Home » » Cara Mengetahui Siapa Melihat Mesej Anda Dalam Group Whatsapp

Cara Mengetahui Siapa Melihat Mesej Anda Dalam Group Whatsapp

Whatsapp adalah satu aplikasi perhubungan yang amat popular sekali pada zaman ini kerana cara kinerjanya yang amat bagus, membolehkan anda berhubung dengan sesiapa sahaja bagi mereka yang menginstall aplikasi ini dengan  secara percuma.

Anda hanya mengaktifkan sahaja perkhidmatan internet di telefon pintar anda dan secara terus boleh berhubung dengan kawan-kawan anda. Tentunya anda telah tahu menggunakan aplikasi ini tetapi terlupa bagaimana mengetahui siapa melihat post atau mesej anda di dalam group Whatsapp.

Baik sebelum saya menerangkan dengan secara lebih lanjut mengenai cara ini, ada baiknya saya menerangkan kenapa pihak Whatsapp melakukan tetapan seperti ini seolah-olah tiada lagi privasi seseorang.

Bagi anda yang suka melihat sahaja post-post orang lain di dalam group whatssap anda tanpa melakukan komen apa-apa mengenai post kawan-kawan anda, si pengepost  sebenarnya mengetahui anda telah membaca post atau mesej tersebut secara senyap-senyap tanpa melakukan apa-apa komen.

Selain itu bagi anda yang suka menangguhkan mesej  Whatsapp dari kawan-kawan, seoalah-olah konon anda masih tidak membaca mesej tersebut, sebenarnya kawan-kawan anda mengetahui adakah mesej tersebut telah sampai dan dibaca oleh anda walaupun anda membaca tanpa membuka  dan membalas mesej tersebut.

Prinsip pihak Whatssap melakukan tetapan ini adalah kejujuran antara sesama rakan. Ini bermakna anda tiada mempunyai peluang untuk menipu dengan kawan-kawan anda.

Tips melihat siapa membuka dan membaca post anda di dalam group whatsapp
Apabila anda telah mengepos mengenai mesej perbualan-perbualan kosong, gambar-gambar, berita-berita terkini, arahan-arahan semasa, kata-kata semangat dan sebagainya di dalam group Whatsapp dan anda ingin mengetahui siapakah ahli-ahli dalam group yang telah membaca mesej anda, cara mudah adalah seperti berikut:-

Step 1
Tekan semula mesej yang telah anda post di dalam group dalam beberapa second dan anda akan melihat diatas sekali beberapa button pilihan seperti gambar dibawah.
Step 2
Apabila anda melihat gambar button info seperti yang dibulatkan berwarna merah diatas, tekan button tersebut dan penerangan secara detail akan kelihatan siapa ahli Whatsapp di dalam group yang telah melihat  mesej anda.

Cara mengetahui mesej whatsapp anda telah dibaca oleh rakan anda atau tidak
Sekiranya anda telah menghantar mesej Whatsapp persendirian kepada kawan , kekasih, isteri, ahli keluarga anda atau sesiapa sahaja. Anda boleh mengetahui mereka telah membaca mesej anda atau sebaliknya.

Saya benar-benar mengatakan disini, apabila anda meniliti aplikasi ini, anda tidak boleh menipu dengan sesiapa dengan aplikasi ini melainkan anda menutup tetapan last seen, anda akan dengan mudah didapati berbohong sekiranya mesej dari kawan anda telah sampai di Whatsapp anda tetapi anda kononnya enggan melayan mesej tersebut dengan tanpa membuka mesej tersebut, tetapi tahukah anda kawan anda masih tahu mesej tersebut telah sampai tetapi belum dibaca dari anda.

Selain itu kawan anda akan tetap mengetahui jam bilakah anda kali terakhir membuka aplikasi Whatsapp, walaupun anda boleh menutup tetapan masa dan tarikh anda menggunakan Whatsapp tetapi masalahnya anda juga tidak akan melihat bila masa dan tarikh kawan-kawan anda menggunakan whatsapp.

Untuk mengetahui mesej Whatsapp anda telah dibaca oleh rakan anda atau tidak, gunakan cara seperti ini di whatsapp anda:-

Step 1
Tekan semula mesej yang anda telah post kepada rakan anda dalam beberapa second dan anda akan melihat diatas sekali Whatsapp dengan pilihan seperti gambar dibawah.
Step 2
Apabila anda melihat gambar button info seperti yang dibulatkan berwarna merah diatas, tekan button tersebut dan penerangan secara detail akan kelihatan  sama ada mesej tersebut telah dibaca atau sebaliknya. Contoh:-

Mesej yang  belum sampai dan dan belum dibaca
Read
-
Delivered
-
Mesej yang telah sampai tetapi belum dibaca
Read
-
Delivered
12 Febuari, 13:15

*Bagi mereka yang menutup tetapan kali terakhir menggunakan Whatssap (last Seen), ia akan kelihatan seperti ini tetapi mereka telah membaca mesej ini sebenarnya.  

Mesej yang telah sampai dan telah dibaca
Read
12 Febuari, 13:15
Delivered
12 Febuari, 13:10

Selain itu, bagi mesej Whatsapp persendirian dengan seseorang, anda juga boleh mengetahui mereka telah membaca atau sebaliknya mesej anda dengan cara yang paling mudah ini. Misalnya apabila anda menghantar mesej kepada kawan anda dan mesej tersebut telah dibaca, anda akan melihat warna double tick yang telah bertukar menjadi biru, sekiranya mesej tersebut masih belum dibaca double tick tidak akan bertukar menjadi biru. Lihat contoh seperti gambar dibawah:-
*Bagi mereka yang menutup tetapan kali terakhir menggunakan Whatssap (last Seen), warna double tick tidak akan berubah tetapi mereka telah membaca mesej ini sebenarnya. Menutup tetapan last seen akan menyebabkan semua orang tidak mengetahui masa bilakah anda kali terakhir menggunakan aplikasi Whatsapp tetapi pada masa yang sama, anda juga tidak akan mengetahui kali terakhir rakan-rakan anda, ahli keluarga menggunakan aplikasi ini.

Tetapan masa kali terakhir menggunakan whatsapp (last seen), mesej telah diterima, mesej telah dibaca, siapa melihat post anda dalam group, menjadi perdebatan beberapa pihak dan reaksi yang kurang menyenangkan segelintir masyarakat dunia semasa pihak Whatsapp mengubah tetapan-tetapan ini kerana mengatakan privasi seseorang agak terganggu, walaubegitu pihak Whatsapp mempunyai sebab mengapa mereka melakukan tetapan seperti itu kerana mungkin pasaran bagi aplikasi ini sebenarnya ditujukan khas kepada pihak-pihak syarikat, pertubuhan, dan badan-badan tertentu kerana penggunaan aplikasi ini bagi individu persendirian adalah percuma sepenuhnya.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.