Home » » Panduan Berkunjung Ke Menara Kuala Lumpur

Panduan Berkunjung Ke Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur atau gelaran yang lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai menara KL@ KL Tower  berketinggian  421 meter.

Pembinaan menara ini bermula pada 1 June 1984 dan siap sepenuhnya pada 1 march 1995 serta  mula dibuka kepada orang ramai pada 23 julai 1996. Pada 1 oktober 1996 menara ini secara sah telah dirasmikan oleh bekas perdana menteri Malaysia pada masa itu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Lokasi menara ini berada di Jalan P Ramlee,  Kuala Lumpur. Sebenarnya panduan ini bukanlah rasmi tetapi hanya sebagai pengalaman penulis sendiri semasa berkunjung ke menara ini dan mungkin artikel ini serba sedikit boleh membantu anda sekiranya anda ingin berkunjung menara ini.

Panduan Berkunjung Ke Menara KL
Bagi anda yang mungkin daripada negeri-negeri dari Semenanjung atau dari negeri Sabah dan Sarawak dan datang ke KL dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kereta sewa, mungkin agak sukar sedikit untuk ke menara ini kerana jalan-jalan di kota raya KL yang memeningkan kecuali anda mempunyai saudara atau keluarga dan kawan-kawan yang tahu ke menara ini.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan teksi tentunya anda tidak menghadapi masalah ke lokasi menara ini kerana rata-rata pemandu teksi tahu akan lokasi menara ini.
Apabila anda telah sampai di kawasan menara ini, terdapat banyak parking-parking yang disediakan di sekitar menara ini, dianggarkan pakaring kawasan menara mampu menempatka 180 kenderaan biasa dan 5 bagi parking bas.

Walau begitu jika anda datang dengan kenderaan sendiri pada hujung minggu atau hari cuti sekolah, agak sukar sedikit mendapatkan parking kereta kerana dipenuhi oleh kenderaan-kenderaan dari  pengunjung yang ingin masuk ke menara.

Jika anda telah memperolehi parking bagi kereta anda, anda boleh terus ke lobi utama menara tersebut dan terus ke kaunter pertanyaan.

Staff yang bertugas di kaunter akan melayan anda dengan baik dan mereka akan menawarkan beberapa pakej untuk melawat ke dek pemerhatian menara serta pakej-pakej yang lain.

Melalui pakej yang ditawarkan, penulis dapati harga tiket masuk ke Menara KL adalah seperti berikut,

Pakej harga tiket masuk ke Menara Kula Lumpur

Dek Pemerhatian
  • Harga normal= Dewasa RM52/ Promosi Mykad RM32
  • Harga normal= Kanak-kanak RM31/Promosi Mykad RM21
Dek Terbuka (Open Deck)
  • Harga normal= Dewasa RM105/Promosi Mykad RM32
  • Umur 13 tahun dan keatas sahaja
Teater XD
  • Harga normal= Dewasa RM20/Kanak-kanak RM16
F1 Simulator
  • Harga normal= Dewasa RM13/Kanak-kanak RM11
Mini Zoo
  • Harga normal= Dewasa RM32/Kanak-kanak RM27
Akuarium Karang Biru
  • Harga normal dewasa RM13/Kanak-kanak RM11
Pakej Set kombo
  • Teater XD + Dek Pemerhatian=Dewasa RM63 /Kanak-kanak RM40
  • F1 Simulator + Dek Pemerhatian= Dewasa RM61 /Kanak-kanak RM40
  • Akuarium Karang Biru + Dek Pemerhatian= Dewasa RM61 /Kanak-kanak RM40
  • Mini zoo + Dek Pemerhatian= Dewasa RM82 /Kanak-kanak RM56
  • Muzium Telekom + Dek Pemerhatian= Dewasa RM59/Kanak-kanak RM35
Harga bagi semua pakej
  • Mini zoo + Dek Pemerhatian + Teater XD + Akuarium Karang Biru
  • Harga normal= Dewasa RM117/ Promosi Mykad RM96
  • Harga normal= Kanak-kanak RM85/Promosi Mykad RM75
Harga pakej bagi lawatan berpandu/Guide tour
  1. Akses VIP + Dek pemerhatian
  • Harga normal= Dewasa RM84/ Promosi Mykad RM63
  • Harga normal= Kanak-kanak RM63/Promosi Mykad RM52
  1. Akses VIP + Dek terbuka
  • Harga normal= Dewasa & Kanak-kanak RM137 / Promosi Mykad RM107
  • Umur 13 tahun dan keatas sahaja
Harga bagi pakej keluarga
  1. 2 Dewasa +  2 Kanak-kanak
  • Harga normal= Dewasa & Kanak-kanak RM137 / Promosi Mykad RM107
  • Dek pemerhatian sahaja
*Mungkin pakej harga tiket akan berubah mengikut ketentuan pengurusan mereka. Sila berhubung  terus dengan pengurusan menara KL untuk keterangan lanjut di talian 03-2020 5499 atau mengunjungi web site menara KL di https://www.menarakl.com.my.

Bagi anda yang ingin promosi harga Mykad atau Mykid, anda harus menunjukkan Mykad/Mykid kepada staff yang bertugas. Kanak-kanak diketegorikan berumur dalam anggaran 4-11 tahun. Semua harga pakej termasuklah harga bagi tax GST.

Apabila anda membeli tiket ke dek pemerhatian, staff menara akan membawa anda menaiki lif. Memang agak risau pada mulanya menaiki menara ini tetapi lif berfungsi dengan baik dan apabila anda sampai ke dek pemerhatian, anda akan dapat melihat seluruh kota raya Kuala Lumpur yang tersegam indah pada pandangan 360 darjah.

Anda boleh memerhatikan dengan secara teliti kawasan bandaraya melalui tropong yang disediakan. Selain itu, anda boleh mendapatkan foto anda sendiri dengan menggunakan kemera sendiri atau menggunakan perkhidmatan jurufoto yang memang anda di menara pemerhatian dengan tawaran harga mengikut pakej yang ditawarkan.

Anda juga boleh membeli souvenir di dek pemerhatian seperti pakaian, jam tangan, dan bermacam-macam lagi.

Selain itu, di sekitar menara KL ini juga terdapat galeri bagi rumah kampung kebudayaan masyarakat Malaysia, kraftangan, pameran-pameran, mini zoo, taman-taman, F1 Simulator, Akuarium Karang Biru, Muzium Telekom dan persembahan kebudayaan.

Jangan risau, staff menara akan membantu anda mengikut pakej yang anda beli. Masa bagi menara KL ini beroperasi adalah bermula jam 9.00 am sehingga 10.00pm setiap hari.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.