Home » » Roh Arwah Balik Rumah Selepas 3 Hari Kematian

Roh Arwah Balik Rumah Selepas 3 Hari Kematian

Masyarakat nusantara mempunyai banyak cerita mistik dan seram yang masih diperturunkan dari satu genarasi-ke satu gearasi yang lain. Antara kepercayaan yang paling popular adalah mengenai roh si mati atau roh arwah yang akan datang ke rumah selepas beberapa hari kematiannya.

Kerana kepercayaan ini, ramai individu yang merasa takut pada waktu malam semasa kematian orang yang dikenali. Saya mempunyai rakan yang telah mencuba sendiri adakah benar roh arwah akan balik ke rumah selepas kematian ibunya. Cerita ini adalah diyakini benar kerana yang mengalami situasi tersebut terdapat beberapa orang. Saya tidak menyebutkan nama rakan saya itu bagi menjaga privasi dirinya.

3 hari selepas kematian arwah
Menurut rakan saya, selepas kematian arwah ibunya  yang ke 3 hari dan dikuburkan di sebuah kampung mereka di pedalaman Sabah. Kebanyakan saudara-saudara yang lain telah mula meninggalkan rumah rakan saya itu dan hanya yang tinggal di rumahnya  hanyalah dua orang kakaknya, isteri serta ayahnya yang telah tua. Rakan saya menceritakan, selepas hari ketiga apabila saudara-saudara yang lain telah meninggalkan rumah mereka, terasa teramat sunyi dan pilu sekali kerana dia masih terkenangkan arwah ibunya yang telah pergi.
Gambar Hiasan
Selepas mereka menikmati makan pada waktu malam, rakan saya telah pergi berehat di ruang tamu di tingkat satu bersama-saman dengan keluarga mereka yang lain sambil bercerita mengenai hal-hal keluarga. Kerana asyik bercerita, jam di dinding ruang tamu telah menunjukkan 1040 malam. Pada masa itu rakan saya telah mengatakan kepada kedua-dua kakaknya mengenai idea roh arwah akan balik ke rumah  selepas kematiannya pada hari ketiga.

Pada mulanya, idea ini dibantah oleh salah seorang kakaknya tetapi akur dengan kehendak rakan saya yang ingin mencuba adakah benar mengenai kepercayaan tersebut. Oleh kerana kakak-kakaknya telah bersetuju, anggaran jam 1050 malam, mereka telah menutup kesemua lampu di dalam rumah menyebabkan keadaan rumah mereka menjadi gelap gelita dan mereka tidak dibenarkan  bercerita langsung dan duduk secara senyap di kawasan ruang tamu itu tadi.

Bunyi pelik di kawasan dapur
Suasana gelap pada masa itu amat sunyi sekali kerana ditambahi kedudukan rumah mereka berhampiran dengan hutan.  Rakan saya menceritakan, semasa dia sedang menghisap rokok daun, tiba-tiba kedengaran pintu di bahagian dapur telah dibuka dan ditutup semula. Hal ini didengari oleh kedua-dua kakaknya serta juga isterinya. Pada masa itu rakan saya menyangkakan mungkin terdapat anjing liar yang memasuki melalui pintu dapur kerana mungkin pintu dapur itu lupa ditutup.

Melalui beranda berhampiran ruang tamu, rakan saya telah menyuluh dengan menggunakan lampu picit terus ke pintu dapur tetapi pintu dapur dalam keadaan yang berkunci dan telah memaklumkan hal itu kepada kedua-dua kakaknya. Melihat pintu dapur dalam keadaan berkunci, dia segera duduk semula ke ruang tamu dan mendiamkan diri. Anggaran dalam 15 minit kemudian, mereka mendengar pula air pada singki telah dibuka. Rakan saya mengatakan kepada kedua-dua kakaknya adakah pili air telah ditutup kerana jelas kedengaran air mengalir di singki di bahagian dapur.

Kakaknya mengatakan, pili air telah ditutup selepas mereka menikmati  makan malam. Kerana merasa pelik dengan hal tersebut,  rakan saya telah menyuluh dengan lampu picit pada bahagian singki yang boleh dilihat menerusi beranda rumah. Agak menghairankan kerana air pada singki tidak mengalir dan tidak kedengaran lagi bunyi air di singki tersebut.

Rakan saya  kemudian duduk semula di ruang tamu dan menyalahkan rokok daunnya semula. Dalam anggaran 20 minit kemudian, tiba-tiba kedengaran kuali dan pinggan mangkuk berbunyi di kawasan dapur, kerana risaukan kucing yang ingin mencuri makanan, rakan saya segera menyuluh dengan lampu suluh terus ke dapur tetapi dia melihat, kuali yang menempatkan makanan masih dalam keadaan baik dan tidak terusik. Pada masa itu, mereka merasakan terdapat sesuatu  yang telah datang ke rumah mereka berdasarkan peristiwa pelik yang mereka alami.

Walau begitu mereka tetap mendiamkan diri semula di ruang tamu dan menunggu apakah yang terjadi seterusnya. Dalam anggaran 5 minit sahaja selepas kuali dan pinggan mangkuk berbunyi di bahagian dapur, tiba-tiba kedengaran bunyi orang berjalan di lantai papan di kawasan dapur tetapi berhampiran dengan ruang tamu dan yang paling mengejutkan sekali terdapat erangan kesakitan yang sama seperti suara arwah ibu mereka semasa mengalami kesakitan akibat penyakit di masa hidupnya.

Kerana terkejut dengan hal itu, rakan saya segera memasang lampu suluhnya dan mengarahkan terus kearah bunyi itu tadi. Apa yang menghairankan, mereka tidak menjumpai sesiapa pun di kawasan itu. Kerana tidak menemui apa-apa, mereka mendiamkan diri semula di ruang tamu. Dalam anggaran 30 minit kemudian, pada masa itu rakan saya mengatakan dia terasa amat mengantuk sekali tetapi dikejutkan oleh dua orang kakaknya kerana kedengaran bunyi orang berjalan di bahagian dapur menghala ke ruang tamu.

Pada masa itu mereka hanya mendiamkan diri dan kedengaran bunyi suara erangan kesakitan seperti suara arwah ibu mereka dan kedengaran seperti berjalan menaiki tangga ke ruang tamu tempat mereka duduk. Apabia suara erangan menghampiri pintu ruang tamu, tiba-tiba salah seorang kakaknya telah menangis teresak-esak kerana ia adalah suara arwah ibu mereka yang mana kedengaran amat jelas sekali.

Apabila salah seorang kakaknya menangis, erangan tersebut tidak kedengaran lagi. Rakan saya segera membuka pintu ruang tamu dan melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan dapur tetapi tidak menjumpai sesiapa pun dan kesemua pintu dalam keadaan berkunci. Mereka kemudian menunggu selama beberapa jam lagi tetapi mereka tidak lagi mendengar apa-apa yang pelik di kawasan dapur.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.