Home » » Cara Oder Makanan Di Dalam Pesawat

Cara Oder Makanan Di Dalam Pesawat

Bagi anda yang baru pertama kali menaiki kapal terbang, mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk oder atau melakukan pesanan makanan semasa berada di dalam pesawat. Tips ini berpandukan pengalaman sendiri penulis dan ia mungkin amat berguna kepada anda sebagai panduan. Walau begitu, sekiranya anda ingin berjimat cermat, anda dinasihatkan untuk makan awal sebelum menaiki pesawat kerana harga makanan di dalam pesawat agak mahal.

Cara oder makan bagi pesawat MAS
Sekiranya anda memilih untuk menaiki pesawat MAS untuk sampai ke mana-mana destinasi yang anda tujui, anda tidak perlu melakukan pesanan untuk makanan anda kerana harga tiket yang anda beli telah sekali dengan makanan anda di dalam pesawat.

Walau begitu, jika penerbangan anda memerlukan masa yang agak cepat misalnya daripada KLIA ke Kuantan Pahang, anda akan diberikan hidangan minuman serta Kacang ataupun roti sahaja kerana jangkaan penerbangan hanya memerlukan kurang sejam untuk sampai ke Airport Kuantan.
Credit: Dailymail.co.uk
Bagi penerbangan yang agak jauh misalnya dari KLIA ke Kuching Sarawak, anda akan dihidangkan makanan selepas pesawat benar-benar berada di atas udara. Apabila krew MAS menghidangkan makanan kepada penumpang-penumpang di dalam pesawat, apa yang perlu anda lakukan adalah membuka 'plane tray tables' atau meja untuk penumpang yang berada di kerusi di hadapan anda atau sesetengah pesawat, tray ini berada di tepi sisi anda.

Cara oder makanan bagi pesawat AirAsia
Bagi anda yang memilih penerbangan tambang murah di Malaysia iaitu AirAsia, anda sebenarnya boleh melakukan tempahan awal makanan anda semasa melakukan 'booking ticket' secara online melalui web rasmi AirAsia. Ini bermakna, apabila anda telah berada di dalam pesawat, krew kapal akan terus memberikan pakej makanan yang anda tempah tanpa melakukan apa-apa bayaran. Sekiranya anda tidak melakukan tempahan awal, anda boleh membeli apa-apa makanan semasa  krew kapal menghidangkan makanan kepada penumpang. Makanan-makanan ini anda harus bayar dengan menggunakan wang anda semasa berada di dalam pesawat dan harga bergantung kepada makanan yang anda pesan.

Sama seperti pesawat MAS, anda perlu membuka 'tray tables' untuk penumpang yang berada di hadapan anda atau di tepi sisi anda untuk meletakkan makanan yang anda tempah untuk memudahkan anda untuk menikmati hidangan. Sekiranya anda tidak melakukan tempahan makanan, krew kapal tidak memaksa anda untuk melakukan pembelian. Apabila selesai menikmati hidangan, biarkan sahaja bekas makanan di meja kerana krew kapal akan datang sendiri untuk mengambil bekas makanan tersebut. Sekiranya krew kapal terlepas pandang  untuk mengambil bekas makanan, anda hanya perlu menekan button lonceng yang berada di atas kepala anda untuk membolehkan krew mengambil bekas makanan tersebut. Baca juga artikel Cara Naik Kapal Terbang.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.