Home » » Cara Tanam Tebu

Cara Tanam Tebu

Tebu adalah satu tumbuhan yang berbentuk seperti bulu, bertongkat, dan memiliki daun yang tajam. Tumbuhan ini amat dikenali sebagai tumbuhan untuk membuat gula dan manisan.

Di Malaysia, tebu antara salah satu punca pendapatan negara contohnya ladang tebu di Chuping Perlis yang mana ladang tebu ini adalah ladang yang terbesar di negara ini dengan keluasan anggaran 8062 hektar.

Bagi anda yang ingin menanam tebu secara persendirian atau ingin menanan tebu di halaman rumah anda mahupun di kebun, berikut adalah beberpa cara dan panduan bagi menanam tebu.

Cara mudah tanam tebu
Sebagai persediaan untuk menanam tebu, hal pertama yang perlu anda lakukan adalah anda haruslah telah mempunyai beberapa  batang tebu untuk ditanam. Batang-batang tebu ini haruslah dipilih dari jenis baka yang baik dan sihat serta pastikan setiap batang tebu tidak dijangkiti oleh parasit atau mahkluk perosak kerana batang tebu yang dijangkiti oleh parasit  tumbuhan akan menghasilkan baka yang kurang bermutu.

Potong batang-batang tebu
Setiap batang-batang tebu harus dipotong beberapa bahagian dalam anggaran 30cm di setiap bahagian. Batang mesti tidak dipotong terlalu pendek, batang anggaran 30cm memungkinkan tunas yang lebih banyak akan muncul apabila tumbuh nanti.

Cara korek tanah dan tanam tebu
  1. Sebelum anda merancang tempat untuk menanam tebu, anda harus mengambil kira kawasan tempat anda menanam tebu mempunyai sinaran matahari yang cukup dan elakkan tempat tersebut tidak dilindungi oleh rimbunan pokok atau kawasan tidak menerima pancaran matahari kerana tebu memerlukan pancaran matahari yang mencukupi bagi membolehkan ia tumbuh secara normal.
  2. Sebagai persediaan untuk menanam batang tebu anda, lakukan korekan di tanah sama seperti anda mengorek parit. Dengan menggunakan cangkul, buat korekan yang memanjang berupa lekukan dan pastikan setiap korekan haruslah berjarak anggaran 30cm diantara korekan yang lain bagi memudahkan anda menanam tebu.
  3. Setelah anda selesai melakukan korekan, seterusnya tuang air di kawasan korekan untuk menanam tebu dan pastikan air tersebut telah meresap ke dalam tanah sepenuhnya dan batang-batang tebu yang telah dipotong haruslah ditanam secara meniarap ataupun kedudukan horizontal kerana untuk peringatan anda, tebu tidak akan tumbuh sekiranya anda menanamnya dengan kedudukan menegak.
  4. Setelah anda selesai meletakkan batang-batang tebu di kawasan yang dikorek, timbus semula tanah diatas tebu yang ditanam tadi. Anda harus menunggu beberapa bulan sebelum tunas dari tebu muncul dari permukaan tanah.
Contoh korekan bagi penanaman tebu
Teknik mudah menghasilkan tunas tebu
Bagi sesetengah orang, mereka harus menghasilkan tunas di batang tebu terlebih dahulu dan barulah mereka menanam tebu ini di tanah. Bagi menghasilkan tunas-tunas  tebu ini, cari beberapa batang tebu mengikut keperluan anda, pastikan daun-daun tebu ini dibersihkan dan dipotong .

Seterusnya batang tebu ini direndam separuh di dalam bekas yang berair, misalnya dengan menggunakan baldi, rendam tebu tersebut separuh dan tunggu sehingga tebu ini menghasilkan tunas-tunas di bahagian-bahagian batang tebu.

Apabila tunas-tunas ini muncul, barulah anda memotong batang-batang tebu ini dengan beberapa bahagian dan barulah anda menanamnya di kawasan tanah.
Teknik menghasilkan tunas tebu
Tanaman ladang tebu
Bagi penanaman ladang tebu untuk tujuan komersial, penggunaan jentera seperti traktor, mesin penuai tebu harus ada bagi menjamin kelancaran penanaman dan tuaian hasil tebu.

Cara penanaman tebu bagi tujuan komersial, ia tidak jauh dengan cara seperti yang dinyatakan diatas tetapi,  korekan tanah berupa lekukan memanjang dilakukan oleh traktor atau jentolak bagi tujuan penanaman tebu.

Setiap barisan lekukan akan diletakkan beberapa batang tebu dengan jarak-jarak tertentu dan kemudiannya ditutup dengan tanah oleh jentolak.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.