusus-krusus kemahiran?

Sebenarnya, kemahiran adalah senjata untuk mudah memperolehi sesuatu pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan tetapi jika anda merasakan anda tidak mempunyai minat dalam krusus-krusus ini, mungkin idea untuk mencari pekerjaan di syarikat-syarikat yang kukuh  umpamanya Pasaraya Giant, pasaraya Tesco, pasaraya Servay, McDonald, KFC, Pizza Hut, dan lain-lain lagi.

Kenapa anda mencari pekerjaan di syarikat yang kukuh ini?

Baik, apa pun jawatan anda semasa diterima bekerja, paling penting sekali, anda harus bertahan selama yang boleh di syarikat tersebut.

Mungkin semasa anda mula-mula diterima bekerja, anda hanyalah seorang pelayan biasa di restoran segera KFC misalnya, jika anda bekerja bersungguh-sungguh dan bertahan bertahun-tahun, syarikat akan menghargai usaha anda dan apa yang pasti tidak mustahil anda akan menjadi seorang manager di restoran KFC.

Penulis mempunyai dua rakan yang hanya memiliki kelulusan PMR, seorang telah bekerja di restoran KFC dan seorang bekerja di sebuah pasaraya Milemewah di Sabah beberapa belas tahun yang lepas.

Kerana kesungguhan mereka bertahan di dalam kedua-dua syarikat ini, rakan penulis yang bekerja di restoran KFC kini telah menjadi seorang Pengurus di sebuah restoran KFC di Kota Kinabalu, manakala yang bekerja di pasaraya Milemewah telah menjadi seorang pengurus di dalam pasaraya tersebut.

Melihat kedua-dua senario tersebut, dapat kita gambarkan kebaikan bertahan sesuatu pekerjaan di syarikat-syarikat yang kukuh kerana ia akan memberikan anda peluang untuk mengembangkan pengalaman anda selama bertahun-tahun di syarikat tersebut sehingga tidak musthil dilantik sebagai pengurus syarikat.

Baca juga, Tips Dapat Jawatan Kosong Swasta.

Penutup
Peperikasaan SPM adalah penting bagi anda yang ingin meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan salah satu syarat utama bagi memohon jawatan-jawatan di dalam perkhidmatan awam.

Walau begitu, bagi syarikat swasta, mereka amat mementingkan kemahiran dalam sesuatu bidang. Anda harus mampu mengambil keputusan tepat dan bijak didalam pemilihan hala tuju hidup anda.

Hidup hanya sekali, adalah amat merugikan sekiranya anda tidak melakukan yang terbaik di dalam kehidupan anda.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.