Home » » Kebaikan Guna GPS Map Pada Kereta Anda

Kebaikan Guna GPS Map Pada Kereta Anda

GPS adalah satu sistem pengawasan lokasi dengan menggunakan  sistem kedudukan global (GPS) atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Global Positioning System.

Ia mampu berupaya untuk mengesan entiti  atau objek dalam jarak yang amat jauh. Kecanggihan system GPS mampu  menentukan dengan tepat sekiranya digunakan dengan cara yang betul mengenai  longitud, latitude, arah perjalanan sasaran dan juga kelajuan muka bumi.

Saya akan memberikan kelebihan-kelebihan yang amat bermanfaat sekiranya anda memandu menggunakan GPS di kereta anda.

Panduan membeli GPS Map Trekking untuk kereta
Sebelum saya menceritakan manfaat penggunaan GPS ini, saya ingin mengajar anda bagaimana untuk membeli GPS trekking untuk kereta anda.

Sebenarnya pada masa kini kebanyakan kereta-kereta baru dilengkapi oleh GPS trekiking untuk kemudahan kepada semua pemandu tetapi bagi kereta yang tidak memiliki alatan ini anda boleh membeli di pusat asesori kereta atau melalui ejen-ejen GPS  yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Melalui pengalaman saya menggunakan GPS Trekking untuk kenderaan, saya memilih untuk membeli GPS melalui ejen Garmin kerana ianya amat mudah untuk dikendalikan.

GPS Garmin harus di update setiap enam bulan untuk mengemaskini data-data terbaru, jalan-jalan yang baru di Malaysia atau ia sebenarnya boleh diupdate mengikut Negara pilihan.

Anda boleh mengemaskini GPS trekking melalui ejen tempat anda membeli GPS dengan secara percuma.

Walau begitu anda boleh sendiri mengemaskini GPS Trekking anda dengan mengunjungi web laman utama GPS Garmin Malaysia. Baiklah berikut adalah manfaat yang anda perolehi sekiranya menggunakan GPS di kereta anda.

Manfaat menggunakan GPS trekking untuk kereta
Tidak sesat jalan- GPS  trekking yang sentiasa di kemaskini memiliki ketepatan penunjuk jalan  hampir 100% tepat bagi setiap jalan-jalan yang ada di dunia termasuk negara Malaysia.

Ini kerana ia direka khas untuk memberi panduan kepada semua pengguna jalan terutama sekali pemilik kereta. GPS ini mempunyai isyarat yang amat kuat dengan satelit hinggakan sekiranya berlaku hujan yang kuat, ribut,  isyarat satelit GPS sukar untuk hilang dan ianya secara tidak langsung memberi kemudahan kepada pengguna untuk tidak kan sesat walau dimana jua anda berada.

Tidak dinafikan terdapat jalan-jalan yang masih belum dikemaskini oleh Map GPS tetapi ia akan tetap menunjukkan anda jalan pilihan yang lain untuk sampai ke destinasi anda.

Saya pernah menggunakan GPS Garmin semasa memandu kenderaan sendiri ke  bandaraya metropolitan Kuala Lumpur tanpa mengalami sebarang masalah tersesat jalan.

Kadang-kadang apabila kita terlepas jalan yang sepatutnya dilalui mengikut arahan dari GPS, alat ini akan menunjukkan semula jalan yang betul untuk sampai ke destinasi yang anda tujui.

Percaya atau tidak, saya telah memandu kereta sendiri ke seluruh negeri semananjung Malaysia dengan hanya menggunakan GPS Trekking sebagai panduan utama tanpa mengalami sebarang masalah tersalah atau sesat jalan semasa memandu di bandar-bandar di semua negeri di Semananjung.

Amaran Selekoh merbahaya- GPS bukan sahaja sebagai pemandu jalan tetapi ia akan memberi amaran kepada anda apabila anda akan melalui selekoh yang merbahaya semasa memandu kereta. Melalui pengalaman saya sendiri, terdapat beberapa jalan di sekitar negeri-negeri Semananjung yang agak merbahaya kerana mempunyai jalan selekoh tajam dan amat merbahaya bagi pemandu yang baru pertama kali melalui kawasan tersebut.

Dengan adanya GPS Trekking, ia akan memberi amaran kepada anda untuk berhati-hati beberapa kilo meter sebelum sampai ke selekoh yang merbahaya.

Amaran trafik light berkemera- Bagi beberapa negeri-negeri tertentu seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur, terdapat lampu isyarat yang mempunyai kamera, GPS ini akan memberi amaran kepada anda mengenai lampu isyarat berkemera tersebut untuk mengelakkan anda dari tidak melanggar peraturan jalan raya.

Amaran kawasan speed tarp dan amaran had laju- Bagi kawasan-kawasan yang memang dikhaskan untuk perangkap had laju (speed trap) oleh pihak polis, GPS ini akan memberi amaran kepada anda mengenai jalan-jalan yang memang tempat bagi pihak polis traffic untuk zon speed trap.

 Apabila GPS memberi amaran kawasan jalan untuk speed tarp, anda harus berhati-hati bagi melalui kawasan tersebut dan harus memperlahankan had laju kenderaan anda kerana dikhuatiri memperolehi saman perangkap laju dari PDRM.

Selain itu, bagi jalan-jalan yang mempunyai had laju misalnya, had laju 110 km atau had laju 90 km, jika anda memandu melebihi dari had tersebut, GPS akan memberikan amaran kepada anda secara automatic.

Pengetahuan Jarak pemanduan ke destinasi- Apabila anda melakukan tetapan laluan ke destinasi, anda akan memperolehi terus jarak kilometer yang perlu anda tempuhi sebelum sampai ke destinasi yang anda tujui.

Misalnya jika anda dari Seremban ke Pulau pinang dan anda telah menetapkan perjalanan tersebut melalui GPS Map Trekking anda, ia akan memberikan anda jarak sebenar perjalanan anda untuk sampai ke Pulau Pinang.

Memandu jarak lebih dekat- Bagi anda yang baru melewati bandar atau kawasan yang baru dengan memandu kenderaan anda, dengan adanya GPS Trekking membolehkan anda memandu jarak yang lebih dekat mengenai lokasi tempat anda tujui.

Map dari GPS Trekking akan menentukan jalan yang paling dekat dari tempat anda berada ke lokasi yang anda tujui.

Hal ini suda tentunya mampu menjimatkan masa anda untuk memandu, walau begitu, anda sebenarnya boleh menentukan sendiri jalan yang anda ingin lalui melalui  penetapan pada GPS anda.

Kawasan parking dan tempat menarik- Dengan adanya GPS Trekking membolehkan anda mengetahui kawasan parking dan tempat menarik di tempat yang baru anda sampai.

Misalnya jika anda memandu di bandaraya Kuala Lumpur dan ingin ke pusat membeli-belah, anda boleh setkan melalui GPS anda jalan menuju terus ke tempat parking pusat membeli belah berkenaan.

Selain itu anda juga boleh mengetahui  hotel-hotel, tempat-tempat menarik, bank-bank, stesen minyak, lapangan terbang, terminal feri, terminal udara, balai polis dan sebagainya melalui GPS anda sahaja.

Tips menggunakan GPS Trekking- Untuk menetapkan perjalanana anda mengggunakan GPS, kereta anda mesti dalam keadaan benar-benar berhenti kerana jika anda menetapkan GPS anda dalam keadaan bergerak, ketepatan GPS  tidak akan tepat.

Jangan menggunakan GPS melalui  telefon pintar kerana ia tidak berfungsi dengan lancar tetapi gunakan GPS yang dibeli melalui pengedar yang disahkan.

Berhati-hati menggunakan GPS ketika memandu, perkara yang paling penting, tumpuhkan perhatian pada jalan di hadapan anda. GPS perlu dikemaskini setiap empat hingga enam bulan bagi membolehkan ia beroperasi dengan lancar.






1 comments:

kena tidak boleh copy.Saya mahu ambik ia untuk dijadikan bahan rujukan untuk geografi.

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.