Home » » No Next Labuan Group Paling Popular Di Sabah?

No Next Labuan Group Paling Popular Di Sabah?

No next Labuan? Bagi sesetengah dari anda mungkin tidak mengetahui apakah no next Labuan itu. Baik, no next Labuan adalah satu group facebook tertutup yang  amat popular sekali di pulau Labuan hinggakan pada masa artikel ini ditulis, ahli bagi group ini telah mencecah 77,657 ahli. 

Sebelum ini juga admin pernah menulis mengenai group ini di dalam bahasa inggeris tetapi menulisnya semula dalam bahasa Melayu sebagai pemahaman mudah kepada pembaca  yang rata-rata berasal dari Malaysia.

Penulisan ini mungkin serba sedikit mempromosikan group ini tetapi admin tidak memperolehi apa-apa bayaran mengenai artikel ini tetapi hanya sebagai pengetahuan anda semua sahaja. Baik, melalui pemerhatian penulis, group ini ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Fizan Zainie dan pertambahan bilangan ahli ini telah bertambah setiap hari menjadikan sebagai group yang paling ramai ahli di Wilayah Perseketuan Labuan.

Walaupun group ini bukanlah satu group facebook yang paling ramai ahli di Sabah, tetapi group ini antara yang paling ramai ahli yang mana rata-rata ahli ini terdiri dari penduduk negeri Sabah dan Labuan. Group ini juga mempunyai ahli yang berasal dari negeri-negeri Semenanjung, Sarawak dan sedikit dari Negara Brunei.

Apa yang istemewa mengenai group no next Labuan ini? Sebenarnya, group ini adalah group berjual beli mengenai apa sahaja seperti, gadget telefon, computer, rumah sewa,tanah untuk disewa dan dijual, kereta dan motor dijual, menu-menu istemewa, peralatan elektrik, dan macam-macam hal lagi yang dibincangkan di dalam group ini. Bagi pandangan admin, group ini sebagai medan membeli-belah secara online, perbincangan mengenai isu-isu di dalam Labuan khususnya bagi golongan warga Labuan itu sendiri.

Pada asalnya group ini dikatakan sebagai group untuk kereta di Labuan tetapi kerana pertambahan bilangan ahli yang mendadak, menjadikan ahli ini sebagai group menjual apa sahaja. Apabila melihat peluang ini, ramai pendudukyang tinggal di  Pulau ini mengambil tindakan berani dengan mendapatkan barangan seperti pakaian kanak-kanak, gadget dan asesori telefon melalui harga borong dan menjual secara dalam talian di group no next.

Selain itu, jualan yang paling popular di dalam group ini adalah menu makanan kerana  terdapatnya penghantaran percuma di sekitar pulau Labuan menjadikan sebagai pilihan golongan yang sibuk bekerja di pulau ini. Pada masa artikel ini ditulis, group ini mempunyai 15 orang admin yang bertanggungjawab bagi memantau setiap aktiviti di dalam group ini. Jika anda berminat menyertai sebahagian dari ahli ini, login ke akaun facebook anda dan taip ‘no next..macam2 ada disini dan tekan button permintaan untuk menyertai ahli.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.