Home » » Tips Handphone Masuk Air

Tips Handphone Masuk Air

Handphone masuk air. Semasa anda berlari mengelakkan hujan yang turun, tiba-tiba handphone yang anda sayangi jatuh di tempat yang air yang berlopak. Aduh.. mesti anda akan merasa geram, sakit hati, marah kerana telefon pintar anda banyak menyimpan gambar-gambar penting, nombor-nombor telefon yang penting dan satu lagi ianya berharga mahal.

Apa yang harus dilakukan? Jangan panik kerana masih terdapat cara untuk menyelamatkan handphone anda dari rosak. Pengetahuan mudah ini harus anda ketahui bagi menyelamatkan telefon pintar anda.

Cara menyelamatkan handphone anda dari masuk air
Baik ini adalah beberapa tips yang perlu anda lakukan bagi menyelamatkan handphone anda dan tips ini berdasarkan panduan-panduan yang biasa dilakukan oleh ramai orang. Walau begitu sesetengah dari anda tidak mengetahui cara ini dan inilah sebab artikel ini ditulis sebagai panduan anda.

Matikan segera telefon bimbit anda- Apabila telefon bimbit anda jatuh di kawasan air, apa yang anda perlu lakukan adalah mematikan segera telefon anda dengan menekan button ‘switch off’ atau membuka segera bateri telefon anda bagi mengelakkan aliran elektrik akibat litar pintas yang berlaku  pada telefon tidak merosakkan telefon anda. Lintar pintas akan berlaku semasa telefon anda dimasuki air.
Cuba keringkan telefon anda dengan segera- Sekiranya handphone anda dimasuki air semasa anda di rumah, cuba keringkan telefon anda dengan segera dengan menggunakan kipas atau yang lebih baik dengan menggunakan pengering rambut atau ‘hair dryer’. Dalam keadaan bateri telah ditanggalkan, halakan angin pengering rambut kearah bahagian telefon yang telah basah. Lakukan cara ini dari anggaran 15 minit hingga 30 minit bergantung kepada pemerhatiana anda adakah ianya benar-benar kering atau sebaliknya.

Biarkan telefon anda dalam beberapa jam- Apabila anda telah benar-benar yakin handphone anda telah benar-benar kering, jangan hidupkan telefon anda dahulu, anda dinasihatkan untuk membiarkan telefon anda dalam beberapa jam lagi atau anggaran yang paling lama adalah sehari. Membiarkan telefon dalam beberapa jam untuk memastikan handphone anda yang telah basah benar-benar kering. Apabila anda benar-benar yakin telefon yang basah telah kering dari air, cuba masukkan semula bateri pada telefon dan hidupkan telefon anda dengan menekan button switch on. Selalunya handphone anda akan dapat dihidupkan semuala jika anda cepat melakukan tindakan seperti yang disyorkan dalam artikel ini.

Memasukkan handphone ke dalam beras- Ini adalah idea yang agak pelik tetapi ramai yang mengesyorkan idea ini apabila mengalami handphone dibasahi oleh air. Apabila difikirkan secara logic, beras sebenarnya mengandungi habuk kanji beras yang berupaya masuk ke dalam secal-celah lubang telefon dan ia secara tidak langsung mampu mengeringkan bahagian-bahagian yang basah ditambahi haba beras yang agak panas.

Hantar handphone anda ke kedai membaiki telefon- Apa-apa pun cara yang terbaik adalah menghantar telefon bimbit  anda ke kedai membaiki telefon bimbit selepas anda mengamalkan cara seperti yang disyorkan diatas. Kedai membaiki telefon bimbit adalah arif mengenai telefon yang dimasuki air. Mereka mempunyai cara yang lebih bagus bagi menyelamatkan telefon bimbit anda sayangi.


Handphone dimasuki air laut- Ini adalah berita yang mendukacitakan bagi telefon yang dimasuki oleh air laut. Sekiranya telefon anda dimasuki oleh aur masin, agak sukar untuk menyelamatkan telefon anda kerana logam di dalam telefon akan berkarat selepas beberapa hari telefon anda dimasuki oleh air masin. Tiada cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini walaupun anda menghantar handphone anda di kedai repair handphone kerana mereka juga akan mengatakan telefon pintar anda tidak boleh dibaiki semula.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.