Home » » Tips Cara Cat Kereta Murah

Tips Cara Cat Kereta Murah

Apabila mencapai tempoh-tempoh tertentu anda merasakan warna pada cat kereta anda semakin pudar, merekah dan sesetengah bahagian telah tertanggal cat. Hal ini tentunya anda telah mula berfikir untuk mengecat cat baru bagi kereta anda atau bahagian-bahagian tertentu pada kereta anda telah mengalami kesan calar akibat perkara-perkara yang tidak dielakkan.

Penulis cuba memberikan anda beberapa idea bagaimana mendapatkan cat kereta murah bagi urusan mengecat kereta anda lebih-lebih pada masa sekarang, perkhidmatan mengecat kereta amat mahal hingga mencapai harga beribu ringgit apabila mengecat keseluruhan kereta anda dengan cat yang baru.

Cari kedai pengedar  cat
Kebanyakan individu yang ingin mengecat kereta mereka hanya mencari kedai perkhidmatan ketuk dan mengecat kereta di sekitar daerah mereka tinggal dan mengharapkan terdapat kedai cat kereta yang mengenakan harga yang rendah, malangnya rata-rata kedai cat kereta mengenakan harga yang hampir sama kerana pihak mereka sebenarnya telah mengetahui harga pasaran bagi perkhidmatan mengecat kereta bagi semua kenderaan, hanya terdapat sedikit perbezaan harga berbanding dengan kedai-kedai mengecat kereta yang lain dan tentunya itu adalah strategi perniagaan mereka bagi melakukan promosi sekiranya perkhidmatan mereka sedikit murah berbanding dengan kedai cat kereta yang lain.
Tahukah anda masih terdapat cara yang lebih jimat untuk menyelamatkan wang anda?  Baik, kedai-kedai cat kereta sebenarnya memperolehi  cat kereta bagi setiap kenderaan di bengkel mereka melalui kedai-kedai menjual cat kereta atau pengedar cat kereta di sekitar tempat tinggal anda dengan harga yang murah dan mengecat kereta pelanggan dengan harga pasaran. Disitu anda akan lihat betapa mudahnya mereka mencipta keuntungan  dengan perniagaan ini. Cadangan penulis, apa katanya jika anda sendiri yang datang di kedai menjual cat kereta, beli cat mengikut kemahuan anda. Bukankah itu cara yang lebih jimat?

Semasa penulis berada di Kuantan Pahang, seorang kawan pemilik sebuah kedai asesori kereta Honda telah membeli  beberapa liter cat kereta berwarna silver grey yang sama dengan cat kereta yang digunakan untuk cat kereta BMW dengan harga RM500 sahaja dan kemudian dia telah berbincang dengan kenalannya yang memiliki bengkel mengecat kereta untuk mengecat kereta wira dengan bayaran upah hanya beberapa ratus sahaja.

Berbincang dengan kedai cat kereta
Apa yang perlu anda lakukan adalah, sekiranya anda telah membeli cat yang anda inginkan, datang lah di mana-mana bengkel mengecat kereta dan cuba berbincang sendiri dengan pemilik kedai tersebut untuk mendapatkan upah bagi mengecat kereta sahaja. Sekiranya boleh, pilihlah bengkel kereta yang anda kenali kerana untuk perbincangan yang lebih mudah. Sekiranya upah mengecat kereta  anda rasakan terlalu mahal, cari bengkel yang benar-benar mengenakan upah mengecat dengan harga berbaloi.

Penulis pernah berbincang dengan pemilik bengke cat kereta untuk mengecat bumper belakang Produa Viva dengan hanya bayaran RM150 sahaja. Jika ikut harga sebenar, sukar untuk memperolehi harga itu. Kepada anda yang ingin berjimat cermat, gunakan cara ini kerana ia mampu menyelamatkan banyak wang anda. Bayangkan, jika anda mengecat kereta luar dan dalam dengan menghantar terus ke bengkel tanpa membeli cat sendiri, anda terpaksa membayar beberapa ribu untuk perkhidmatan ini. Walau begitu sekiranya cadangan ini agak melecehkan atau anda mempunyai cara yang lebih baik, mungkin anda boleh berkongsi dengan kami disini. Kami amat menghargai pendapat anda untuk kebaikan pembaca kami dan untuk kebaikan bersama.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.