Home » » Tempat Menarik Di Labuan Wajib Dikunjungi

Tempat Menarik Di Labuan Wajib Dikunjungi

Pernahkah anda mengunjungi Pulau Labuan? Pulau ini mendapat jolokan sebagai ‘Pearl Of Borneo’ dimana pulau ini mempunyai beberapa tempat menarik yang wajib anda perlu kunjungi.

Mungkin anda ingin merancang untuk bercuti di pulau ini dan tentunya anda ingin mencari informasi mengenai pulau ini sebelum sampai di tempat ini.

Baik, anda berada di tempat yang betul untuk mencari informasi tentang tempat menarik di kawasan ini kerana penulis sendiri menetap di pulau ini dan penulis cuba memberikan idea dan sebagai panduan kepada anda.

Melihat keunikan muzium marin Labuan
Sekiranya anda menetap hotel di sekitar bandar Labuan, cadangan penulis, berkunjunglah ke muzium marin Labuan terlebih dahulu.

Dimanahkah tempat ini? Lokasi muzium ini hanya berada di kawasan kompleks Sukan Air Labuan berhampiran dengan Ujana Kewangan (Financial Park).

Bagi penulis,  sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan untuk ke tempat ini, anda boleh berjalan kaki untuk  datang ke muzium kerana anda bukan sahaja dapat melihat-lihat sekitar bandar tetapi ia tidaklah jauh sangat seperti anda fikirkan.

Sebagai panduan ke tempat ini, anda boleh melihat map yang diberikan oleh hotel atau anda boleh bertanya kepada orang ramai mengenai lokasi muzium ini.
Kompleks Sukan Laut dan Muzium Marin Labuan
Sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri, anda boleh terus ke  tempat  ini berpandu kepada map atau bertanya dengan orang ramai.

Jika anda ingin menaiki perkhidmatan teksi, jangan risau, terdapat banyak perkhidmatan teksi yang ada di pulau ini dan untuk peringatan, bertanya dahulu berapakah upah tambang untuk sampai di tempat ini bagi mengelakkan anda dikenakan tambang yang mahal.

Jika anda menginap di luar bandar pulau ini adalah wajib untuk menaiki kereta sendiri atau dengan menggunakan perkhidmatan bas atau teksi.

Sebagai pengetahuan anda,perkara menarik semasa anda mengunjungi  muzium marin Labuan ini adalah  pameran-pameran mengenai kehidupan laut di pulau ini, jenis-jenis ikan yang jarang dijumpai di tempat lain, pameran tentang jenis-jensi ikan komersial dan pelbagai lagi.

Kampung air patau-patau dua
Kampung ini diisytihar sebagai kampung warisan dan sebagai salah satu pelancongan yang mesti wajib dikunjungi semasa datang di pulau ini.

Apa yang menarik tentang kampung ini? Kampung air ini adalah warisan tradisional bagi penduduk warga Kedayan Brunei dan dikatakan kampung ini dibina semula selepas perang dunia kedua disebabkan mengalami kerosakan teruk akibat dibom oleh tentera Jepun.

Apabila anda datang di perkampungan tradisional ini, anda boleh merasakan makanan tradisional bagi kaum Kedayan yang digelar sebagai Ambuyat iaitu makanan yang diperbuat daripada sagu dimakan bersama dengan resepi sambal yang amat unik dan menyelerakan.

Kg Air Patau-Patau 2
Untuk datang di tempat ini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi, atau dengan kenderaan sendiri atau dengan menggunakan perkhidmatan bot teksi yang boleh diperolehi di kawasan Hujung Pasir atau lebih mudah, berhampiran dengan One Hotel Labuan. Jika anda ingin merasai kehidupan perkampungan di sini, anda boleh menginap homestay yang disediakan di perkampungan ini dengan harga yang istemewa.

Taman Damai Layang-Layangan
Apa yang menarik di Taman Damai? Sebenarnya, tempat ini memaparkan peristiwa bersejarah diamana sebagai tugu peringatan dan penolakan kepada peperangan yang dibina sendiri oleh beberapa syarikat dari Jepun dan dikatakan sehingga kini taman ini masih menerima dana daripada negara matahari terbit untuk menguruskan taman ini supaya sentiasa dijaga dengan baik.
Taman Damai
Berhampiran dengan tempat ini juga terdapat tugu peringatan  yang digelar sebagai ‘surrender point’, yang mana berlakunya peristiwa bersejarah bagi penyerahan pedang sebagai tanda kekalahan secara rasmi  oleh seorang leftenan tentera jepun kepada  seorang mejar Jeneral tentera Austaralia.

Untuk mengetahui secara terperinci mengenai sejarah yang berlaku di kawasan ini, datanglah melihat tugu peringatan ini yang terletak di kawasan Layang-layangan.

Kawasan Pantai Labuan
Bagi pandangan penulis, kawasan pantai-pantai di sekitar pulau ini memiliki keunikan yang unik dan mempunyai keindahan yang tersendiri.

Pantai yang terkenal dan menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu adalah pantai Layang-Layangan dimana kebanyakan orang ramai akan mengunjungi pantai ini pada waktu petang dan pengunjung akan bertambah ramai pada hujung minggu untuk mandi bersama kawan-kawan dan keluarga.

Anda juga melihat orang ramai berbasikal, menaiki bot yang dikenali sebagai 'banana boat' menjadikan kawasan pantai ini sangat meriah.
Sunset Pulau Labuan
Jika anda berada di sekitar pantai Batu Manikar dan sehinggalah melewati pantai Universiti Malaysia Sabah, anda akan mendapati pantai-pantai ini dijaga dengan amat bersih. Jangan merasa hairan jika terdapat banyak kereta orang ramai yang berteduh dan melihat keindahan pantai di sepanjang-panjang pantai di kawasan ini.

Pada waktu petang lokasi sepanjang pantai Batu Manikar hingga UMS adalah tempat terbaik bagi melihat 'sunset' atau matahari terbenam yang sangat indah dan mengasyikan.
Pantai Layangan
Bagi anda yang ingin menikmati suasana petang dengan meminum air kelapa dengan goreng pisang, anda boleh mengunjungi pantai Pancur Hitam yang mana kawasan pantai ini dipenuhi pokok-pokok ru dan kawasan taman-taman yang indah untuk kemudahan berjogging dan berkelah bersama keluarga dan kawan-kawan pada waktu petang atau hujung minggu.

Mengunjungi Taman Burung
Adalah menjadi satu kemestian apabila anda sampai di pulau ini untuk mengunjungi Taman Burung yang berhampiran dengan Chimney. Taman burung ini mempunyai banyak jenis burung yang kebanyakannya adalah burung-burung dari kepulauan Borneo.

Walau begitu, masi terdapat burung yang terbesar di dunia dari luar negara seperti burung Unta di pelihara di taman ini untuk dipertontonkan kepada orang ramai.

Anda boleh datang setiap hari di taman ini kecuali pada hari Jumaat dengan bayaran bagi orang dewasa adalah sebanyak RM 3, RM 2 bagi warga emas dan pelajar. Kemasukan percuma bagi kanak-kanak berumur dibawah enam tahun.
Taman Burung Labuan
Mengunjungi Taman Botanikal
Taman ini lebih kepada taman untuk berjogging dan bersenam bagi kebanyakan penduduk yang tinggal di Labuan pada waktu pagi, petang dan pada waktu hujung minggu.

Walau begitu taman ini mempunyai sejarah yang tersendiri yang mana pada asalnya taman ini adalah lokasi bagi rumah kerajaan yang telah musnah akibat peperangan.

Jika anda mengunjungi tempat ini, anda mendapati taman ini dipenuhi oleh landskap pokok-pokok yang telah tua dan dikatakan kebanyakan pokok-pokok ini ditanam sendiri oleh individu yang mendiami kawasan ini satu ketika dahulu yang bernama Hug Low setiausaha bagi kerajaan British di Pulau Labuan.
Pemandangan Taman Botanikal dari luar pagar
Meneroka Bandar bebas cukai Labuan
Daya tarikan utama yang paling popular di pulau ini sebenarnya kerana pulau ini adalah pulau bebas cukai. Adalah wajib selepas anda menjungi tempat-tempat yang menarik di sekitar pulau ini, tentunya anda ingin mencari apakah hadiah atau buah tangan yang patut anda beli ketika anda berada di pulau ini.

Bandar Labuan ini sebenarnya anda boleh terokai dengan hanya berjalan kaki sahaja kerana bandar ini tidaklah sebesar yang anda sangkakan.

Berjalan secara santai diantara deretan-deretan kedai dengan melihat-lihat barangan bebas cukai seperti minyak wangi, cokelat, rokok, dan juga arak yang amat murah dijual di kawasan bandar ini berbanding dengan harga yang dijual di tanah besar.
Pemandangan sebahagian bandar Labuan
Pasar Sentral (UTC)
Jika anda berminat untuk membeli kraftangan buatan tempatan, mutiara asli Sabah, makanan tempatan seperti keropok Amplang, ikan bilis, ikan masin, pakaian-pakaian murah, dan bermacam-macam lagi, anda disyorkan untuk mengunjungi Pasar Sentral atau dikenali sebagai UTC yang berhampiran dengan Utama Jaya.

Kawasan ini juga lokasi bagi pasar ikan, pasar daging dan pasar tani. Untuk pengetahuan anda, kawasan UTC ini terdapatnya beberapa cawangan agensi kerajaan yang beroperasi bagi memudahkan masyarakat untuk berurusan disini seperti JPN, KPDNKK, Klinik 1Malaysia, Jabatan Imigresen, PDRM dan Perbadanan Labuan.
Pasar Sentral Labuan (UTC)
Pusat Membeli-belah Ujana Kewangan (Financial Park)
Setiap hari, pusat membeli-belah ini akan menjadi tumpuan ramai orang untuk membeli-belah di tempat ini. Ia satu-satunya shopping kompleks yang terbesar di pulau ini dan juga sebahagian bangunan ini adalah pejabat bagi beberapa agensi kerajaan.

Anda boleh membeli-belah di kawasan Ujana Kewangan ini seperti di Pakson, Pasaraya Giant, kedai-kedai bebas cukai, dan terdapat berbagai-bagai pilihan barangan yang anda boleh perolehi di kedai-kedai kawasan Ujana Kewangan.
Ujana KewanganLabuan
Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua
Bagi pandangan penulis, tugu peringatan perang dunia kedua yang bertempat di Jalan Tanjung Batu ini lebih kepada memperingati askar-askar British, Australia dan Punjabi yang telah terkorban semasa peperangan yang dasyat berlaku di pulau ini.
War Memorial Labuan
Peperangan terjadi kerana askar British ingin menakluk semula Pulau Labuan yang pada masa itu telah dikuasai oleh Tentera Jepun. Apabila anda berkunjung di tempat ini, anda mendapati beribu-ribu  tugu peringatan pahlawan-pahlawan yang telah gugur di medan perang semasa perang dunia kedua.

Pulau-Pulau  sekitar pulau labuan
Di sekitar pulau Labuan, terdapatnya beberapa pulau yang menarik dan kini ianya telah dijadiakan sebagai pelancongan dan dibuka kepada orang awam untuk menghabiskan cuti hujung minggu mereka. Pulau-pulau yang menarik di sekitar Labuana adalah seperti Pulau Papan, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Daat yang kini ditutup kepada umum.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.