Home » » Top 10 Portal Berita Online Paling Kerap Dikunjungi Di Malaysia

Top 10 Portal Berita Online Paling Kerap Dikunjungi Di Malaysia

Apakah portal berita online yang paling kerap dikunjungi di Malaysia? Baik, berita-berita online yang paling kerap dikunjungi mungkin disebabkan portal berita tersebut kerap memaparkan berita-berita yang panas dan terpercaya hinggakan ianya menjadi kesukaan ramai orang dan sering mengunjungi web berkenaan. 

Web-web ini memiliki reputasi yang amat baik hinggakan dikunjungi berpuluh ribu orang setiap hari, walau begitu ranking ini boleh berubah-ubah setiap masa bergantung kepada paparan berita yang disampaikan kepada orang ramai.

Top 10 berita online paling kerap dikunjungi di Malaysia menurut alexia.com
Sumber  ini diperolehi dari rangking alexa.com yang mana web ini akan menganalisis dan menyimpan data-data bagi semua web di seluruh dunia dan akan memberikan rank setiap web  melalui analisis dari system mereka.

Berikut adalah portal berita yang paling kerap dikunjungi oleh orang ramai dan  berada di Malaysia pada awal tahun 2016.
1. Malaysiakini.com (Rank 29)
Laman portal berita yang sering berada di ranking pertama bagi kategori berita adalah web Malaysiakini.com. Web portal berita ini sering memaparkan berita-berita dalam Negara terutamanya mengenai isu-isu politik dalam Negara dan menjadi pilihan utama pembaca online. Web ini boleh dibaca melalui empat bahasa iaitu, bahasa inggeris, bahasa Malaysia, Cina, dan India.

2. Thestar.com.my (Rank 34)
Kategori portal berita yang paling kerap yang kedua adalah web  thestar.com.my yang mana, portal online ini memaparkan berita-berita dalam dan luar Negara, gaya hidup masyarakat Malaysia, berita sukan, bisnes, pembelajaran, dan banyak lagi.

3. Tribunnews.com (Rank 49)
Sebenarnya portal berita ini berpangkalan di Indonesia dan memaparkab berita-berita dalam Negara Indonesia. Mungkin ianya kerap dikunjungi oleh golongan masyarakat Indonesia yang berada di Negara Malaysia untuk bekerja, belajar dan sebagainya. Atau terdapat berita yang mengemparkan dari Negara berkenaan.

4. Themalaysianinsider.com (Rank 53)
Themalaysianinsider.com adalah portal berita online yang memaparkan berita-berita semasa dalam Negara seperti isu-isu politik, lifestyle, berita dunia, berita sukan dan bisnes. Web ini ditulis dalam bahasa inggeris dan berada di ranking  ke-4 portal berita paling kerap dikunjungi.

5. Sinarharian.com.my (Rank 79)
Web portal berita yang seterusnya adalah Sinarharian.com. Web ini amat dikenali oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana bukan sahaja berita ini boleh dibaca menerusi online tetapi melalui akhbar-akhbar yang dijual di serata negeri setiap hari. Web ini memaparkan berita-berita tempatan, sukan, viral, makanan, hiburan, politik, wawancara, dan pelbagai lagi. Web ini memiliki dua bahasa utama iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris.

6. liputan6.com (Rank 80 )
Web portal berita ini memaparkan berita-berita tempatan, politik, sukan, dan gossip artis bagi Negara Indonesia dan berpangkalan di Indonseia. Sama seperti Tribunnews.com, mungkin web ini dibaca oleh kebanyakan masyarakat Indonesia yang berada di Negara Malaysia bagi mengetahui isu-isu dalam Negara mereka.

7. Dailymail.co.uk (Rank 83)
Portal berita ini memamparkan berita-berita utama dari England, US, dan Australia serta berita dunia, sukan, gossip artis barat, bisnes, dan banyak lagi. Mungkin portal berita ini dibaca oleh kebanyakan pelancong yang berada dalam Negara Malaysia dan juga rakyat Malaysia itu sendiri bagi mengetahui berita-berita luar Negara.

8. Hmetro.com.my (Rank 87)
Portal berita ini amat dikenali sekali oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana berita ini bukan sahaja boleh dibaca melalui online tetapi melalui akhbar harianmetro yang diedarkan di seluruh Negara setiap hari. Portal berita ini akan memaparkan berita-berita tempatan, politik, viral, sukan, kewangan, berita dunia, berita artis tempatan, pembelajaran, serta banyak lagi.

9. Utusan.com.my (Rank 91)
Portal berita ini telah pun wujud puluh tahun yang lepas dan masih kekal hingga sekarang menyampaikan isu-isu semasa dalam Negara seperti politik, sukan, bisnes, berita dunia. Web ini bukan sahaja boleh dibaca menerusi internet tetapi boleh diperolehi menerusi akhbar Utusan yang diedarkan di serata negeri setiap hari.

10. Freemalaysiatoday.com (Rank 93)
Portal berita online yang terakhir berada di tangga ke-10 adalah freemalaysiantoday.com, web ini memaparkan isu-isu semasa dalam Negara, sukan, bisnes, dan berita dunia. Web in ditulis dalam bahasa inggeris.

Ini adalah web berita yang paling kerap dikunjungi oleh masyarakat dalam Negara Malaysia, walau begitu, kedudukan web ini boleh berubah-ubah setiap masa bergantung kepada isu-isu semasa yang disampaikan. Anda boleh merujuk kedudukkan web yang tersohor dalam Negara atau peringkat dunia dengan merujuk kepada web alexa.com. Baca juga  Top 50 Laman Web Paling Kerap Dikunjungi Di Malaysia.





Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.