Home » » Tanjung Lumpur Kuantan Terkenal Makanan Seafood

Tanjung Lumpur Kuantan Terkenal Makanan Seafood

Pada waktu malam di bandar Kuantan Pahang, mungkin anda tercari-cari dimanakah tempat yang amat popular untuk menikmati  makan malam anda bersama-sama dengan keluarga, rakan sekerja ataupun kawan-kawan.

Sememangnya Kuantan amat popular dengan makanan resepi pantai timur yang sedap serta pelbagai tempat menarik yang ada di negeri Pahang .

Bagi pilihan utama penulis, tempat untuk menikmati makan malam yang sedap adalah berada Tanjung Lumpur Kuantan.

Boleh dikatakan makan di kawasan ini satu pengalaman yang menarik bagi anda yang baru pertama kali berkunjung di tempat ini.

Tanjung Lumpur Kuantan  popular makanan seafood dan ikan bakar
Lokasi Tanjung Lumpur adalah berhampiran dengan bandar Kuantan serta berhampiran dengan muara sungai Kuantan dimana ia  juga bersebelahan dengan Padang Lalang.

Jika anda daripada bandar, anda harus melepasi jambatan jalan yang menghubungkan bandar kuantan dan Tanjung Lumpur.

Jika anda masih keliru dengan kawasan ini, anda boleh bertanya kepada orang ramai yang tinggal di bandar kerana rata-rata mereka tahu lokasi ini. Kenapa penulis mencadangkan anda pergi makan malam di kawasan ini?

Untuk pengetahuan anda, restoran makanan laut di kawasan ini kebanyakannya dimiliki oleh nelayan-nelayan tempatan, jika anda melihat map, Tanjung Lumpur berhampiran dengan muara sungan Kuantan dan juga Pantai Tg Lumpur.

Restoran di sekitar kawasan ini amat mudah untuk mendapatkan ikan-ikan segar dari kapal-kapal nelayan yang akan masuk ke sungai Kuantan setiap hari ditambahi pula kebanyakan pemilik restoran makanan laut ini dimiliki sendiri oleh nelayan di kawasan Tanjung Lumpur.

Apabila anda masuk ke kawasan Tanjung Lumpur pada waktu seawal jam 7.00 petang, restoran atau kedai makan makanan laut di sepanjang-panjang jalan Tanjung Lumpur mula beroperasi serta mula dikunjungi oleh kebanyakan penduduk yang tinggal di sekitar bandar Kuantan.

Bagi orang ramai yang baru pertama kali sampai di bandar ini memyebabkan ianya amat sesak dengan kenderaan pelanggan yang ingin menikmati makanan laut.

Kedai makan makanan laut  popular di Tanjung Lumpur
Bagi pandangan penulis, kedai makan makanan laut di kawasan ini kebanykannya popular serta laris dengan kunjungan pelanggan yang datang kerana kedai makan makanan laut ini masing-masing memiliki keistemewaan yang tersendiri.

Walau begitu melalui pemerhatian penulis sendiri, kedai makan makanan laut yang paling ramai dikunjungi oleh pelanggan adalah kedai makan  Ana Ikan Bakar Petai serta  Mail Ikan Bakar.

Ini kerana jika anda agak lambat untuk datang ke kedai makan berkenaan, kesemua meja dipenuhi oleh pelanggan yang datang menyebabkan anda terpaksa menunggu di luar kedai makan untuk menunggu giliran untuk menikmati makan malam.
Ana Ikan Bakar Petai Kuantan
Apa yang istemewa tentang kedai makanan laut ini? Sudah tentunya  tarikan utama pengunjung untuk datang adalah disebabkan kepelbagaian makanan laut yang sedia untuk dihidangkan kepada pelangan ditambahi pula resepi pantai timur yang amat lazat dan menyelerakan.

Misalnya restoran makanan laut Ana Ikan Bakar yang menyajikan resepi utama di dalam menu mereka iaitu ikan bakar dicampur dengan resepi petai yang amat sinonim dengan pemakanan masyarakat tempatan yang ada di Malaysia menjadikan ianya amat popular di kalangan orang ramai.
Mail Ikan Bakar
Sekiranya anda datang di Tanjung Lumpur untuk menikmati makanan malam disini bersama keluarga ataupun dengan kawan-kawan, masa yang terbaik adalah seawall jam 7.00 petang ataupun anda melakukan tempahan awal agar anda tidak perlu menunggu terlalu lama pesanan anda disebabkan ramainya pelanggan yang datang di kedai makan di sekitar Tanjung Lumpur. Baca juga Tempat Menarik Di Kuantan Wajib Dikunjungi.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.