Home » » Cara Menanam Kacang Panjang

Cara Menanam Kacang Panjang

Nama  saintis bagi kacang panjang adalah Vigna unguiculata yang mana kacang ini adalah makanan ruji bagi masyarakat asia timur yang telah ditanam secara berabad-abad lamanya.

Bagi masyarakat barat, mereka mengelar kacang panjang ini sebagai Chinese Long Beans dan di Malaysia kacang ini tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini dan satu kemestian ianya dijual di kawasan pasar.

Bagaimana cara untuk menanam kacang panjang? Artikel ini akan memberikan sedikit tips yang berguna mengenai penjagaan dan cara penanaman sayuran ini.

Tips bagi penanaman kacang panjang
Sebenarnya penanaman sayuran kacang panjang tidaklah sesukar mana seperti yang anda sangkakan. Benih kacang ini boleh ditanam di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian anda seperti di kawasan kebun, halaman rumah, kawasan berbukit dan sebagainya.

Sebelum anda merancang untuk menanam kacang panjang, anda mesti mendapatkan terlebih dahulu benih ini yang banyak dijual di pasar raya atau anda mendapatkan dari kawan-kawan anda yang telah pun menanam  sayuran kacang panjang.

Sekiranya anda telah memiliki benih ini, carilah kawasan yang ingin anda tanam dangan mengambil kira kawasan tanah yang subur.  Tanam lah seperti biasa dengan melakukan korekan kecil di kawasan tanah dengan kedalaman ½ inchi ataupun lebih  diantara satu sama lain dalam bentuk barisan ataupun grid.

Pacakkan beberapa kayu kecil dalam anggaran panjang 6 inchi atau lebih berhampiran benih kacang yang ditanam untuk memudahkan anda mengingati tanaman anda sementara menunggu benih bercambah akan muncul dalam anggaran 10 hingga 15 hari kemudian.

Melakukan pacakan kayu di sekeliling benih juga penting untuk menghindarkan haiwan peliharaan anda seperti ayam merosakan kawasan benih kacang yang ditanam. Ayam mencakar tanah untuk mencari sumber makanan misalnya cacing dan sisa makanan.

Sekiranya anda tidak melakukan pacakkan kayu di sekeliling tanaman benih kacang, cakaran kaki ayam keatas tanah akan menyebabkan benih kacang akan timbul di permukaan tanah semula dan kemungkinan ayam akan memakan benih kacang tersebut.

Kacang panjang memerlukan sinaran matahari yang mencukupi bagi  pengeluaran yang maksimum. Anda harus menanam benih kacang dikawasan yang lapang untuk penerimaan cahaya matahari.

Apabila benih kacang telah berkembang, anda harus memberi sokongan kepada kacang tersebut untuk menjalar dengan kayu yang lebih panjang dipacakkan berhampiran dengan tanaman kacang panjang itu. Tanaman kacang panjang sesuai ditanam berhampiran dengan kawasan berpagar untuk membolehkan terdapat sokongan kacang tersebut untuk menjalar.

Anda harus memantau setiap hari bagi mengelakkan tanaman ini didatangi oleh haiwan perosak misalnya kumbang atau ulat yang memakan dedaun atau batang kacang. Anda boleh membunuh haiwan-haiwan ini bagi menjamin kacang anda berkembang dengan baik.

Pada kebiasaanya, benih kacang akan berkembang dan mengeluarkan bunga dalam anggaran dua hingga tiga bulan dan seterusnya barulah anda akan memeperolehi hasil tanaman anda.

Kacang panjang ini akan cepat matang dan mungkin anda harus menuai setiap hari dengan memilih kacang panjang yang telah matang sepenuhnya ataupun dalam anggaran ¼ inci lebar.

Kacang ini boleh mencapai panjang sehingga 3 kaki tetapi maksima bagi panjang kacang ini antara  dalam anggaran 12 hinggi 18 inchi.

Kacang panjang adalah sayuran yang penuh dengan vitamin A dan amat sedap jika dimasak bersama-sama dengan telur, ikan bilis, atau makanan tin seperti Sardine.

Anda boleh menghidangkan masakan anda bersama dengan kawan-kawan serta keluarga anda dan tentunya menjadi kepuasan anda sekiranya tanaman anda sendiri menghasilkan tuaian yang baik.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.