Home » » Pengertian Mimpi Makan Nasi

Pengertian Mimpi Makan Nasi

Beras adalah punca rezeki dalam banyak kehidupan manusia di muka bumi ini. Seseorang yang bermimpi mengenai beras, padi, makan nasi, ia dikatakan terdapatnya petanda yang amat baik mengenai kehidupan anda.

Mungkin bukan pada hari ini tetapi akan terjadi pada di masa yang akan datang. Selain itu juga ia menandakan mengenai kesederhanaan dan juga mengenai kerendahan hati  yang mana anda berupaya menyenangkan ramai orang kerana disebabkan kerendahan hati anda.

Beberapa pendapat juga mengatakan, bermimpi mengenai beras merupakan simbol bagi kesihatan yang baik, panjang umur dan kelimpahan rezeki.

Walau begitu sekiranya di dalam mimpi anda memiliki perasaan yang lapar, terdapat kemungkinan ia adalah petanda mengenai kemelaratan dan juga kesedihan.

Selalunya mimpi mengenai beras boleh berlaku apabila anda akan berkhawin, akan mengunjungi majlis perkhawinan, berkeinginan untuk membeli beras, keinginan untuk makan nasi, akan berkongsi makanan dengan seseorang ataupun anda harus memberi makanan kepada burung peliharaan anda.

Mimpi-mimpi ini dikatakan akan membawa tanda positif kepada kehidupan anda.

Pengertian dalam perspektif psikologi atau emosi
Kebanyakan masyarakat di serata dunia,  menjadikan beras sebagai makanan asas oleh itu ia lebih diertikan sebagai symbol makanan asas kepada manusia, warna beras yang berwarna putih melambangkan kebersihan, oleh itu bermimpi mengenai beras atau nasi secara konvensionalnya ia memberi gambaran mengenai kekuatan simbol sebenar beras tersebut seperti keabadian dan juga kesuburan.

Sebagai pengetahuan anda juga, beras diibaratkan memiliki tenaga positif yang mempunyai hubung kait dengan nasib anda seperti kemakmuran, kejayaan, permulaan baru di dalam kehidupan yang bermakna, atau perkongsian.

Bagi anda yang telah bermimpi mengenai beras atau nasi, anda berada di tempat yang betul bagi mencapai impian anda.

Pengertian asal mimpi beras / makan nasi
Pada pengertian-pengertian asal mengenai beras atau anda bermimpi sedang makan nasi, ia diertikan lambang  anda akan dijaga di dalam kehidupan anda.

Bermimpi makan nasi tandanya anda menghadap rezeki di dalam pemakanan anda, dalam makna yang lain, segala perjalanan anda mengenai impian nada ataupun tentang pekerjaan anda dipermudahkan pada saat anda bermimpi makan nasi.

Ia juga menandakan peralihan nasib yang lebih baik berbanding dengan nasib anda sebelum ini seperti mengenai pekerjaan atau kehidupan di masa-masa yang akan datang yang cerah.

Pendek kata, bagi anda yang bermimpi mengenai beras atau makan nasi, ramai pentafsir mempercayai nasib yang lebih baik akan datang memihak kepada anda misalnya segala matlamat anda akan tercapai kerana adanya tenaga yang positif menghampiri di setiap penjuru kehidupan anda.

Bagi anda yang bermimpi berkongsi beras atau nasi dengan seseorang, berkongsi beras di majlis perkhawinan, ia menandakan anda sedang bergembira terhadap perubahan positif mengenai kehidupan anda sekarang dan meraihkannya dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan.


Pada dasarnya memang ini lah tafsiran jika anda bermimpi mengenai beras atau makan nasi, walau begitu anda juga harus menilai semula mimpi anda kerana adakalanya mimpi seseorang boleh disebabkan permainan tidur sekiranya anda bermimpi mengenai beras serta disertai dengan mimpi-mimpi yang remeh- temeh.

Mimpi yang memberi tafsiran tertentu atau memiliki maksud di sebalik mimpi anda selalunya mimpi yang kelihatan jelas kelihatan atau anda seolah-olah berada di dalam kehidupan realiti pada masa anda sedang bermimpi.

Nilai semula segala aspek kehidupan anda pada masa sekarang dan anda akan memperolehi jawabannya mengenai maksud sebenar mimpi anda. Baca juga Tafsir Mimpi Gigi Patah.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.