Home » » Cara Memandu Kereta Auto

Cara Memandu Kereta Auto

Sponsored Links
Cara memandu kereta auto. Memandu kereta automatik amat berbeza dengan memandu kereta manual dari segi penggunaan tombol gear, fungsi kaki kiri dan kaki kanan yang mana bagi kereta manual, kaki kiri berperanaan untuk menekan pedal klac untuk mengerakkan gear tetapi sebaliknya kaki kiri tidak berfungsi apa-apa apabila anda menggunakan gear transmisi auto.

Kereta auto memiliki banyak jenis bergantung kepada jenis kenderaan itu sendiri, walau begitu prinsipnya tetap sama iaitu menggunakan transmisi gear auto.

Pengenalan fungsi-fungsi dalam gear kereta auto
Sebelum kita belajar bagaimana mengendalikan gear auto pada kenderaan anda, terlebih dahulu pentingnya mempelajari fungsi-fungsi gear auto kereta anda untuk pemahaman yang lebih jelas.

Fungsi-fungsi gear auto
  • D (Drive).  Berfungsi untuk bergerak/ memulakan perjalanan
  • P (Parking). Digunakan semasa anda meletakkan kereta.
  • R (Reverse). Untuk mengundurkan kereta
  • N (Neutral). Tiada gear/gear dalam keadaan free
Bagi sesetengah kenderaan auto terdapat fungsi tambahan gear seperti berikut,
  • 3 (gear tiga) Sesuai ketika memotong
  • 2 (gear dua) Sesuai ketika menuruni bukit
  • 1 (gear 1) Disyorkan digunakan semasa mendaki bukit
  • L 1 @ L ( low gear 1 atau low gear) Disyorkan digunakan semasa mendaki bukit
  • L 2 ( low gear 2) Disyorkan semasa menuruni bukit
  • Button pada tombol gear berfungsi sebagai lock, dan apabila button ditekan, barulah anda boleh mengerakkan tombol gear anda. Walau begitu, sesetengah kereta auto tidak memiliki button lock pada tombol gear.
Cara-cara memandu kereta auto
  1. Semasa menghidupkan kereta auto anda, pastikan tombol gear berada di kedudukan mod  ‘P’ dan handbrek atau brek tangan ditarik keatas sekiranya kereta di kawasan yang berbukit. Sekiranya kenderaan anda dalam permukaan jalan yang rata, menurunkan brek tangan sebelum menghidupkan enjin tidak menjadi masalah, walau begitu pastikan gear berada di kedudukan mod ‘P’.
  2. Apabila enjin telah dihidupkan, untuk bergerak, turunkan brek tangan, dan kaki kanan menekan pedal  brek kaki, kemudian dengan menggunakan tangan kiri, tekan button lock pada gear (sekiranya ada) dan bawa gear anda pada kedudukan mod ‘D’ (Drive), lepaskan brek kaki dan tekan pedal minyak dengan menggunakan kaki kanan secara perlahan-lahan. Kereta anda akan bergerak secara perlahan-lahan, sebagai peringatan, jangan menekan pedal minyak secara mengejut kerana ia boleh menyebabkan kereta anda akan mengejut bergerak ke hadapan dengan laju. Situasi ini sudah tentunya akan membahayakan diri anda .
  3. Untuk memudahkan anda agar dapat menguasi pengendalian gear auto dengan mudah, kaki kiri tidak memiliki fungsi apa-apa, biarkan kaki kiri anda relaks tetapi kaki kanan berfungsi bagi menekan pedal brek dan pedal minyak. Sebagai pengetahuan anda juga, kereta transmisi auto tidak memiliki pedal klac.
  4. Semasa anda berada di kawasan lampu isyarat merah  yang sekejap, biarkan gear di kedudukan ‘D’ dan anda hanya perlu menekan brek kaki, walau begitu, apabila lampu isyarat di jalan raya agak lama, anda boleh menukar gear pada mod ‘N’ dan hanya menekan dengan menggunakan kaki kanan pedal brek kaki. Apabila lampu isyarat bertukar ke lampu hijau, anda boleh menukar  gear  ke mod ‘D’ dan lepaskan brek serta menekan pedal minyak secara perlahan-lahan.
  5. Apabila anda memotong kenderaan lain, anda perlu menekan minyak ke dalam sedikit bergantung pada kelajuan kenderaan anda. Bagi tombol gear yang mempunyai mod ‘3’, anda boleh beralih dari ‘D’ ke mod ‘3’ untuk menambahkan kuasa pecutan kereta anda. Apabila anda telah selesai memotong kenderaan, anda harus menukar gear anda ke mod ‘D’ semula.
  6. Semasa anda memandu di kawasan bukit yang amat tinggi, anda harus menilai bagaimana kereta anda bergerak dengan lancar semasa mendaki bukit tersebut, misalnya sekiranya keadaan jalan agak lancar tanpa kenderaan lain, mungkin anda boleh melakukan pecutan daripada bawah kaki bukit kerana, sekiranya anda tidak melakukan pecutan awal, kereta anda akan bergerak teramat  perlahan sekali walaupun ia secara automatik enjin akan bertukar ke mod gear rendah. Bagi tombol gear yang mempunyai mod ‘1’ atau ‘2’, anda boleh beralih dari ‘D’ ke mod ‘1’ atau ‘2’ untuk menambahkan kuasa kereta anda semasa mendaki bukit.
  7. Ketika anda menuruni bukit yang amat curam, penggunaan tombol gear ke mod ‘2’ amat disarankan. Sekiranya kereta anda tidak memiliki mod ’2’, sebenarnya semasa menuruni bukit, enjin kereta anda akan secara automatik akan bertukar ke mod gear rendah, apa yang paling penting brek kereta anda berfungsi dengan baik.
  8. Sekiranya anda meletakkan kereta anda di kawasan berbukit, pastikan tombol gear kereta anda berada di kedudukan mod ‘P’ dan harus menarik brek tangan. Bagi anda yang terperangkap dengan kesesakan jalan raya di kawasan berbukit, biarkan gear pada mod ‘D’ dan anda harus menekan brek kaki, apabila kereta akan bergerak, lepaskan brek dan tekan pedal minyak. Selalunya kereta anda tidak akan terundur ke belakang tetapi sesetengah kereta auto, pada situasi  yang sama, ia boleh terundur ke belakang, oleh itu penggunaan brek tangan sebelum menekan pedal minyak perlu dilakukan.
Kereta transmisi automatik direka untuk keselesan pengguna semasa di jalan raya terutama apabila menghadapi kesesakan jalan raya.

Kereta ini menjadi pilihan orang ramai yang menetap di kawasan bandar raya yang amat sesak dengan kenderaan, walau begitu, sekiranya anda tinggal di kawasan kampung dan lebih-lebih lagi kawasan yang berbukit, penggunaan kereta auto kurang sesuai.

Penulis berkongsi artikel ini berdasarkan pengalaman memandu kereta auto dan manual lebih dari sepuluh tahun untuk kebaikan bersama. Baca juga artikel Cara Memandu Kereta Manual.

Sponsored Links
« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

English
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed. Only comments relevant to the topic will be displayed. Do not spam on this blog, I really respect you. Thanks.

Malay
Komen mengandungi link aktif, promosi, meminta kunjungan semula, tidak akan dipaparkan. Hanya komen relevant dengan topik akan dipaparkan. Jangan melakukan spam di blog ini, saya benar-benar menghormati anda. Terima Kasih.