Home » » Cara Buat Resepi Jeruk Mangga

Cara Buat Resepi Jeruk Mangga

Bagaimana cara buat resepi jeruk mangga? Pertanyaan ini sering ditanya oleh kebanyakan wanita kerana resipi ini memang diminati oleh golongan berkenaan.

Sebenarnya resepi ini amat mudah sekali untuk disediaakan kerana ia hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan kebanyakan bahan hanya diperolehi dari dapur anda.

Membuat jeruk mangga terdapat banyak caranya tetapi, saya akan mengajar anda dua cara yang sering menjadi pilihan orang ramai.

Resepi ringkas buat jeruk mangga
Cara ini sering digunakan  oleh kebanyakan rakyat di Malaysia kerana ianya amat mudah disediakan. Berikut adalah bahan-bahan  yang perlu disediakan;
Bahan-bahan
  • 2 Biji mangga
  • Beberapa biji asam boi (li hing mui)
  • 3 Sudu besar gula (teaspoon)
  • 5 Biji Cili dihiris nipis atau ditumbuk hancur
  • Garam sesedap rasa

Cara Penyediaan
Buka kulit 2 biji mangga dan hiris  mengikut cara anda, selain itu anda boleh menggunakan apa juga jenis mangga seperti mangga epal, mangga air, mangga madu atau mangga jenis yang lain tetapi pastikan buah tersebut adalah mangga yang masih mudah atau yang telah matang. Hirisan mangga ini perlu diletakkan di pinggan yang sesuai.

Taburkan tiga sudu besar gula ke atas mangga yang telah dihiris tadi dan gaul sehingga sebati. Bagi anda yang memang meminati cili, anda boleh meletakkan 5 biji cili yang dihiris nipis atau anda boleh menghancurkan cili tersebut dengan menumbuk sehingga hancur menggunakan lesung batu, cili ini perlu digaulkan keatas mangga sehingga sebati.

Langkah seterusnya, ambil beberapa biji asam boi dalam anggaran 5 hingga 6 biji dan masukkan ke dalam pinggan yang berisi mangga itu tadi dan kacau dan gaul dengan menggunakan sudu.

Langkah terakhir, campur sedikit garam mengikut kesesuaian atau sesedap rasa anda dan gaul dengan menggunakan sudu.

Apabila anda telah selesai menyediakan resipi ini, seterusnya anda perlu memasukkan jeruk mangga anda ke dalam peti ais dan biarkan dalam anggaran 2 hingga tiga jam dan bersedia untuk dihidangkan.

Resepi jeruk mangga cara barat
Resepi penyediaan jeruk mangga yang kedua adalah resepi yang sering diamalkan oleh masyarakat barat tetapi sesetengah masyarakat di Negara ini juga mengamalkan penyediaan resepi ini kerana ianya mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan
  • 5 Biji mangga
  • 1 Cawan besar cuka beras
  • 10 Sudu besar gula (Teaspoon)
  • 2 Sudu besar garam
  • 1 Paket li hing mui (Asam boi)
Cara Penyediaan
Rebus sehingga mendidih cuka beras, gula dan juga garam sehingga sebati dan seterusnya biarkan menjadi sejuk. Masukkan 5 biji mangga yang telah dikupas kulitnya serta dihiris nipis atau potongan mengikut kesesuaian anda ke dalam balang yang sesuai.

Langkah seterusnya, masukkan 1 paket asam boi ke dalam balang dan langkah terakhir campuran cuka beras, gula dan garam yang telah disejukkan itu tadi dimasukkan ke dalam baling yang berisi mangga. Biarkan dalam beberapa jam sebelum bersedia untuk dihidangkan.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.