Home » » Tips Elak Tersesat Semasa Di Airport KLIA

Tips Elak Tersesat Semasa Di Airport KLIA

Panduan ini amat sesuai bagi sesetengah individu yang tidak pernah menaiki pesawat khususnya bagi penerbangan Malaysia.

Hal yang agak memeningkan kepala anda semasa berada di airport yang besar seperti KLIA yang mempunyai banyak sekali  pintu masuk ditambahi dengan kehadiran ramai orang yang ingin menaiki pesawat ke destinasi masing-masing.

Adakalanya anda akan melihat ramai orang yang terkejar-kejar untuk mengelakkan terlepas flight sendiri.

Tahukah anda terdapat individu yang terlepas flight mereka bukan sahaja kerana mereka lewat sampai di airport tetapi tersesesat di airport itu sendiri.

Cara elak tersesat semasa berada di Airport KLIA
Panduan ini amat penting untuk anda ambil perhatian kerana terdapat perkara yang boleh anda terlepas flight, misalnya anda menaiki pesawat  daripada Penang  hendak ke Kota kinabalu, flight anda pada masa itu anggaran jam 10.00 malam dan sampai ke airport KLIA jam 10.45 malam.

Dalam masa yang sama, flight yang berbeza, penerbangan ke Kota Kinabalu adalah jam 11.15 malam.

Pada masa itu anda baru pertama kali menaiki pesawat dan masih tidak tahu selok belok mengenai airport KLIA yang amat luas sekali.

Walaupun anda mempunyai masa 30 minit untuk ke ruang balai belepas, kemungkinan anda akan tersesat dan terlepas flight adalah tinggi jika anda tidak mengetahui lokasi sebenar balai belepas bagi penerbangan anda ditambahi Airport KLIA yang amat luas.

Panduan-panduan penting

Panduan utama adalah tiket anda- Sebagai peringatan anda, perkara yang paling utama sekali yang perlu diambil perhatian adalah mengenai tiket anda.

Pastikan anda mengetahui dengan jelas masa flight akan berlepas, lokasi cek in, lokasi balai berlepas dan tidak lupa juga mengenai tiket kapal terbang, dokumen seperti Mykad atau Passport kerana ia adalah ‘boarding pass’ untuk memasuki kapal terbang.
Cari pintu ruang berlepas (Departure Hall)- Jika anda tidak tahu lokasi balai berlepas, pastikan anda sampai anggaran sejam awal di airport.

Anda juga harus mengetahui dua perkara penting iaitu balai pelepasan penerbangan domestik (Penerbangan dalam negeri) , bermaksud penerbangan di dalam negeri-negeri Malaysia sahaja dan kedua adalah balai pelepasan untuk penerbangan antarabangsa (penerbangan ke luar negara).

Pada tiket akan tertera pintu masuk bagi penerbangan anda, misalnya pada tiket anda tertera GATE  12, ini bermakna anda harus mencari pintu Gate 12 kerana disitulah balai pelepasan anda.

Jangan malu bertanya  kepada krew airport- Sekiranya anda tidak mengetahui kaunter bagi cek in atau lokasi balai berlepas, anda di nasihatkan tidak malu bertanya kepada krew airport kerana mereka amat bersedia untuk membantu anda.

Bagi cek in di KLIA anda boleh mendapatkan tiket flight anda yang telah ditempah melalui online di  mesin kiosk AirAsia atau MAS, sekiranya anda masih keliru, anda boleh meminta bantuan pada kaunter cek in.

Lihat jadual penerbangan di skrin TV- Apabila anda telah sampai di pintu  pelepasan (departure hall) bagi penerbangan anda, lihat semula jadual penerbangan pada skrin TV yang berada di kawasan tersebut.

Kadang-kadang gate masuk akan bertukar ke gate masuk yang lain, misalnya pintu pelepasan anda adalah Gate 12 tetapi ia telah bertukar ke Gate 15.

Oleh itu, anda harus segera mencari pintu masuk Gate 15 untuk pelepasan anda. Pertukaran gate ini kerap terjadi kerana disebabkan aliran trafik  di lapangan terbang KLIA yang amat sibuk. Mungkin artikel panduan ini juga dapat membantu anda






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.