Home » » Cara Beli Tiket Untuk Menaiki Bas Pertama kali

Cara Beli Tiket Untuk Menaiki Bas Pertama kali

Bagaimana cara beli tiket bas untuk menaiki bas pertama kali? Bagi kebanyakan dari anda yang masih belum pernah menaiki mana-mana perkhidmatan bas, artikel ini mungkin sebagai panduan berguna  kepada  anda.

Sebagai pengetahuan anda, cara untuk membeli tiket bas tidak sama bagi kebanyakan perkhidmatan bas yang ada di Malaysia tetapi anda masi boleh mengamalkan beberapa panduan sebelum menaiki bas ke mana-mana destinasi yang anda tujui. Sebenarnya ia tidaklah sesukar mana seperti yang anda fikirkan jika anda mengetahui cara yang betul.

Panduan sebelum membeli tiket bas dan menaiki bas
Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah, ketahui dimana hala destinasi anda dan ketahui juga adakah kawasan tempat tinggal anda memiliki perkhidmatan  bas yang secara terus ke tempat yang anda tujui.

Bagi sesetengah negeri, terdapat perkhidmatan bas yang akan terus ke mana-mana negeri di semenanjung tanpa melakukan pertukaran bas, bagi negeri Sabah dan Sarawak anda harus melihat dimana anda tinggal serta melihat juga  jadual perjalanan bas yang terdapat di negeri tersebut kerana tidak semu tempat mempunyai  perjalanan bas ke destinasi yang anda tujui.
Hal yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang sebelum membeli tiket  dan menaiki bas adalah melakukan carian menerusi internet, walau begitu jika anda baru pertama kali menaiki bas dan berkeinginan untuk membeli tiket bas, anda dinasihatkan untuk bertanya kepada rakan-rakan atau orang ramai mengenai perjalanan bas mengenai destinasi yang anda tujui.

Sekiranya terdapat perkhidmatan bas di kawasan tempat tinggal anda dan perjalanan bas tersebut akan terus ke destinasi yang anda tujui, anda segera lah untuk membeli bas tersebut dengan awal kerana dikhuatiri tiket bas tersebut penuh lebih-lebih lagi perjalanan anda jatuh pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan Hari Deepavali, cuti sekolah.

Untuk membeli tiket bas caranya mudah sekali, anda hanya perlu ke terminal bas utama di kawasan tempat tinggal anda, dan anda boleh ke mana-mana kaunter serta bertanya kepada pekerja kaunter tersebut mengenai perjalanan dan waktu bagi bas dimana hala tuju anda.

Anda dinasihatkan jangan membeli tiket bagi mana-mana orang selain melalui kaunter perkhidmatan bas kerana harga yang dikenakan agak mahal berbanding dengan harga tiket biasa.

Walau begitu sekiranya anda berada di Sabah, kadang-kadang tiket bas dijual oleh konduktor bas itu sendiri jadi anda tidak mempunyai masalah sekiranya membeli tiket berkenaan. Harga tiket bas akan berbeza-beza bagi setiap perjalanan dan destinasi yang berbeza.

Sekiranya anda telah membeli tiket bas tersebut, simpan tiket bas secara rapi dan simpanlah di tempat yang mudah dicapai misalnya di dompet anda. Bagi syarikat perkhidmatan bas yang besar, pada tiket anda akan tertera jam akan berlepas dan nombor tempat duduk, and harus memberi perhatian tentang hal ini.

Apabila anda telah membeli tiket bas anda, anda dinasihatkan untuk datang sejam lebih awal di kawasan terminal utama untuk mengelakkan anda terlepas dari menaiki bas anda kerana mereka selalunya tidak menunggu anda disebabkan masa perjalanan bas tersebut mengikut ketetapan yang ditentukan oleh mereka.

Bagi anda yang membawa beg yang besar atau hand carry beroda, anda boleh menempatkan di ruang yang dikhaskan untuk barangan di bahagian sisi bawah bas. Seelok-eloknya beg anda harus lah dikunci dengan menggunakan kunci mangga yang berukuran kecil bagi mengelakkan barangan anda tidak dibuka oleh orang lain.

Panduan mudah semasa menaiki bas, lihatlah pada tiket anda kedudukan nombor tempat duduk dan juga merujuk nombor yang tertera pada tempat duduk yang boleh dilihat di sebelah tepi atas  tempat duduk penumpang.

Sekiranya anda masih tidak memahaminya, penumpang lain atau konduktor bas akan menunjukkan tempat duduk anda. Untuk kedudukan tempat duduk, anda sebenarnya boleh memilih sendiri tempat duduk anda semasa mula-mula anda membeli tiket di terminal bas.

Selepas anda duduk di dalam bas dan selalunya bas akan bergerak pada masa yang ditetapkan. Adakalanya konduktor bas akan memeriksa tiket anda sewaktu anda memasuki bas tersebut atau semasa anda duduk di dalam bas atau kadang-kadang konduktor akan melakukan pemeriksaan tiket semasa didalam perjalanan, oleh itu keluarkan tiket bas anda di tempat yang mudah dicapai.

Pihak konduktor bas  juga akan bertanyakan dimana lokasi anda turun  sama ada sebelum terminal ataupun di kawasan terminal perhentian.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.