Home » » Tips Potong Hujung Seluar Jeans Di Kedai Jahit

Tips Potong Hujung Seluar Jeans Di Kedai Jahit

Seluar jeans pada asalnya digunakan oleh pelombong-pelombong emas di Amerika untuk memenuhi ketahanan seluar  untuk kerja-kerja yang sukar dalam perlombongan. Pengasas utama jeans adalah seorang lelaki yang berketurunan Bravian iaitu Levi Strauss dan juga Hendry David Lee.

Dalam anggaran tahun 1860 seluar Levi Straus menjadi pakaian seharian terutama kepada kaum petani, gembala ternakan atau yang lebih dikenali sebagai ''Cowboy'', dan juga pelombong .

Pada tahun 1880, seluar jeans Levi dijual secara komersial dan besar-besaran dan mendapat reka bentuk yang lebih teliti, misalnya jahitan utama menggunakan benang oren berserta tanda dagangan ‘’arcuate’’  pada semua bahagian poket belakang, penggunaan rivet, bar tracking, poket kecil atau dikenali sebagai watch poket (poket jam) dan lambang dua kuda pada patch kulit bahagian belakang, tinggi pinggang yang dikenali sebagai 501s dan banyak lagi.

Itu adalah serba sedikit mengenai sejarah seluar  jeans biru yang kini menjadi begitu popular sekali di serata dunia hingga seluar jeans tidak akan mati ditelan oleh zaman,  dan pada masa kini terdapat pelbaagai jenama jeans yang direka  oleh pengilang-pengilang besar di serata dunia, walau bagaimanapun, seluar jeans jenama Levi’s kekal menjadi seluar nombor satu dunia sehingga kini kerana ketahanannya.

Baik berbalik kepada tujuan asal penulisan artikel ini adalah berkongsi mengenai tips untuk memotong hujung seluar jeans di kedai jahit agara sentiasa kekal pada reka bentuk yang  asal.
Tips Potong hujung  Seluar Jeans Di Kedai Jahit
Apabila anda berkira-kira untuk membeli seluar jeans di mana-mana kedai atau kompleks membeli belah, satu kesilapan bagi kebanyakan orang adalah memotong terus  hujung seluar melalui pihak pekedai kerana mungkin mereka memotong hujung seluar disebabkan ianya terlalu panjang dan perlunya memotong sedikit hujung seluar jeans bagi membolehkan ukuran benar-benar sesuai dengan saiz ketinggian.

Tahukah anda, cara ini akan menghilangkan keaslian seluar jeans yang baru anda beli? Lebih-lebih lagi anda membeli seluar jeans daripada jenama Levi’s yang memiliki harga yang mahal?

Baik anda dicadangkan semasa membeli seluar jeans, jangan segera memotong secara tergesa-gesa hujung seluar anda melalui pekedai kerana mereka akan memotong terus hujung seluar mengikut saiz ketinggian anda tanpa mencantumkan semula hujung seluar yang asal.

Memotong hujung seluar tanpa mencantumkan hujung seluar yang asal akan menyebabkan hilangnya keaslian seluar jeans tersebut kerana salah satu ketahanan seluar jeans adalah melalui hujung seluar yang direka dan dijahit dengan baik pada bahagian tersebut.

Yang sebaiknya apabila anda membeli seluar jeans untuk keperluan anda, ambil masa anda sendiri dan bertanya kepada rakan-rakan dimana lokasi kedai jahit yang baik atau mungkin anda boleh mencari sendiri kedai jahit tersebut.

Sebaik anda menjumpai kedai jahit yang menurut anda adalah bagus, bertanya dahulu kepada pihak kedai jahit adakah mereka melakukan perkhidmatan melakukan ubah suai seluar serta jahitan  penyambungan hujung seluar yang asal kerana tidak semua tukang jahit akan melakukan jahitan seperti ini.

Sekiranya tukang jahit sanggup melakukan penyambungan hujung seluar jeans anda, anda bolehlah menghantar seluar jeans kepada tukang jahit berkenaan kerana proses penyambungan agak mengambil masa.

Selalunya harga bagi proses jahitan penyambungan adalah berjumlah RM 30 sepasang tetapi ianya bergantung kepada harga yang diminta oleh pihak tukang jahit, jika terdapat harga yang lebih murah, mungkin anda memang bernasib baik.

Bagi proses pemotongan hujung seluar tanpa menyambungkan kepada hujung seluar yang asal, harga yang akan dikenakan adalah hanya berjumlah RM5 sepasang dan ianya mengambil masa lima minit untuk  siap.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.