Home » » Tips Dapat Nombor Telefon VVIP Di Celcom

Tips Dapat Nombor Telefon VVIP Di Celcom

Bagaimana untuk mendapatkan nombor telefon yang cantik di Celcom? Saya ingin berkongsi anda satu tips cara untuk mendapatkan nombor telefon VVIP yang mudah serta anda tidak perlu melakukan bayaran yang mahal di kedai-kedai menjual sim kad yang sebenarnya menguntungkan mereka dengan secara percuma.

Jika anda lihat nombor telefon sesetengah individu terutamanya golongan yang berpengaruh, nombor VVIP milik mereka mudah untuk diingati dan memberi makna yang tertentu buat si pemakai.

Cara mudah dapatkan nombor telefon cantik di Celcom
Sebenarnya  saya juga sendiri tidak mengetahui cara ini, tetapi satu hari saya telah terfikir untuk mendapatkan nombor telefon sendiri yang mudah untuk diingati. Saya telah mengunjungi  sebuah shopping kompleks di Kuantan Prade dan telah pergi ke sebuah kedai  menjual sim kad VVIP.

Semasa saya melihat-lihat nombor-nombor VVIP yang dijual di sebuah kedai, apa yang saya dapati kebanyakan nombor yang dijual berharga bermula RM30 hingga mencapai  RM200 ringgit bergantung kepada susunan nombor-nombor tersebut.

Saya segera memilih satu nombor VVIP  Celcom bernombor 013xxx3993 yang berharga RM80 ringgit dengan jumlah kredit hanya RM10. Saya merasakan nombor ini mudah untuk diingati serta harganya masih boleh dimiliki walaupun sesetengah dari kawan-kawan mengatakan harga tersebut adalah mahal. Beberapa hari kemudian saya telah berfikir untuk menukar plan telefon dari prepaid ke postpaid yang mana plan ini memerlukan kita untuk melakukan bayaran bulanan setiap pengunaan telefon. 

Saya telah menukar plan ini di pusat Celcom servis Kuantan Pahang. Semasa melakukan penukaran plan di kaunter tersebut, saya telah bertanya kepada staff Celcom bagaimana untuk mendapatkan nombor  VVIP mengikut kemahuan kita, staff Celcom mengatakan, jika kita mahu nombor mengikut nombor pilihan sendiri, kita mestilah mendapatkan plan postpaid, dan bayaran sebanyak RM500 ringgit.

Sebenarnya, wang  RM500 ringgit ini bukan bayaran untuk perkhidmatan ini tetapi wang tersebut akan dimasukkan ke dalam kredit telefon anda. Bagaimana? Mudah bukan? Ia bermakna anda mendapatkan plan postpaid daripada Celcom, buat pilihan nombor mengikut kemahuan anda dan anda akan diberikan sim kad dengan kredit berjumlah RM500. Sekiranya untuk pemahaman lebih lanjut, berkunjunglah ke mana-mana cawangan Celcom  yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.