Home » » Cara Mengetahui Kedai Handphone Murah Secara Online

Cara Mengetahui Kedai Handphone Murah Secara Online

Bagaimana mengetahui kedai handphone murah? Baik, artikel pada kali ini kita akan merungkai bagaimana mencari kedai telefon bimbit yang menjual dengan harga yang murah. Sebenarnya harga telefon yang terkini dan harga yang murah sukar untuk diperolehi jika anda mencari di mana-mana kedai telefon di seluruh Malaysia.

Ini kerana harga yang ditawarkan oleh pengeluar, misalnya handphone jenama Samsung, pihak pengeluar syarikat Samsung telah pun menetapkan harga bagi semua telefon bimbit mereka kepada pembekal@stokis dan seterusnya pembekal akan menetapkan harga pula kepada pembeli mereka iaitu golongan pekedai dengan harga borong mengikut harga pasaran semasa.

Kenapa kedai telefon sukar memberikan harga yang murah?
Ramai yang cuba untuk mencari kedai telefon yang menjual telefon dengan harga murah tetapi sebenarnya kebanyakan penjual telefon telah menetapkan harga yang hampir sama dengan kedai-kedai telefon yang lain.

Kedai yang benar-benar menjual telefon dengan harga murah sebenarnya sukar untuk anda mencarinya kerana pihak penjual tidak memberikan harga yang benar-benar murah kepada pembeli disebabkan mereka (penjual) harus memikirkan keuntungan dan kos sewa kedai, kos gaji pekerja dan kos-kos yang lain.

Anda masih boleh mendapatkan handphone yang murah jika anda mengenali siapa stokis telefon bimbit di daerah anda, tetapi kebanyakan stokis tidak menjual kepada individu persendirian melainkan melainkan anda membeli telefon bimbit dengan jumlah yang banyak.

Tahukah anda kebanyakan kedai telefon bimbit melakukan pembelian secara borong dari pembekal tanpa melalui orang tengah. Ini kerana, jika mereka melakukan pembelian dari  orang tengah, mereka sukar memperolehi keuntungan yang banyak apabila menjual semula kepada orang  ramai.

Handphone murah hanya dapat diperolehi secara online
Jika anda benar-benar ingin membeli handphone dengan harga yang murah, jangan mencari telefon di kedai-kedai telefon kerana tiada satu pun kedai yang menjual telefon yang benar-benar harga yang murah kepada anda.

Untuk membeli handphone dengan harga yang murah, anda dinasihatkan untuk melakukan pembelian dengan secara online. Kenapa harga telefon bimbit lebih murah di internet? Baik, perjelasannya disini, pihak syarikat penjual telefon bimbit yang menjual dengan harga murah memang mempunyai kedai handphone tetapi pasaran mereka adalah luas iaitu seluruh Malaysia kerana mereka bukan sahaja memiliki kedai sendiri tetapi mereka juga menjual melalui internet.
Syarikat yang menjual telefon bimbit  secara online mampu memberikan harga telefon yang benar-benar murah berbanding dengan mana-mana kedai telefon kerana kos gaji pekerja yang sedikit. Cuba anda lihat syarikat yang terkenal seperti, Lazada.com.my atau  Lelong.com.my, mengapa handphone dijual di web tersebut boleh diperolehi dengan harga yang murah? Ini kerana, kebanyakan pembekal atau penjual di laman e-dagang tersebut menjual handphone secara online sepenuhnya , ini secara tidak langsung, kos gaji pekerja hampir tidak anda.

Untuk mendapatkan telefon dengan harga yang murah, belilah secara online di syarikat yang terkenal seperti qoo10.my, Lazada.com.my, Lelong.com.my dan banyak lagi syarikat yang boleh dipercayai di Negara ini. Anda dinasihatkan jangan membeli handphone melalui individu persendirian misalnya di laman sosial Facebook kerana ramai yang telah tertipu dengan taktik licik individu yang tidak bertanggungjawab di laman sosial ini.

Mengapa syarikat membeli-belah terkenal seperti Lazada.com.my boleh dipercayai? Ini kerana syarikat ini melakukan tapisan dan syarat yang ketat kepada semual penjual dan pembekal bagi membolehkan syarikat tersebut dipercayai oleh orang ramai sebagai laman web membeli-belah yang jujur dan terpercaya di Negara Malaysia.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.