Home » » Manfaat Susu Soya Untuk Ibu Mengandung

Manfaat Susu Soya Untuk Ibu Mengandung

Saat yang paling indah di dalam hidup bagi ibu adalah menyambut kelahiran si kecil setelah menjaga di dalam kandunga selama sembilan bulan.

Memang saat itu adalah hari yang ditunggu-tunggu buat semua keluarga bagi mengalu-alukan  kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.  Tentunya anda sebagai ibu ingin mencari pemakanan yang baik kepada janin semasa dalam kandungan terutamanya minuman susu.

Antara minuman terbaik yang dicadangkan adalah susu soya yang diperolehi dari kacang soya. Walau begitu adakah susu soya selamat diminum oleh ibu yang mengandung? Susu soya dikatakan mengandungi sembilan asid amino penting yang terhasil dari kandungan protein di dalam soya tersebut. Sungguhpun demikian, pengambilan susu soya harus dikawal kerana masih terdapat kesan yang tidak baik.

Manfaat kesihatan susu soya untuk ibu-ibu mengandung
Susu soya mengandungi banyak kandungan asid folik yang mana mengandungi  nutrient yang amat diperlukan semasa semasa proses kehamilan. Tahukah anda setiap ibu mengandung harus mengambil asid folik bagi mengoptimumkan perkembangan janin anda serta mampu meningkatkan sel-sel saraf.
Kandungan sumber vitamin yang banyak didalam susu soya seperti Vitamin B1,A dan juga E memenuhi keperluan janin di dalam kandungan. Vitamin E mampu memberikan anda tenaga yang mencukupi bagi mengekalkan anda sentiasa kekal sihat.
Susu soya mengandungi protein yang amat baik bagi organ yang berbeza di dalam tubuh badan anda serta berupaya untuk membangunkan perkembangan bayi dan juga organ-organnya. Antara susu soya yang terbaik dan mengandungi lemak sayuran yang diperlukan oleh bayi semasa dalam peroses kehamilan adalah seperti  lysine, threonine, isoleucine, arginine, dan juga glycine. Kandungan karbohidrat di dalam kandungan juga berupaya memberikan tenaga yang baik bagi setiap ibu semasa dalam proses kehamilan.

Kesan negatif pengambilan susu soya
Apa yang diketahui susu soya ini mengandungi isoflavones yang amat menyerupai dengan estrogen. Beberapa kajian-kajian yang dijalankan keatas haiwan yang mengambil kandungan dos susu soya yang tinggi mendapati terdapatnya perkembangan tumor serta mengalami kecacatan fizikal keatas bayi di dalam kandungan.

Tidak semua ibu hamil sesuai meminum kacang soya kerana mengikut rekod yang ada, terdapat wanita yang hamil mengalami sesak nafas, muntah, pening kepala, ruam dan bengkak kerana pengambilan susu soya yang banyak. Terdapat beberapa kes yang telah direkodkan tetapi ianya amat jarang berlaku dimana pengambilan soya boleh menyebabkan anafilaksis.

Sebenarnya, masih belum terdapat mana-mana laporan yang dimuktamadkan bagi  pengambilan soya tidak baik untuk kesihatan. Walaubegitu, anda disarankan untuk menghadkan pengambilan susu soya kerana pengambilan soya yang berlebihan dalam diet setiap hari dikhuatiri bayi anda mengalami kecacatan. Beberapa kajian juga mengatakan kandungan isoflavon yang terdapat pada soya boleh menyebabkan migrin.

Apakah dos yang sesuai meminum soya untuk ibu mengandung?
Seperti yang anda ketahui, susu soya mengandungi banyak nutrient yang berguna kepada anda serta kandungan anda. Disarankan supaya anda melakukan pengambilan yang sederhana bagi mengelakkan kemudaratan kepada bayi dalam kandungan anda. Pengambilan dalam anggaran empat hidangan setiap hari dikira masih dalam keadaan terkawal dan selamat iaitu dalam anggaran segelas susu soya jika anda tidak mengalami apa-apa alahan mengenai poengambilan susu ini.


Walaubagaimanapun anda disaran untuk meminta nasihat dari doktor kerana semasa anda mengandung, keadaan sistem imun badan anda adalah lemah. Dikhuatiri penggunaan yang salah akan menyebabkan penyakit bawaan dari diri anda dan juga bayi tersebut. 






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.