Home » » Potensi Bisnes Kasut Di Pasar Malam

Potensi Bisnes Kasut Di Pasar Malam

Apakah potensi bisnes kasut di pasar malam? Hal ini selalu menjadi persoalan bagi kebanyakan peniaga yang memiliki keinginan untuk berniaga di pasar malam dan masih belum memulakan perniagaan ini lagi.

Baik saya cuba memberikan beberapa idea kepada anda potensi-potensi ini berdasarkan pendapat logic serta pendapat sendiri dari orang yang berpengalaman iaitu kawan saya sendiri yang mana beliau seorang  peniaga yang menguasai perniagaan pasar malam di di Pasir Putih Kelantan.

Baik berikut adalah potensi-potensi anda sekiranya ingin memulakan perniagaan di pasar malam.

Potensi perniagaan bisnes kasut di pasar Malam
Jika anda benar-benar ingin memulakan perniagaan kasut di pasar malam, anda terlebih dahulu harus mengambil kira bagaimana untuk memulakan perniagaan ini dengan memikirkan tapak perniagaan anda, wang modal, kanopi, kenderaan,  lokasi, persaingan peniaga-peniaga lain serta yang paling penting sekali adalah lesen permit bagi berniaga di pasar malam yang boleh diperolehi melalui majlis perbandaran atau majlis daerah (kerajaan tempatan) di mana daerah anda tinggal.
Credit:Travelfish.org
Bekalan kasut harus diperolehi di pemborong
Bisnes kasut sememangnya memiliki potensi yang tersendiri sekiranya anda melakukan keputusan yang betul bagi perniagaan ini.

Perkara penting yang anda harus fikirkan adalah dimanakah bekalan kasut yang boleh anda perolehi sama ada kasut baru atau kasut bundle. Selalunya kasut-kasut baru atau bundle boleh diperolehi melalui ejen atau kedai borong.

Bagi peniaga kedai kasut di pasar malam bagi kebanyakan pasar malam di semananjung Malaysia, mereka memperolehi bekalan utama kasut dari Kuala Lumpur atau kasut dari sempadan Thailand.

Sekiranya bekalan kasut tidak memberi masalah kepada anda atau bekalan kasut  ini mudah diperolehi dengan harga borong sudah tentunya ini telah menjadi satu kelebihan buat anda bagi mendapat keuntungan dengan mudah.

Kualiti kasut harus diambil kira
Tidak dinafikan pasar malam adalah senjata utama bagi kebanyakan peniaga untuk memperolehi keuntungan mudah.

Walaubegitu jika anda merancang untuk memilih beniaga kasut, pemilihan jenis kasut serta kualiti harus diambil kira kerana kita harus memikirkan apakah pengalaman pengunjung apabila berkunjung  di kawasan tempat anda menjual kasut, prinsipnya mudah dengan pertanyaan ini, apakah istemewa kasut-kasut yang anda jual?

Sekiranya anda menjual kasut yang memiliki kualiti yang mudah rosak, sudah tentunya pelanggan yang benar-benar mencari kasut untuk keperluan mereka tidak membeli kasut yang anda jual kerana mungkin reka bentuk atau kualiti yang rendah.

Jenama-jenama kasut harus diambil perhatian kerana kebanyakan pelanggan amat berminat dengan jenama kasut yang terkenal seperti Adidas,Kangaroo,  Nike, Reebok, Puma, Levis, dan banyak lagi.

Walaupun kasut ini memiliki harga yang mahal, anda masih boleh memperolehi dengan harga borong dan murah melalui ejen-ejen bundle atau ejen-ejen tertentu misalnya jenama kasut dari buatan Negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, Brunei, dan juga Indonesia.

Penetapan harga kasut
Harga bagi setiap pasang kasut juga mempengaruhi potensi keuntungan anda semasa berniaga di pasar malam.

Penetapan harga harus sesuai dengan harga pasaran semasa serta anda harus mengambil kira harga kasut bagi pesaing-pesaing anda.

Kebanyakan pelanggan akan melakukan survey terlebih dahulu mengenai harga kasut dari jenama yang sama di pasar malam dan akan melakukan pembelian di tempat yang menawarkan harga yang terendah.

Walaubegitu anda harus menjual tidak kurang dari harga modal bagi sepasang kasut tersebut atau jangan menjual kasut dengan harga yang amat mahal kerana ianya amat sukar untuk memperolehi pembeli.

Risiko berbanding dengan perniagaan lain
Sememangnya perniagaan kasut di pasar malam memiliki risiko yang tersendiri berbanding dengan perniagaan-perniagaan yang lain kerana menurut orang yang berpengalaman yang saya kenali, jualan dan keuntungan perniagaan ini agak lambat.

Walaubegitu, menurutnya kualiti dan penjenisan jenama kasut amat mepengaruhi keuntungan anda. Jualan dan keuntungan yang agak lambat disebabkan oleh persaingan di pasar malam dari peniaga-peniaga kasut yang lain.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.