Home » » Tips Tinggal Di Bilik Sewa

Tips Tinggal Di Bilik Sewa

Adakah anda tinggal di bilik sewa? Selalunya mereka yang tinggal di bilik-bilik sewa adalah golongan pekerja yang tinggal di bandar atau bandaraya terutamanya mereka yang masih bujang. Golongan ini terpaksa tinggal di kediaman ini kerana kos sara hidup yang tinggi dan kadar sewa bagi sebiji rumah amat tinggi terutama sekali di kawasan kota raya.

Golongan ini adakalanya tinggal bersama-sama dengan kawan-kawan atau tinggal secara bersendirian kerana mereka lebih selesa dengan cara ini.

Baik, berikut adalah beberapa tips yang perlu anda ambil perhatian semasa tinggal di bilik sewa untuk menjadikan bilik anda kelihatan selesa untuk diduduki dan kedudukan yang strategik.

Cari bilik sewa yang berhampiran dengan tempat kerja/kolej
Tentunya  kedudukan atau lokasi tempat anda menyewa bilik haruslah berhampiran dengan tempat kerja atau kolej anda.

Ini penting bagi memudahkan anda untuk sampai di tempat kerja atau kolej anda tanpa sebarang masalah.

Selain itu, jika anda tidak memiliki kenderaan sendiri, pemilihan kawasan menyewa bilik haruslah berhampiran dengan terminal bas, teksi atau sekurang-kurangnya kawasan yang mudah untuk mendapatkan perkhidmatan bas atau teksi.
Kadar sewa yang sesuai
Pada masa ini tidak dinafikan kebanyakan kadar sewa bilik amat mahal terutamanya apabila anda tinggal di kawasan bandaraya.

Walau begitu anda masih boleh mendapatkan bilik dengan kadar sewa yang murah dengan melalui kawan-kawan atau melakukan carian di internet atau iklan di papan-papan kenyataan.

Anda dinasihatkan untuk tidak menyewa bilik jika melebihi separuh dari gaji anda kerana ia tentunya membebankan anda nanti.

Sekiranya boleh berkongsilah dengan rakan-rakan untuk tinggal dan bersama-sama berkongsi bayaran sewaan bilik sekiranya sewa dikenakan terlalu mahal.

Walau begitu, tuan rumah bagi bilik sewa selalunya menghadkan jumlah orang yang tingga di setiap bilik sewa miliknya.

Sekiranya anda telah memperolehi bilik sewa yang sesuai, selalunya anda harus melakukan bayaran pendahuluan bilik sewa untuk dua bulan, misalnya sekiranya bilik sewa yang anda bayar setiap bulan adalah berjumlah RM400, anda harus melakukan bayaran sebanyak RM800 untuk membolehkan anda menduduki bilik sewa tersebut.

Kawasan yang selamat diduduki
Pastikan bilik sewa yang anda tinggal selamat dari pencuri . Hal ini amat penting untuk mengelakkan harta benda dan barang berharga anda hilang.

Anda harus mengambil perhatian mengenai jendela di bilik sewa anda haruslah bergrill, pintu yang bergrill atau sekurang-kurangnya tombol pintu berfungsi dengan keadaan yang baik dan sekiranya boleh minta pemilik bilik sewa atau anda sendiri yang melakukan penambahan kunci di pintu bilik sewa anda.

Selain itu, jika anda adalah wanita pastikan anda menyewa di kawasan bilik sewa yang dikhaskan untuk wanita sahaja bagi menjaga privasi anda.

Keperluan-keperluan asas
Selalunya pemilik bilik sewa akan menyewakan beberapa lot bilik sewa dalam keadaan kosong tanpa perabot tetapi bagi rumah yang dikhaskan untuk disewakan bagi setiap bilik, terdapat perabot-perabot asas seperti kusyen, dan  tv di kawasan ruang tamu.

Bagi bilik sewa di kawasan lot-lot kedai, ia selalunya tanpa apa-apa pun perabot, oleh itu anda mesti membeli keperluan-keperluan asas untuk menjadikan kediaman anda selesa  untuk diduduki.

Antara keperluan asas adalah seperti, tilam dan batal, cadar, selimut, almari pasang siap, rak untuk menyidai baju, sterika dan meja sterika, baldi, peralatan mandi, radio, tv, laptop, dan yang paling penting sekali adalah internet broadband.

Bangun awal
Kebanyakan bilik sewa di lot-lot kedai mempunyai tandas dan kamar mandi yang  berada di luar bilik, ini tentunya agak melecehkan sekiranya tandas dan kamar mandi hanya dua buah sahaja sedangkan bilik sewa memiliki penghuni yang ramai.

Oleh itu anda mesti mengatur masa anda sendiri untuk memastikan anda tidak perlu berbaris untuk menggunakan tandas.

Kebanyakan penghuni bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap-siap ke tempat kerja atau ke kolej, ujtuk mengelakkan anda dari berbaris untuk menggunakan tandas, mungkin anda boleh bangun seawal jam 5 pagi untuk persiapan diri anda ke tempat kerja atau kolej.

Sekiranya boleh, jika anda ingin menyewa bilik, ada baiknya anda mencari bilik sewa yang memiliki tandas di dalam bilik, selalunya bilik ini digelar sebagai master room tetapi hanya didapati di rumah yang disewakan khas untuk setiap bilik.

Walau begitu tidak menjadi masalah anda menyewa di bilik sewa yang memiliki banyak tandas dan kamar mandi.

Tips-tips lain
Mungkin anda harus berbaik-baik dengan penghuni bilik sewa yang lain untuk memudahkan anda berkerjasama sekiranya terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku di bilik sewa anda seperti kehadiran pencuri,  atau sebagai pengetahuan anda siapa yang tinggal di bilik-bilik sewa anda.

Ia sebenarnya bukan untuk mennganggu privasi penghuni bilik sewa yang lain tetapi pengetahuan ini penting sekiranya berlaku hal yang tidak diingini.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.