Home » » Buah Tangan Patut Anda Beli Semasa Melancong Di Sarawak

Buah Tangan Patut Anda Beli Semasa Melancong Di Sarawak

Negeri Sarawak memiliki pelbagai tempat yang menarik yang patut anda kunjungi, penulis berpeluang berkunjung ke Kuching Sarawak pada September  tahun 2004 hingga pertengahan  tahun 2005.

Apa yang ingin penulis ketengahkan disini mengenai beberapa barangan yang amat popular  di Sarawak serta kebanyakannya  barangan ini buatan sendiri penduduk pribumi  Sarawak hinggakan ianya disebut-sebut oleh kebanyakan pelancong tempatan terutamanya dari Semananjung dan Sabah.

Barangan yang saya nyatakan ini adalah cadangan penulis sendiri agar anda memiliki kenangan semasa berkunjung di negeri berkenaan.

Kain batik Sarawak
Kain batik Sarawak memiliki keunikan yang tersendiri dan amat berbeza dengan kain batik dari negeri-negeri lain.

Kain batik ini dikatakan buatan sendiri rakyat di negeri berkenaan da ianya amat unik kerana kain batik ini melambangkan identity tradisional  Penduduk Sarawak. Kain batik yang amat terkenal  seperti, batik sarong, batik songket, batik songket orang ulu dan kain ini amat diminati terutama sekali bagi kaum Melayu.

Menjungi negeri Sarawak misalnya ibu negeri tersebut misalnya Kuching, anda mampu mendapatkan kain batik dengan harga serendah seratus kebawah.
Tikar Sarawak
Tikar Sarawak yang amat popular hinggakan ia menjadi satu punca rezeki bagi penduduk tempatan yang menjual tikar ini.

Tikar ini dianyam dengan menggunakan cara manual iaitu menggunakan tangan. Tikar ini diperbuat dari pokok rotan dan juga  daripada kayu.

Apa yang uniknya ianya sukar untuk diperolehi dari negeri-negeri lain serta corak tikarnya  yang amat  menarik.

Bagi anda yang berkesempatan untuk datang ke Sarawak, jangan terlepas peluang untuk membeli tikar ini untuk diletakkan di ruang tamu atau bilik anda sebagai  kenang-kenangan.

Kek Lapis
Kek lapis Sarawak adalah kek  yang tidak asing lagi bagi penduduk Sarawak dan juga pelancong yang datang berkunjung di negeri tersebut.

Ia nya menjadi  satu kemestian bagi setiap pelancong untuk membeli kek ini sebagai buah tangan harus dibeli  kepada kawan-kawan ataupun untuk keluarga sekembalinya mereka bercuti di Sarawak.

Bukan sahaja kek lapis ini memiliki pelbagai warna yang menarik tetapi ianya amat sedap untuk dimakan.

Kulit kambing
Mungkin buah tangan ini amat sesuai bagi mereka yang beragama muslim kerana kulit kambing yang dijual di Sarawak dan amat banyak dijual di kawasan Serikin diukir dengan seni khat khaligrafi dan ianya direka amat cantik sekali serta harga yang  mampu dimiliki.

Gambir Sarawak
Gambir Sarawak amat terkenal bagi kaum lelaki kerana keunikannya bagi mengatasi masalah kelakian serta digunakan sebagai alat altenatif mujarab untuk mengatasi sakit gigi.

Jika anda mengunjungi bandar Satok, amat mudah sekali untuk mendapatkan gambir yang banyak dijual dengan harga serendah RM3 satu.

Cadangan penulis, beli lah agak banyak sedikit untuk keperluan-keperluan anda di masa-masa yang akan datang.

Pakaian tradisional etnik Sarawak
Negeri Sarawak memiliki pelbagai etnik yang berbeza seperti kaum Iban, Bidayuh, Melanau, dan banyak lagi.

Mungkin anda boleh mendapatkan salah satu pakaian tradisional bagi etnik ini untuk dijadikan sebagai kenangan semasa anda mengunjungi negeri berkenaan.

Kraftangan Sarawak
Seperti anda ketahui, negeri Sarawak memiliki pelbagai alatan kraftangan buatan tangan, unik serta menarik misalnya, gelang tangan, rantai leher, beg, topi, key chain, serta bermacam-macam lagi dan tentunya kraftangan ini tidak ada dijual di negeri-negeri lain.

T-Shirt Sarawak

Perkara ini memang menjadi satu kewajipan bagi sesiapa yang berkunjung di negeri yang dilawati oleh mereka dengan membeli t-shirt yang mengambarkan tempat yang dilawati.

Sekiranya anda berkunjung di Kuching Sarawak, beli lah beberapa helai baju yang memiliki tulisan ‘Kuching Sarawak’ untuk dijadikan kenangan dan mungkin anda boleh membelikan sebagai buah tangan kepada keluarga anda.

Ikan terubuk masin
Kenapa ikan terubuk masin Sarawak amat terkenal sekali ? Apa yang penulis ketahui, terubuk masin keluaran Sarawak  amat terkenal kerana ianya dicampur dengan adunan garam sebelum dikeringkan dan adunan garam ini benar-benar cukup-cukup rasa iaitu tidak terlalu masin atau tawar.

Terubuk masin ini walaupun memiliki agak banyak tulang tetapi ianya amat sedap apabila digoreng kering serta dicampur dengan sambal cili.

Kerana permintaan yang tinggi dari pelanggan, harga pasaran bagi ikan terubuk masin agak mahal tetapi mungkin ianya tidak menjadi masalah kepada anda untuk mencuba sendiri keenakan ikan terubok masik keluaran Sarawak yang pasti amat menyelerakan anda! 


« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.