Home » » Makna Mimpi Harimau

Makna Mimpi Harimau

Dalam kehidupan anda sehari-hari, mungkin anda merasakan tidak memiliki keupayaan ataupun agak lemah dalam beberapa perkara tertentu dalam kehidupan anda. Tahukah anda, apabila harimau merayau-rayau di dalam hutan, ia kelihatan amat anggun sebagai raja yang gagah perkasa di dalam hutan. 

Sekiranya anda telah bermimpi melihat sang harimau di dalam mimpi anda dan pada masa itu kehidupaan percintaan anda menghadapi masalah, mimpi ini memberi makna akan berlaku beberapa perubahan yang bermanfaat dan menarik.

Tafsir mimpi harimau
Pada dasarnya mimpi anda ini mengenai sesuatu yang melambangkan kuasa serta pencorbohan yang amat sesuai bagi gambaran sang harimau.

Selain itu juga mimpi ini melambangkan tentang kepimpinan, godaan, dan seksualiti wanita. Apabila di dalam mimpi anda melihat sedang diserang atau digigit oleh binatang ini ia adalah lambang bagi perasaan ditindas. Bagi melihat kulit harimau sahaja anda diramalkan mengalami nasib yang baik.

Harimau dikenali sebagai binatang hidupan yang liar, sekiranya anda melihat binatang ini dalam keadaan yang pelik atau luar biasa ini mungkin mengenai tentang  perasaan dalaman anda yang perlu dibawa ke hadapan.

Ia digambarkan terdapat kaitan sesuatu perasaan yang positif yang masih belum terjawab atau anda mungkin memiliki niat yang baik terhadap orang-orang di sekeliling anda. Perasaan anda mungkin tidak gembira tentang apa yang berlaku di sekitar anda sekiranya anda melihat harimau di dalam mimpi dalam keadaan sakit atau agresif.

Dalam kehidupan anda sehari-hari anda mungkin merasakan anda seolah-olah seperti individu yang berkuasa atau bersifat agresif tetapi ketahuilah kedua-dua elemen ini sebenarnya amat mempengaruhi kehidupan anda. Ketika anda bermimpi mengenai binatang ini, anda mesti mengetahui atau memerhatikan segala aspek kehidupan anda pada masa sekarang dan juga tentang perasaan anda.

Makna mengenai mimpi anda bergantung kepada apa yang dilakukan ataupun apakah situasi harimau itu di dalam mimpi anda. Mungkin anda merasakan, mimpi harimau ini tentang sesuatu mengenai masa depan anda tetapi  tetapi anda juga harus memikirkan mimpi tersebut mewakili fikiran dan perasaan anda apa yang anda lalui setiap hari.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.