Home » » Jangan Sesekali Potong Misai Kucing

Jangan Sesekali Potong Misai Kucing

Jangan potong misai kucing! Mungkin ayat tersebut sesuai bagi mereka yang suka menganiaya binatang terutama sekali binatang peliharaan seperti kucing. Apakah akibatnya jika anda memotong misai kucing?

Apabila anda melakukan hal seperti ini, kucing anda akan menjadi liar dan tidak akan mengenali anda lagi. Kucing adalah haiwan sahabat manusia yang bersifat manja dan kebanyakan orang tidak mengira bangsa akan menyayangi binatang ini kerana rupanya yang comel.

Apa akan terjadi jika memotong misai kucing?
Baik, saya ingin berkongsi kepada anda satu kisah pada zaman kanak-kanak. Perkara ini berlaku beberapa belas tahun yang lepas dimana keluarga kami pada masa itu memang memelihara beberapa ekor kuncing untuk menjaga rumah dan juga kebun.

Satu hari semasa ibu saya ke sebuah pekan untuk membeli keperluan barangan dapur, dia telah menemui seekor anak kucing yang terbiar dan berkeliaran di kawasan pekan tersebut, melihat kucing tanpa jagaan dari sesiapa,  ibu saya telah membawa kucing itu untuk dipelihara.
Gambar hiasan
Apa yang saya boleh gambarkan, anak kucing itu memang comel dan menjadi kesayangan bagi keluarga kami. Kucing ini memang bersifat manja dan tidak takut kepada mana-mana orang yang datang bertandang di rumah kami pada masa itu.

Diri saya pada masa itu masih berumur dalam anggaran 12 tahun dan seorang budak yang agak nakal. Saya sering mengusik kucing –kucing peliharaan kami hingga kebanyakan kucing peliharaan ini takut dengan gangguan tersebut.

Satu hari, entah apa yang saya fikirkan pada masa itu, saya telah memotong menggunakan gunting kesemua misai pada anak kucing itu yang telah pun menjadi agak dewasa  hingga menjadi amat pendek sekali.

Apa yang saya perhatikan, selepas saya menggunting misai pada kucing itu,  kucing ini mula menjadi liar dan mengejar dan menangkap anak-anak ayam untuk makanannya.

Beberapa ekor anak ayam peliharaan kami  telah menjadi mangsa makanan anak kucing ini, pada masa itu saya telah menyedari mungkin kucing ini telah menjadi liar disebabkan saya telah memotong misai pada kucing.

Apa yang saya ketahui sekarang, salah satu fungsi misai pada kucing adalah berfungsi bagi menentukan siapa tuannya. Beberapa hari selepas kejadian saya memotong misai pada kucing itu, kucing ini telah menjadi haiwan liar dan telah melarikan diri ke dalam hutan.

Kucing ini telah kembali kepada habitat asal moyang mereka iaitu haiwan pemburu dan pemangsa nombor satu di dalam hutan dan tidak pernah lagi kembali ke rumah kami.

Beberapa rakan saya pernah menemui kucing peliharaan kami ini berkeliaran di dalam hutan dan apabila dia melihat manusia, dia akan melarikan diri sama seperti haiwan liar yang lain.

Saya memang menyesali apa yang telah berlaku kerana perbuatan saya pada masa itu dan telah dimarahi oleh orang tua kerana perbuatan nakal yang tidak sepatutnya dilakukan.

Artikel ini bertujuan untuk sebagai perkongsian dan pengalaman penulis. Bagi anda yang memelihara kucing, nasihatkan anak-anak anda untuk tidak memotong misai kucing kerana kucing anda akan menjadi liar serta akan menjadi haiwan pemangsa.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.