Home » » Cara Memutihkan Kulit Anda Secara Semulajadi

Cara Memutihkan Kulit Anda Secara Semulajadi

Bagaimana cara memutihkan kulit secara semulajadi? Pertanyaan ini mungkin sering menjadi persoalan bagi kebanyakan wanita terutama sekali mereka yang menghadapi masalah kulit.

Untuk pengetahuan anda, kulit yang kusam, kulit kering  dan tidak bermaya disebabkan suasana persekitaran anda contohnya anda tinggal di kawasan yang terdedah kepada pencemaran alam sekitar, pendedahan kulit anda terhadap sinaran matahari dalam tempoh yang lama, pengambilan ubat-ubatan, pemakanan, gaya hidup yang kurang sihat, tekanan, atau anda menggunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia dalam tempoh yang lama.

Secara teorinya inilah yang menjadi penyebab-penyebab utama kulit anda bermasalah.

Memang tidak dinafikan terdapat ramai orang yang  cuba dan berusaha untuk menjadikan kulit mereka kelihatan cantik, putih, atau dalam erti kata yang lain, kulit yang sempurna.

Mereka membeli produk kecantikan yang banyak dijual di pasaran pada masa kini dengan bermula dengan harga yang murah dan sehinggalah sanggup membeli produk memutihkan kulit dengan harga yang mahal, tahukah anda sesetengah produk terutamanya yang dikhaskan untuk memutihkan kulit mempunyai banyak bahan kimia yang amat merbahaya dan akan memberi kesan yang boleh merosakkan kulit anda.

Walau begitu, jangan risau masih terdapat cara yang agak murah dan mudah diperolehi bagi memutihkan kulit anda dengan secara semulajadi.
Gambar hiasan
Cara mencerahkan kulit anda dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi ini dipercayai oleh kebanyakan orang sebagai cara altenatif terbaik bagi membantu untuk mencantikan kulit anda. Baik berikut adalah tips-tips yang berguna sebagai panduan anda.

Penggunaan mentimun
Timun mampu memberikan kalogen pada wajah dan menjadikan kulit anda lembut berseri serta menjadikan  warna pada kulit anda menjadi sekata. Kesan penyejukan pada timun juga memberikan impak yang positif kepada kesihatan kulit.

Sebagai panduan penyediaan,  anda boleh memotong timun dengan ukuran hirisan yang nipis dan perlu diletakkan pada bahagian kulit yang berwarna gelap. Anda perlu membiarkan selama beberapa minit sebelum membilasnya dengan air suam. Amalan ini disyorkan dilakukan selama dua kali dalam sehari.

Bagi cara membuat masker pada muka, anda boleh memarut timun dan dicampur dengan madu. Campuran ini perlu diletakkan pada leher serta keseluruhan kulit muka anda dan harus membiarkan dalam anggaran masa lima belas hingga  dua puluh minit. 

Bagi cara lain pula, anda boleh mencampurkan jus timun dengan jus lemon dan perlu diletakkan pada bahagian leher serta muka anda. Biarkan sehingga kering dan barulah dibasuh dengan air bersih.

Pengunaan Madu
Madu memiliki sifat anti bakteria serta mempunyai agen pencerah kulit dan pelembab. Ia membantu kulit yang kering yang menyebabkan tona kulit yang tidak sekata serta membantu memudarkan tompok-tompok penuaan serta kesan parut jerawat di wajah anda.

Sebagai panduan anda, gunakan madu asli dan perlu disapukan di seluruh muka anda. Anda perlu membiarkan selama beberapa minit dan kemudian perlu dibasuh dengan air yang suam.

Sekiranya diamalkan setiap hari ia mampu menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan sekaligus mampu mencerahkan kulit di muka anda.

Bagi cara yang lain, anda boleh menggunakan masker pada muka anda dengan menggunakan satu sudu tea madu asli dan dicampur dengan jus lemon,  minyak badam dalam anggaran setengah sudu, dan juga susu tepung dalam anggaran satu sudu besar.

Kesemua bahan-bahan ini perlu digaul sehingga menjadi sebati dan diletakkan pada muka anda secara perlahan-lahan.

Anda disyorkan membiarkan pada muka dalam anggaran selama 10 hingga 15 minit. Jika amalan ini dilakukan setiap hari, ia mampu mencerahkan kulit muka anda.

Penggunaan buah lemon
Buah lemon mengandungi 51 peratus Vitamin C yang mampu menggalakan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru serta bertindak sebagai antioksidan pada kulit anda.

Tahukah anda kandungan asid yang terdapat pada lemon juga bertindak sebagai agen pencerah yang semula jadi. Sebagai panduan anda, perah buah lemon sehingga menghasilkan jus dan letakkan jus lemon pada kapas.

Kapas yang mengandungi jus lemon perlu digosok secara perlahan-lahan di keseluruhan muka anda. Biarkan dalam anggaran selama sejam sebelum dibasuh dengan air bersih. Amalkan kaedah ini setiap hari untuk menjadikan kulit muka anda tidak lagi berparut dan menjadi cerah  berseri.

Bagi kaedah lain pula, anda boleh menggabungkan serbuk kunyit dan juga jus lemon. Jus lemon dalam anggaran 3 sudu tea dan dicampur dengan 1 sudu tea serbuk kunyit. Bahan ini perlu disapukan pada kulit delam anggaran setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih. Anda perlu mengamalkan setiap hari bagi melihat kesan perubahan yang ketara.

Anda juga boleh menggunakan kaedah ini, jus lemon perlu dicampur dengan susu tepung dan juga madu, setiap sukatan dalam anggaran 1 sudu tea.

Bahan-bahan ini perlu digaul sehingga sebati dan diletakkan secara rata pada bahagian muka dan harus membiarkan selama  15 minit hingga 20 minit. Amalan ini perlu dilakukan setiap hari bagi melihat kesan perubahan yang ketara.

Sebagai peringatan anda, penggunaan jus lemon mungkin tidak sesuai bagi kulit yang sensitif, terdapat luka pada kulit atau kulit yang alah pada lemon.

Penggunaan buah betik
Sejak dari dahulu dan sehinggalah sekarang, betik bukan sahaja buah untuk pencuci mulut tetapi betik amat kerap dijadikan sebagai rawatan dalam kecantikan dan dipercayai mampu mencerahkan kulit anda secara semula jadi kerana kandungannya  yang kaya dengan nutrient serta menjadikan kulit anda sihat bersinar.

Sebagai panduan anda, gunakan isi betik yang telah masak dan perlu digosokkan pada keseluruhan kulit muka anda.

Anda perlu membiarkan sehingga kering sebelum membasuh semula muka anda dengan air bersih dan kaedah ini perlu diamalkan setiap hari bagi memperolehi kesan yang amat bagus.

Bagi kaedah lain pula, campurkan isi betik yang telah masak dalam setengah gelas jus buah lemon yang telah diperah.

Campuran ini perlu diurut di keseluruhan muka dan leher anda serta membiarkan selama setengah jam sebelum dibasuh dengan air bersih, amalan ini boleh dilakukan seminggu sekali bagi melihat kesan perubahan yang ketara.

Penggunaan kunyit
Tahukah anda kunyit memiliki ciri-ciri antiseptik dan juga antioksidan yang amat baik bagi kesihatan kulit?

Kunyit amat kerap dijadikan bagi meningkat warna kulit, apa yang diketahui, kandungan melanin pada kunyit mampu mengekalkan warna kulit anda.

Bagi panduan cara penggunaan, gunakan serbuk kunyit yang dicampur dengan krim susu untuk membuat pes.

Ramuan ini perlu diletakkan pada keseluruhan kulit anda dan harus dibiarkan sehingga kering sebelum membasuhnya dengan air bersih, cara ini dipercayai amat berkesan bagi mencerahkan kulit anda.

Kaedah lain pula, guna setengah sudu tea serbuk kunyit dan perlu dicampur dengan 2 sudu tea tepung dan 1 sudu tea jus lemon yang telah diperah. Campuran ini perlu diletakkan pada kulit anda dan membiarkannya sehingga kering dan barulah dibilas dengan air suam.

Penggunaan oatmeal
Oatmeal dikatakan amat bagus untuk menghilangkan sel-sel kulit yang lama, meningkatkan tona pada kulit serta membantu pertumbuhan sel-sel kulit yang baru serta menjadikan kulit kelihantan lembut dan berseri.

Bagi cara panduaan ini, jus tomato perlu dicampur dengan oat dan campuran ini perlu diletakkan pada muka anda serta  membiarkannya sehingga ianya kering sebelum dibasuh dengan air bersih.

Bagi cara yang lain, guna sedikit serbuk kunyit dan beberapa titik jus limau pada satu 1 sudu tea serbuk oatmeal untuk membuat pes.

Campuran ini perlu diletakkan secara perlahan-lahan pada keseluruhan muka anda dan biarkan sehingga kering sebelum membasuhnya dengan air bersih.

Gel pada lidah buaya (Aloe vera)
Jika anda mengalami kulit muka yang tidak sekata (hyperpigmentation), gel yang terdapat pada lidah buaya boleh digunakan bagi memperbaiki warna kulit dan mengurangkan masalah kulit yang tidak sekata.

Beberapa kajian menunjukkan kesan penyejukan gel  ini apabila diletakkan pada kulit mampu membantu pertumbuhan sel-sel kulit yang baru serta merawat tisu yang telah rosak. Sebagai panduan anda,  dapatkan gel lidah buaya yang boleh diperolehi melalui daun lidah buaya.

Gel ini perlu disapu dengan sekata di keseluruhan muka anda dan perlu dibiarkan dalam anggaran setengah jam.

Amalkan selama dua kali sehari selama dua minggu untuk melihat perubahan yang ketara pada kulit anda.

Penggunaan jus kentang
Kentang amat dikenali sebagai cara altenatif bagi memutihkan kulit dan mempunyai agen pelembab, selain itu ia juga berupaya  mengeluarkan kesan hitam ataupun toksin pada bawah mata.

Sebagai panduan anda, gunakan belender untuk mengisar kentang dan kemudiannya kentang yang telah dikisar perlu diperah untuk mengeluarkan jusnya.

Apabila anda  telah memperolehi jus pada kentang tersebut, celupkan kapas pada jus kentang dan perlu disapu pada keseluruhan kulit muka anda. Biarkan sehingga kering dan kemudiannya dibilas dengan menggunakan air suam sehingga bersih.

Penggunaan buah oren
Buah oren mengandungi 85 peratus vitamin C yang amat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu juga buah oren mempunyai kandungan agen pencerahan kulit secara  semulajadi.

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan jus oren secara berterusan menunjukkan perubahan yang ketara dari segi kesihatan dan kecantikan kulit.

Sebagai panduan anda, sebelum tidur sediakan dalam anggaran dua sudu jus oren dicampur dengan  sedikit serbuk kunyit dan disapukan pada keseluruhan leher dan pada wajah anda. Biarkan dalam anggaran 20 minit hingga 30 minit sebelum dibersihkan dengan menggunakan air bersih.

Bagi menghilangkan bintik-bintik hitam  di kawasan muka, anda boleh menggunakan kulit oren yang telah dikeringkan dan tumbuk atau dengan cara mengisar sehingga menjadi serbuk. Langkah seterusnya, anda perlu mencampurkannya  satu sudu besar  yogurt dan satu sudu serbuk dari kulit oren untuk dijadikan sebagai pes. Pes ini perlu diletakkan dikeseluruhan kawasan wajah anda dalam anggaran masa 15 hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Anda boleh mengamalkan cara ini dalam anggaran satu hingga dua kali seminggu.

Penggunaan Yogurt
Yogurt adalah sejenis makanan yang dihasilkan oleh penapaian dari bakteria susu, bakteria yang menghasilkan yogurt lebih dikenali sebagai yogurt cultures.

Yogurt ini memiliki banyak kandungan nutrient yang amat bagus untuk kulit umpamanya,  kandungan asid laktik pada yogurt  baik untuk mencerahkan kulit secara semulajadi.

Sebagai panduan anda, letakkan yogurt segar keatas kulit anda secara perlahan-lahan dan biarkan dalam anggaran sepuluh hingga lima belas minit dan kemudian basuh dengan air suam. Lakukan rutin ini selama beberapa minggu sehinggalah anda memperolehi perubahan yang ketara.

Anda juga boleh mengamalkan dengan cara ini dengan menyediakan satu sudu besar yogurt dicampur dengan satu sudu madu.

Letakkan secara rata pada bahagian leher dan muka dan biarkan dalam anggaran sepuluh minit hingga lima belas minit sebelum dibersihkan dengan air suam.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan yogurt  dicampur dengan jus lemon serta oatmeal. Kesemua bahan-bahan ini dijadikan sebagai pes dan lumurkan di keseluruhan wajah  anda.

Kaedah-kaedah ini dipercayai amat berkesan bagi mencerahkan kulit anda, walau begitu perlunya kesabaran bagi melihat kesan perubahan yang ketara pada kulit anda.

Selain itu perlunya penjagaan kebersihan diri bagi memaksimumkan kesihatan kulit anda dengan baik. Artikel ini ditulis berdasarkan pengetahuan, rujukan di internet, dan juga menerusi bahan-bahan yang lain.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.