Home » » Petua Merebus Telur Masak Sepenuhnya Atau Separuh Masak

Petua Merebus Telur Masak Sepenuhnya Atau Separuh Masak

Mungkin tips ini berguna kepada anda yang tidak tahu untuk merebus telur agar masak sepenuhnya atau mengikut keinginan anda misalnya inginkan telur yang direbus hanya menjadi separuh masak.

Memasak telur dengan merebus tanpa pengawasan yang teliti akan menyebabkan telur anda menjadi terlalu masak dan hinggakan telur yang direbus boleh menjadi pecah. Adakalanya anda inginkan telur yang direbus hanyak separuh masak tetapi ianya telah masak sepenuhnya.

Petua merebus telur masak sepenuhnya
Untuk menjadikan telur yang anda rebus akan menjadi masak sepenuhnya, caranya amat mudah sekali.

Apa yang perlu anda lakukan,  telur yang anda rebus haruslah dimasak dengan kuali yang mana paras air harus melepasi telur yang berada di dalam kuali tersebut. Jumlah biji telur mengikut keperluan anda.

Seterusnya, apabila bahan-bahan tersebut telah anda sediakan, rebus telur di gas memasak anda dengan saiz api yang sederhana. Letakkan beberapa butir beras di dalam kuali bersama-sama dengan rebusan telur dan tunggu sehingga air mendidih.

Untuk memastikan telur yang direbus telah masak sepenuhnya, butiran beras yang dimasukkan bersama-sama dengan beras itu tadi telah kembang dan masak menjadi nasi.

Bahan-bahan untuk merebus telur
  • Kuali
  • Air
  • Beberapa biji telur mengikut keperluan
  • Beberapa butir beras
Bagi anda yang inginkan telur yang direbus hanya masak separuh (separu masak), beras yang direbus bersama-sama telur, hanya masak separuh atau kembang separuh masak.

Sebenarnya, penanda aras telur anda masak separuh atau masak sepenuhnya adalah melalui butiran beras yang dimasukkan bersaman dengan rebusan telur anda. Bagaimana? Tips ini amat mudah sekali.

Sememangnya telah ramai orang yang telahpun mengetahui tips ini tetapi masih terdapat segelintir yang masih tidak tahu bagaimana merebus  telur dengan betul. Diharapa tips ini membantu anda.
Untuk lebih mudah, di pasaran sebenarnya ada menjual boiler yang direka khas untuk memasak telur sahaja.

Alatan ini mudah, anda hanya memasukan beberapa biji telur pada boiler tersebut, masukan air, dan hanya perlu disambungkan kepada soket elektrik dan mesin boiler ini berupaya menentukan telur yang direbus telah masak sepenuhnya atau hanya masak separuh mengikut kemahuan anda. 






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.