Home » » Misteri Batu Geliga Ular

Misteri Batu Geliga Ular

Geliga ular adalah satu misteri yang masih belum dirungkai sepenuhnya oleh dunia sains dan belum terdapat mana-mana kajian yang direkodkan mengenai misteri ini.

Di Malaysia sahaja terdapat ramai golongan yang tertentu yang mencari geliga ular sehingga mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memperolehi geliga ini kerana dikatakan mampu memberikan kuasa yang ajaib bagi si pemakai.

Walau begitu, geliga ular yang asli  amat sukar untuk diperolehi kerana hanya golongan yang tertentu sahaja mampu menentukan dan mencari  geliga ular yang asli.

Kegunaan batu geliga ular di Malaysia
Di Malaysia, kebanyakan rakyat di negara ini masih meminati unsur-unsur yang mistik dan mereka mempercayai geliga ular ini mampu memberikan kuasa sakti bagi sesiapa yang memiliki geliga ini.

Antara kuasa mistik adalah seperti memperolehi kekebalan dan tidak akan lut oleh mana-mana senjata selain dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang merbahaya, golongan ini juga percaya, terdapat tenaga mistik semula jadi yang terdapat pada batu geliga tersebut.

Menurut beberapa penjual ubat, untuk memperolehi geliga ini hanya dapat diperolehi dikawasan hutan belantara dan hanya kaum asli sahaja yang memiliki geliga ini.

Geliga ular asli memiliki ukuran yang kecil dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai batu cincin. Walau begitu anda harus berhati-hati sekiranya terdapat individu yang ingin menawarkan batu geliga kepada anda kerana ia sememangnya belum dipastikan lagi keaslian mengenai batu tersebut.

Jika anda bernasib baik, sesetengah penjual ubat yang mendakwa memiliki geliga ular akan melakukan  pertunjukan bagi mengenal pasti keaslian geliga ular yang asli dengan menggunakan jarum atau pisau yang amat tajam terhadap tangan anda atau tangganya sendiri dimana tangan yang dicucuk dengan jarum atau dihiris dengan pisau harus menggengam geliga ular di tapak tangan.

Selalunya pertunjukan ini berakhir tanpa anda mengalami sedikit pun luka akibat tusukan jarum atau luka akibat dihiris oleh pisau.

Apa yang pasti jarum tersebut akan menjadi bengkok akibat tekanan semasa proses mencucuk jarum pada bahagian kulit yang kebal disebabkan kuasa dari batu geliga tersebut.

Kegunaan batu geliga ular di India
Jika and melakukan kajian di beberapa negara tertentu misalnya, negara India, geliga ular bukan untuk digunakan sebagai kekebalan kepada seseorang tetapi ia adalah senjata rahsia utama bagi menjinakkan ular dan altenatif bagi mengeluarkan racun akibat gigitan ular berbisa.

Percaya atau tidak negara tersebut memiliki paling banyak ular berbisa seperti ular tedung jenis King Cobra, mengikut statik dari sumber qz.com, setiap tahun sebanyak 45,000 kes kematian akibat dipatuk oleh ular berbisa di negara India.
Geliga ular
Geliga ular King Cobra yang diletakkan di atas jam tangan
Sumber Asal: Youtube
Mengikut beberapa artikel dari negara tersebut, geliga ular hanya boleh diperolehi dari ular tedung yang telah dewasa dan boleh ditemukan pada bahagian kepala ular tedung tersebut.

Mereka mengatakan batu geliga itu terbentuk hasil dari sisa bisa yang tidak digunakan oleh ular dan membentuk sebagai pepejal  pada bahagian kepala ular tersebut.

Ramai masyarakat India percaya bagi sesiapa yang memperolehi geliga ular tersebut yang digelar oleh mereka sebagai Naag Mani, seseorang itu boleh terselamat sekiranya digigit oleh ular berbisa kerana batu geliga tersebut boleh mengeluarkan semula bisa ular dengan meletakkan geliga ular pada kesan gigitan ular tersebut.
Geliga ular
Proses mengeluarkan geliga ular melalui kepala King Cobra di India
Sumber asal: Youtube
Walaupun masih belum ada kajian mengenai kejaiban batu ular mampu mengeluarkan racun dari ular berbisa tetapi  terdapat ramai masyarakat India menganggap ia adalah rahsia mereka bagi menjinakkan ular dan mengelakkan dari terkena gigitan ular tedung.

Jika anda perhatikan anak-anak India di kawasan penempatan yang miskin, anak-anak mereka memegang ukar King Cobra tanpa dipatuk oleh ular tersebut.

Mungkin rahsianya terletak pada batu geliga ular itu?

Artikel ini disediakan penulis sebagai pengetahuan sahaja dan keampuhan mengenai kejaiban geliga ular harus dipertimbangkan sendiri oleh anda kerana masih tiada bukti sains yang menunjukan geliga ini mampu menjadikan anda kebal, mampu mengeluarkan racun dari gigitan ular berbisa tetapi ia lebih kepada kepercayaan masyarakat bagi negara-negara tertentu.

Mungkin kajian lebih mendalam harus dilakukan bagi mengesahkan kepercayaan-kepercayaan ini.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.