Home » » Mimpi Semut Akan Bawa Petanda

Mimpi Semut Akan Bawa Petanda

Pernahkah anda bermimpi semut semasa anda tidur? Kadang-kadang mimpi seseorang akan membawa  maksud atau petanda tertentu  dalam kehidupannya. Oleh itu perlunya anda melakukan tafsiran sendiri mengenai makna mimpi anda.

Walau begitu bukan semua mimpi akan memberi makna apa-apa dalam kehidupan seseorang tetapi  menurut pentafsir mimpi, semut ini melambangkan haiwan yang paling berpengaruh sekali dalam pencerobohan kawasan. Ini bererti mimpi anda ada kaitan berkenaan dengan kerjaya anda yang akan berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Sekiranya anda bermimpi di dalam tidur anda telah bermimpi sekumpulan semut yang amat banyak dan semut itu datang menghampiri anda, ia digambarkan di dalam kerjaya anda terdapat beberapa ancaman yang boleh mempengaruhi seluruh kerjaya anda dalam masa-masa terdekat atau kemungkinan di masa-masa yang akan datang.

Sebaik anda mengalami mimpi seperti ini, sebaik-baiknya anda mengenal pasti kedudukan kerjaya anda pada saat ini dan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku di masa yang akan datang dan juga mengenai rakan-rakan sekerja anda yang berkemungkinan berisiko menjatuhkan diri anda di dalam pekerjaan yang ada sekarang.
Terdapat pelbagai situasi mimpi semut yang mungkin anda alami misalnya, anda melihat di dalam mimpi anda semut membawa sejumlah makanan, melihat semut hitam, semut merah, ana-anai, memijak semut, melihat semut yang teramat kecil, melihat semut memiliki sayap, semut menyerang badan anda, semut banyak datang di rumah, melihat busut semut, membunuh semut, semut menggit, dan banyak lagi.

Apabila anda bermimpi pada bahagian baju anda atau pakaian mempunyai semut, ia dikatakan memberi makna, perasaan anda di dalam kehidupan sehari-hari  pada ketika itu dalam keadaan yang tidak tenteram atau marah.

Sekiranya anda bermimpi melihat beberapa ekor semut sedang membawa makanan, ia dikatakan anda akan ditegur oleh pihak atasan anda kerana bekerja tidak bersungguh-sungguh atau sesetengah tafsiran lain mengatakan anda akan memperolehi rezeki.

Sekiranya anda melihat semut yang banyak sedang bergerak, ia diertikan anda akan memperolehi keuntungan secara tiba-tiba. Terdapat tafsiran mimpi mengatakan bermimpi semut menandakan kemajuan di dalam perniagaan anda atau harus bekerja keras dan akan memperolehi keuntungan tetapi ia bergantung kepada  apakah situasi mimpi anda.

Sesetengah kepercayaan misalnya mengikut tradisi Timur, Barat, dan Parsi, bermimpi semut menandakan sesuatu mimpi yang baik tetapi anda harus berkerja keras dan akan memperolehi keuntungan hasil dari usaha kerasa anda.

Misalnya mengenai kehormatan, kedudukan kewangan yang  lebih baik hasil dari usaha anda. Apabila anda bermimpi anda telah memijak dengan kaki anda beberapa ekor semut, ia menandakan terdapat kebimbangan yang amat besar di dalm kehidupan anda pada saat ini.

Bermimpi melihat semut yang memiliki sayap diertikan terdapatnya beberapa kecuaian yang anda lakukan semasa berada di tempat kerja anda. 

Bagi mimpi semut yang menyerang anggota badan anda, diertikan terdapatnya perkara besar yang akan berlaku. Bermimpi banyak semut yang datang menyerang kawasan rumah anda, ia diertikan masa depan anda akan menjadi suram.

Tafsiran yang tidak masuk akal apabila bermimpi semut berada di dalam telinga atau menggigit dalam telinga menandakan akan berlakunya kematian.

Apabila di dalam mimpi anda melihat ribut semut, ia diertikan terdapatnya godaan-godaan yang akan melanda kehidupan anda. 

Bermimpi melihat semut yang sedang berjalan diertikan akan memperolehi kekayaan atau nasib yang baik. Melihat busut semut dikatakan anda akan memperolehi banyak wang hasil dari usaha anda.

Bagi bermimpi membunuh semut ia menandakan anda cuba mengubah nasib anda sendiri.  Bermimpi beberapa ekor semut telah menggigit anggota badan anda, ia akan menandakan anda akan berdepan nasib yang kurang baik.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.