Home » » Mengatur Strategi Rancangan Pemasaran

Mengatur Strategi Rancangan Pemasaran

Rancangan pemasaran amat penting bagi membolehkan anda mengatur perjalanan syarikat anda kearah kejayaan. Kebanyakan firma-firma besar yang telah berjaya bermula dengan penyediaan pelan pemasaran yang teliti.

Walaupun anda memiliki syarikat yang kecil anda tidak terkecuali dari melaksanakan pelan pemasaran sendiri demi kemajuan syarikat anda kearah kejayaan.

Rancangan  pemasaran haruslah bermula dengan sekurang-kurangnya tiga tahap yang berbeza iaitu meliputi tahun, suku tahun ataupun yang lebih baik melibatkan bulan agar anda mampu menilai laporan mengenai jualan atau pelaksanaan dan sekaligus dapat menilai prestasi syarikat seperti yang dirancangkan.

Pelan yang dirancang haruslah meliputi sekurang-kurangnya setahun, ia sudah tentunya perkara yang terbaik bagi syarikat-syarikat kecil untuk  memikirkan rancangan pemasaran sendiri.

Perkara yang harus ditengahkan mengenai pelan ini melibatkan perubahan-perubahan yang boleh berlaku, perkembangan pasaran, mengenai pelangan-pelangan syarikat yang datang dan pergi dan persoalan kenapa pelanggan meninggalkan perkhidmatan atau berhenti menggunakan produk anda.

Anda dicadangkan  merancang pelan masa depan yang sederhana dan mungkin anda  boleh menetapkan rancangan pelan pemasaran anda dalam anggaran dua hingga empat tahun yang seterusnya. Walaubagaimanapun, poin utama adalah melibatkan tahun-tahun yang akan datang.
Rancangan Pemasaran
Sebagai permulaan bagi melaksanakan pelan ini anda harus memiliki disiplin diri dan juga membenarkan diri anda untuk melakukan penulisan selama beberapa bulan mengenai rancangan pemasaran syarikat anda walaupun anda mampu menyiapkan hanya beberapa helai muka surat sahaja.

Penyediaan pelan ini boleh diibaratkan sebagai cara terbaik untuk mengangkat beratnya pemasaran itu sendiri.

Walaupun penyediaan pelan ini memiliki cabarannya tersendiri tetapi apa yang perlu diambil kira mengenai apa yang  harus dilakukan dan bagaimana menangi cabaran tersebut untuk strategi pemasaran yang terbaik.

Siapakah yang perlu terlibat dalan pelan yang perlu anda sediakan?  Mereka  adalah semua watak-watak yang terlibat secara langsung dalam syarikat itu sendiri.

Tahukah anda, bagi firma-firma yang besar, mereka akan menyediakan rancangan pemasaran yang amat teliti dan penuh maklumat  bagi mengukuhkan kedudukan firma  mereka? 

Sebagai makluman anda pelan pamasaran itu tidak dapat dilaksanakan sekiranya tanpa melibatkan orang lain, walau besar atau kecil syarikat anda, pelan merangkumi maklum balas bagi semua cawangan syarikat anda seperti  kewangan, bekalan, pembuatan, pekerja, dan lain-lain lagi dan ia sebagai tambahan pelan pemasaran yang sedia ada.

Semua aspek perlu diambil kira di dalam sesebuah syarikat kerana ia amat penting bagi kerja-kerja pembuatan pelan pemasaran yang rapi.

Perkongsian pelan pemasaran kepada orang-orang penting di dalam syarikat amat mustahak bagi membolehkan bagaimana pelan tersebut boleh dicapai dan mereka boleh memberikan idea-idea yang menarik, potensi-potensi yang ada, peluang-peluang, dan juga penambahan dari idea yang sedia ada.

Sememangnya pelan pemasaran dan juga pelan perniagaan memiliki perhubungan yang sama walaubegitu, apa yang diketahui pelan perniagaan merangkumi lebih daripada pelan pemasaran.

Pelan perniagaan melibatkan apa yang anda perlu niagakan dan matlamat utama perniagaan anda. Pelan perniagaan lebih menekankan kepada, pembiayaan, kakitangan, lokasi, perbincangan, pakatan strategik dan lain-lain lagi.

Sebuah pelan perniagaan syarikat yang baik harus menyediakan pelan dalam persekitaran pelan pemasaran dimana mungkin memiliki potensi untuk berkembang. Kedua-dua pelan ini haruslah memiliki pertalian diantara satu sama lain ataupun ianya mesti konsisten.

Kelebihan-kelebihan pelan pemasaran syarikat
Sekiranya anda mengkaji dengan secara teliti manfaat pelan pemasaran, ia sebenarnya  memiliki banyak faedah penting  dalam perkembangan  sesebuah syarikat. Berikut dalah faedah-faedah utama dalam penyediaan pelan pemasaran.

1. Faedah pertama yang dikenali dalam bahasa inggeris sebagai Rallying point atau dalam bahasa Malaysia sebagai rali titik dimana pelan pemasaran ini memberikan kekuatan kepada syarikat anda untuk berdiri teguh.

Syarikat anda diumpamakan sebuah kapal yang berlayar di tengah lautan yang luas dan anda tahu dimana hala tuju kapal tersebut atau destinasi  pelabuhan yang ditujui.

Sesebuah syarikat harus menilai pelan pemasaran yang ada mengenai kesan-kesan pelan ini kepada persekitaran  pekerja-pekerja di dalam sebuah syarikat dan ada baiknya anda menjadikan mereka sebagai sebuah pasukan yang terlibat secara langsung dalam usaha merealisasikan pelan pemasaran agar berjalan lancar seperti yang dirancang.

Perkara yang paling utama sekali adalah menjadikan kesemua pekerja didalam sesebuah syarikat merasa komited diatas perkongsian visi utama syarikat mengenai pelan pemasaran dalam beberapa tahun yang seterusnya. 

Memang tidak dinafikan kebanyakan pekerja tidak memahami mengenai unjuran kewangan bagi sesebuah syarikat tetapi apabila anda melakukan beberapa penulisan mengenai pelan pemasaran dalam bentuk yang paling ringkas dan mudah difahami ini tentunya mereka akan merasa teruja dan boleh mengubah cara mereka berfikir.

2. Penyediaan pelan pemasaran melibatkan carta untuk kejayaan syarikat, meskipun kita sendiri tahu pelan itu kebanyakannya tidak sempurna kerana tiada sesiapapun yang akan mengetahui apa yang berlaku dalam jangka dua belas bulan atau tahun-tahun berikutnya mengenai syarikat anda.

Walau bagaimanapun, merancang itu lebih baik daripada tanpa melakukan apa-apa perkara. Sekiranya anda tidak merancang, ia diumpamakan anda belayar di lautan yang luas tanpa arah tujuan mengenai distinasi pelabuhan.

3. Dengan adanya pelan pemasaran yang baik kepada sesebuah syarikat, ia boleh diertikan terdapatnya arahan operasi dari syarikat itu sendiri bagi memastikan langkah demi langkah bagaimana membawa syarikat tersebut untuk mencapai kejayaan.

Penelitian yang wajar harus dilaksanakan di semua peringkat termasuklah pekerja itu sendiri agar berkerja bersama-sama dalam situasi-situasi yang sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

Arahan-arahan operasi adalah satu arahan yang jelas dan bertujuan untuk perkembangan syarikat yang lebih baik dalam beberapa tahun yang akan datang.

4. Pelan pemasaran menjadikan anda tahu dengan secara teliti mengenai kedudukan kewangan syarikat.

Walau besar atau tidak syarikat anda, kedudukan keawangan adalah rahsia bagi syarikat itu sendiri dan amat penting sekali perlunya  pembentangan yang bertulis pada bulan-bulan yang tertentu bagi menganalisa semula kewangan syarikat.

Dengan cara ini anda dapat menilai keutuhan syarikat anda dalam beberapa bulan dan tahun-tahun yang akan datang.

5. Penyediaan pelan pemasaran menjadikan anda benar-benar berfikir di peringkat tertinggi mengenai syarikat anda. Walau begitu, penyediaan pelan yang baik tidak sesuai di dalam persekitaran syarikat anda kerana disebabkan kesibukan operasi sehari-hari .

Mungkin anda harus mengambil masa secara berkala untuk benar-benar berfikir mengenai pelan pemasaran bagi perniagaan anda.

Terdapat banyak syarikat yang menghantar orang-orang penting untuk bercuti untuk mengelakkan dari kesibukan dalam syarikat semata-mata untuk menyediakan pelan pemasaran yang benar-benar berfaedah untuk syarikat itu sendiri, menghantar mengikuti krusus-krusus penyediaan pelan pemasaran, atau menghantar mereka mereka menginap di sebuah hotel tempatan untuk memberi mereka masa untuk berfikir di peringkat tertinggi mengenai pelan pemasaran yang terbaik untuk syarikat.

Apabila anda telah selesai menyediakan pelan pemasaran bagi syarikat perniagaan anda, kini sudah tiba masanya anda mengkaji dan menyemak semula pelan berkenaan sama ada ianya selari dengan perkembangan kemajuan syarikat.

Tidak dinafikan ianya memang agak sukar dalam situasi di alam perniagaan yang nyata tetapi anda dapat melihat sesuatu yang objektif mengenai syarikat anda dalam beberapa tahun yang akan datang.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.