Apa barangan atau buah tangan yang menarik wajib di beli
semasa anda anda melancong di Kota Kinabalu? Tips ini mungkin penting bagi anda
semasa berada di KK untuk bercuti bersama-sama dengan keluarga ataupun
rakan-rakan. Barangan ini adalah wajib dibeli oleh kebanyakan pelancong ketika
berada di bandaraya ini tidak kira pelancong tempatan ataupun pelancong dari
luar negara.
Setiap negeri memiliki daya tarikan yang tersendiri bukan sahaja kawasan tempat-tempat yang menarik tetapi barangan buatan tempatan yang popular.Penulis mencadangkan beberapa senarai barangan yang laris dijual di Kota Kinabalu terutamanya pelancong-pelancong yang berkunjung di bandaraya ini.

Barangan menarik di Kota Kinabalu
Mutiara Asli Sabah- Mutiara ini diternak melalui kerang laut
dan telah menghasilkan banyak butiran mutiara yang dijual kepada pelanggan.
Mutiara asli Sabah amat popular sekali terutama kepada pelancong tempatan dan
luar negara kerana mutiara ini direka menjadi gelang tangan, gelang kaki,
cincin, dan juga rantai leher yang amat unik dan menarik. Harga-harga mutiara
ini bergantung kepada bentuk dan rekaan pada rantai mutiara. Anda boleh
mendapatkan mutiara gelang tangan untuk
kanak-kanan serendah RM5 dan harga mutiara hitam boleh mencapai RM2000 sebutir
yang boleh diperolehi di pusat kraftangan Kota Kinabalu atau pasar-pasar malan
di sekitar bandaraya berkenaan.
Batik Sabah- Mungkin bagi anda yang pertama kali berkunjung di bandaraya ini masih tidak mengetahui Sabah juga mengeluarkan kain batik sendiri. Batik Sabah direka khas sebagai melambangkan kebudayaan dan kepelbagaian etnik tempatan di negeri ini. Setiap kain batik Sabah memiliki maksudnya yang tersendiri menjadikannya ianya begitu unik sekali dan tidak sama dengan kain batik keluaran dari negeri-negeri lain.

Keropok Amplang dan kueh Cincin- Bagi penduduk Sabah,
keropok Amplang tidak asing lagi bagi
mereka dan satu kemestian untuk membeli keropok ini kerana ianya diminati oleh kebanyakan masyarakat di negeri ini. Sebagai pengetahuan
anda, keropok ini diperbuat dari ikan, pengeluar utama keropok ini adalah
daripada daerah Tawau manakala Kueh Cincin pula popular disebabkan rasanya yang
agak manis , rangup, dan lembut apabila dikunyah. Sebenarnya kueh ini adalah
kueh tradisional bagi kaum Kedayan Brunei dan amat popular sekali di Sabah.
Jangan ketigalan untuk membeli makanan popular ini semasa mengunjungi negeri
ini kerana kueh dan keropok ini banyak dijual di Kota Kinabalu berhampiran
dengan pasar kraftangan.
Kraftangan Sabah- Seperti yang anda ketahui, negeri Sabah
memiliki pelbagai kebudayaan dan etnik yang unik serta hidup aman damai di
Sabah kerana sikap tolak ansur sesama etnik. Sekiranya anda berpeluang datang
ke Sabah, datanglah mengunjungi pasar kraftangan yang berada di Kota Kinabalu.
Satu cadangan penulis juga, anda boleh membeli kraftangan yang menarik dan
banyak dijual semasa pasar minggu di Jalan Gaya Kota Kinabalu. Pasar minggu ini
akan dibuka pada pagi Ahad dan salah satu tamu atau pasar minggu yang terbesar
di negeri Sabah. Pasar minggu ini menjual pelbagai barangan menarik seperti hinggakan ianya menjadi amat sesak dengan
pengunjung tempatan dan pelancong dari luar negara.
Artikel ini hanya menulis barangan yang benar-benar popular
sahaja, walau begitu masih terdapat banyak lagi barangan yang boleh anda jadikan
sebagai buah tangan di bandaraya Kota Kinabalu. Ini tidak termasuk barangan menarik
yang anda boleh perolehi dari daerah-daerah lain. Sekian perkongsian ini,
semoga membantu anda. Baca juga,
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.