Home » » Misteri Geliga Lipan dan Manfaatnya

Misteri Geliga Lipan dan Manfaatnya

Geliga lipan memiliki misteri dan memiliki keistemewaan yang tersendiri  hinggakan ramai individu yang mengimpikan memiliki geliga ini. Dalam bahasa ingeris ia digelar sebagai centipede stone atau centipede pearl yang mana geliga ini boleh diperolehi menerusi haiwan berbisa iaitu lipan dan selalunya geliga ini dijumpai di bahagian mulut haiwan tersebut.

Walau begitu, ianya amat sukar untuk ditemui dan hanya individu yang bernasib baik akan menemui geliga ini. Apakah keistemewaan geliga ini hinggakan raai yang mencari geliga ini? Baik berikut adalah beberapa manfaat yang dikatakan anda miliki sekiranya anda mempunyai geliga ini.

Geliga lipan mampu melihat menembusi dinding
Menurut bagi pencari  geliga ini, dikatakan sesiapa yang memiliki geliga lipan asli mampu melihat alam ghaib serta berkeupayaan melihat hingga menembusi dinding dengan melalui ritual-ritual tertentu dengan meletakkan geliga tersebut pada bahagian bawah lidah anda. Ada diantara mereka percaya memiliki geliga ini mampu menjadikan mereka menjadi kebal dengan sebarang senjata tajam serta berkeupayaan untuk menjadi halimunan.  Sukar untuk mengesahkan kesahihan cerita ini kerana saya sendiri belum mencuba hal tersebut.
Digunakan sebagai Perjudian
Geliga lipan juga dianggap sebagai geliga yang membawah tuah, lambang kepada kekayaan dan paling popular sekali adalah dikatakan memberi nasib yang baik kepada permainan yang berisiko seperti perjudian. Dikatakan sekiranya anda bermain judi poker, anda mampu melihat hingga menembusi  kad pihak lawan atau sesetengah orang mengatakan anda mampu meramal apakah kad pada pihak lawan hingga anda memenangi perjudian tersebut.

Mampu mengubati pelbagai penyakit
Para pencari geliga ini juga percaya, geliga ini mampu mengubati pelbagai penyakit tertentu dan juga penyakit misteri misalnya penyakit berpunca dari  ilmu hitam. Sesetengah orang  terutamanya bomoh yang merawat  bagi rawatan kebatinan memiliki geliga ini bagi merawat pesakit mereka.

Cara mengenalpasti keaslian geliga lipan
Bagi mereka yang berpengalaman dan berpeluang untuk memperolehi geliga lipan yang asli mengatakan, geliga lipan yang asli adalah berwarna kemerahan dan hanya bersaiz sekecil sebutir beras. Sekiranya anda meletakkan geliga tersebut pada bahagian tapak tangan anda dan menutup dengan tapak tangan yang satu lagi, anda akan merasa denyutan disebabkan tenaga yang ada pada geliga tersebut. Adakalanya anda akan merasakan tenaga tersebut mengalir hingga ke lengan anda.

Penipuan penjualan mutiara lipan palsu
Apa yang diketahui, geliga ini amat sukar untuk ditemui kerana selalunya geliga ini ditemukan pada mulut atau di bahagian badan lipan yang telah pun mati, mungkin dalam seribu orang hanya seorang sahaja yang berhasil menemukan geliga ini. Apa yang dilihat sekarang, ramai yang menjual geliga lipan yang mana mereka mendakwa ianya geliga asli dan agak meragukan ada diantara mereka yang menjual geliga lipan dengan secara online.

Sekiranya seseorang yang mendakwa memiliki geliga lipan yang asli, pastikan ianya benar-benar asli kerana ramai yang cuba menipu dengan menggunakan kaca, plastic, bijiran silica, batu dan sebagainya. Mereka sanggup melakukan  hal ini kerana tawaran harga yang tinggi dari pembeli.

Pengalaman bertemu geliga lipan
Beberapa tahun lepas, seorang penjual ubat di kota raya Kota Kinabalu telah mendakwa memiliki geliga lipan yang disimpannya di sebuah uncang yang berwarna kuning bersama-sama dengan kapas yang berwarna putih. Apa yang saya perhatikan geliga tersebut adalah berwarna merah dan berjumlah sebanyak dua butir. Saya tidak mengesahkan ianya benar-benar asli kerana tidak berkesempatan untuk memegangnya kerana pelanggan yang terlalu ramai pada masa itu.

Cerita mengenai geliga lipan
Saya mempunyai seorang rakan yang menceritakan pengalamannya pernah bertemu dengan lipan serta ulat gonggok berkaki merah di dalam hutan yang mana kedua-dua haiwan ini berkelahi bagi merebut sebutir geliga kecil yang berwarna merah. Apa yang menghampakan, geliga tersebut telah terpelanting semasa rakan saya cuba mengambil dengan menggunakan ranting kayu semasa geliga itu berada diantara kedua-dua lipan dan gonggok yang berkelahi. Rakan saya mengatakan, dia cuba mencari semula geliga tersebut tetapi gagal ditemukan.

Di Negara Malaysia, terdapat ramai orang yang ingin mencari geliga lipan kerana tertarik dengan keistemewaan yang dimiliki oleh  geliga tersebut hinggakan mereka sanggup menawarkan dengan harga yang tinggi.  Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman penceritaan dengan orang-orang yang arif mengenai geliga lipan serta beberapa rujukan melalui internet.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.