Home » » Cara Mudah Cek Pertukaran Mata Wang Asing

Cara Mudah Cek Pertukaran Mata Wang Asing

Pertukaran mata wang asing akan dicari oleh kebanyakan orang apabila ingin ke luar negara, melakukan pembelian barangan di luar negara, kiriman wang, dan mereka yang bermain dalam permainan berisiko seperti permainan forex. 

Kadar tukaran mata wang harus dipantau dari masa ke semasa bagi membolehkan anda melakukan pertukaran wang dengan kadar yang rendah.

Bagi warga Indonesia, Philippina, Thailand, Vietnam, China  dan juga Indonesia serta warganegara yang bekerja atau melancong di Malaysia, pertukaran mata wang ini amat sinonim dengan mereka.

Cara mudah cek pertukaran mata wang asing secara online
Sebenarnya, jika anda melakukan pencarian di internet, terdapat banyak kemudahan dari web-web untuk anda jadikan sebagai panduan melihat tukaran mata wang asing terkini, walau begitu saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana untuk melihat kadar mata wang asing yang paling popular sekali di Malaysia sehingga web ini tersenarai dalam rank alexa.com sebagai laman yang paling kerap dilawati oleh rakyat Malaysia.
Xe Currency Converter
Laman web yang saya maksudkan adalah XE Currency atau alamat penuh bagi laman web ini adalah http://www.xe.com. Sebagai pengetahuan anda web ini menyediakan kadar pertukaran mata wang terkini dan terpercaya yang mana mata wang utama melibatkan US Dollar.

Walaubegitu anda bebas melakukan conveter tukaran mata wang secara online dan terkini mengikut mata wang negara yang anda perlukan misalnya anda ingin melihat kadar tukaran mata wang bagi mata wang Malaysia dengan mata wang negara Indonesia dengan mengubah pada negara pilihan.

Dengan Web XE Currency juga anda boleh melakukan pengiriman wang di 35 negara terpilih di seluruh dunia tetapi malangnya perkhidmatan ini hanya tertakluk bagi mereka yang tinggal di negara United States, Canada, France, Germany, Ireland, New Zeland, Switzerland, dan United Kingdom sahaja.


Laman web ini bukan sahaja boleh melihat kadar tukaran mata wang asing secara terkini tetapi dijadikan sebagai panduan-panduan oleh trader forex untuk mendapatkan tips-tips, carta mata wang dalam tempoh 24 jam serta sejarah kadar mata wang yang boleh dilihat dalam tempoh 10 tahun, dan aplikasi terpercaya kadar mata wang komersial untuk perniagaan yang boleh diperolehi dengan pakej harga yang istemewa.

Apa yang menariknya, aplikasi web ini boleh diinstall melalui telefon pintar seperti , android, iPhone, iPad, Blackberry, Blackberry 10, window Phone dan aplikasi bagi window 8 serta firefox.

Diharap dengan perkongsian ini ia membantu anda dengan melihat kadar tukaran mata wang terkini yang terpercaya serta popular dikalangan masyarakat Malaysia dan juga masyarakat dunia keseluruhannya.

Saya berkongsi artikel ini bukan mempopularkan web berkenaan kerana saya tidak memperolehi apa-apa bayaran mengenai artikel ini tetapi sebagai perkongsian untuk panduan bersama.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.