Home » » Tips Cari Hotel Paling Murah Secara Online

Tips Cari Hotel Paling Murah Secara Online

Bagaimana cari hotel dengan harga yang murah ataupun yang paling murah sekali dengan hanya melalui online sahaja? Mungkin tips ini amat berguna bagi mereka yang sering menghabiskan masa untuk bercuti bersama-sama dengan keluarga, kawan-kawan atau keluar kawasan atas dasar-dasar kerja.

Sememangnya mencari penginapan dengan harga yang berpatutan dan selesai menjadi pilihan bagi semua orang kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bajet kewangan anda. Baik berikut adalah beberapa tips yang mungkin berguna kepada anda sebagai panduan.

Panduan mencari hotel paling murah secara online
Apabila anda merancang untuk pergi bercuti di mana-mana  negeri  di Malaysia atau luar negara yang mana anda sendiri tidak pernah mengunjungi kawasan tersebut, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah melihat map melalui telefon pintar atau melalui laptop anda kedudukan sebenar tempat anda bercuti.

Anda boleh menggunakan map dengan secara online melalui google map kerana kebanyakan tempat di serata dunia telah dirakam melalui kamera satelit google.
Apabila anda telah mengetahui kedudukan tempat anda bercuti melalui google map, cari lah hotel-hotel yang berhampiran dengan kawasan tersebut melalui rakaman photo dengan hanya melalui google instant street view atau alamat penuh di https://www.instantstreetview.com.

Sebagai pengetahuan anda, kebanyakan jalan-jalan dan tempat-tempat tertentu di kebanyakan negeri di Malaysia dan Negara-negara terpilih telah dirakam oleh google dengan menggunakan kamera berteknologi tinggi sebagai kemudahan kepada masyarakat dunia.

Setelah melihat-lihat kawasan tempat anda bercuti melalui street view dan mengenal pasti hotel-hotel yang sesuai, anda boleh melakukan panggilan terus terhadap hotel yang ingin anda duduki dengan melakukan carian di internet alamat penuh dan nombor telefon hotel tersebut.

Selain itu dengan cara yang lebih mudah, anda boleh mengunjungi web-web yang diiktiraf untuk mengetahui perbandingan-perbandingan harga terkini hotel-hotel yang berhampiran tempat anda bercuti seperti web Trivago.com, agoda.com, tripadvisor.com,  hotelscombined.com dan hotels-scanner.com, kerana web-web ini telah berkerjasama dengan hotel-hotel yang terpilih di kebanyakan tempat di seluruh dunia dan anda boleh terus melakukan tempahan penginapan secara online dengan hanya melalui web-web ini sahaja.

Zaman internet sekarang segalanya mudah anda hanya perlukan sedikit pengetahuan dan cara ini agak berkesan bagi mendapatkan hotel atau penginapan yang murah jika anda belum pernah sampai di destinasi percutian anda, cara ini telah digunapakai oleh kebanyakan pelancong barat bagi melakukan tempahan penginapan di negara-negara yang mereka ingin kunjungi.

Walaubegitu, tips ini mungkin tidak boleh digunapakai jika kawasan percutian anda selalu anda kunjungi dan anda memang mengetahui selok-belok kawasan tersebut.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.