Home » » Tafsir Mimpi Lipan

Tafsir Mimpi Lipan

Apakah maknanya jika anda bermimpi lipan? Mimpi lipan memberi gambaran atau kepercayaan bahawa setiap manusia takut dan berusaha untuk mengelakkan untuk bertembung dengan binatang ini.

Ia juga memberi gambaran mengenai perasaan tentang musuh-musuh anda yang sering menyakiti hati anda ataupun ia menjadikan orang tersebut benar-benar tidak disukai oleh anda. Selain itu anda mungkin amat terasa terganggu mengenai orang yang sering menjadikan anda mangsa tentang apa yang anda lalui setiap hari.

Mimpi bertemu lipan di dalam mimpi juga mencerminkan terdapatnya ketakutan dan kegusaran terhadap sesuatu hinggakan anda amat risau untuk membincangkan perkara tersebut dengan secara terbuka. Anda risau untuk membuat pilihan dalam masalah tersebut hinggakan pilihan-pilahan yang ada berada di luar kawalan fikiran anda.

Misalnya contoh seperti ini, seorang wanita telah bermimpi semasa di dalam tidurnya bahawa dia sedang mencuci pinggan di dalam singki dan telah mengalami ketakutan yang amat sangat apabila tiba-tiba telah muncul seekor lipan keluar dari lubang singki.

Dalam kehidupan realitinya, wanita ini telah mengandung tanpa kerelaanya dan dan kandungan tersebut membuatkan wanita itu merancang untuk mengugurkannya. Di dalam situasi mengenai keadaan dia bermimpi  bertemu dengan lipan, ia mengambarkan terdapatnya emosi yang berkecamuk di dalam diri wanita tersebut dan merancang untuk menggugurkan kandungan tersebut.
Antara contoh yang lain adalah seperti ini, seorang wanita telah bermimpi terdapat lipan di dalam mimpinya dan lipan tersebut perlu dibunuh didalam situasi mimpi yang dialaminya. Dalam kehidupan realiti, wanita ini  mengalami masalah didalam perhubungan dengan teman lelakinya dan ingin mengambil keputusan tidak mahu membincangkan lagi mengenai perhubungan tersebut tetapi teman lelakinya masih berusaha untuk membincangkan hubungan percintaan yang telah retak.

Bagi kaum lelaki yang telah bermimpi bertemu lipan di dalam mimpinya, ia berhubungkait dengan apa yang dilalui di dalam kehidupan sehari-hari misalnya mengenai pekerjaan yang dialaminya saat ini yang mana kerjaya yang dilakukannya tidak disukai oleh dirinya.

Pekerjaan itu tidak disukai kerana tugas kerjayanya yang sebenar tidak dapat dilaksanakan tetapi melaksanakan tugas-tugas yang bukan tugas sebenarnya. Ia cuba berusaha mengelakkan hal tersebut tetapi sukar untuk menyelesaikan perkara tersebut disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Jika anda bermimpi lipan, anda harus mengkaji segala aspek kehidupan anda pada saat ini, misalnya kehidupan peribadi anda, hubungan anda dengan orang-orang di sekeliling, hubungan dengan rakan-rakan sekerja, perkerjaan anda, dan aspek-aspek yang lain. Teori utamanya disini, mimpi binatang lipan adalah lambang bagi ketakutan dan kegusaran setiap manusia.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.